Sunday, April 2, 2023
HomeDari KacamatahatiMasyaAllah Macam Hantu Hilaian nya

MasyaAllah Macam Hantu Hilaian nya

Gambar hiasan: perempuan bergelak ketawa

Saya sekarang di restoren NZ Garden yang terletak di sebelah Public Bank Tower Jalan Yap Kwan Seng. Terpaksa lepak di sini sementara menunggu traffic jam reda. Lepas ni akan bergegas ke Wangsa Maju untuk appointment yang seterusnya iaitu pada pukul 10 malam nanti.

Apa yang saya nak bagitau kat sini adalah di sebelah meja saya ni ada sekumpulan “aweks” tengah minum-minum sejak dari pukul 6.30 petang tadi. Ada la 5 orang semuanya. 4 orang memakai baju kurung (mungkin pakaian rasmi hari Jumaat), dan seorang lagi memakai pakaian kerja (blouse).

Aweks ni memang “stylo”. Siap smoking lagi. Errmmmm… perempuan smoking… Tak pe lah, bab smoking ni saya tak mau komen walaupun yang smoking tu perempuan (untuk makluman saya tidak smoking ya.. 😉 )

Tapi apa yang mengganggu saya ialah akhlak aweks melayu ni.. Amatlah mengganggu mood saya di petang yang suram dengan suasana hujan ini. Perbincangannya sungguh bingit sekali. Yang lagi membingitkan telinga saya adalah hilaian nya. Macam hilaian hantu la.. Nyaring dan halus.. Hilaian hantu lagi merdu kot.  ish ish ish..

Dan yang bestnya dari pukul 6.30 petang tadi sehingga sekarang (dah masuk waktu Isyak dah pun), tiada seorang pun aweks ni bangun dan tunaikan solat Maghrib. Saya amat pasti kerana lokasi surau di restoren ini hanyalah bersebelahan dengan meja tempat saya menulis sekarang ini. Tadi masa saya tawakkuf sebentar untuk solat Maghrib, masih lagi kedengaran hilaian mereka yang nyaring itu (sorry ler, terus solat tak khusyuk tadi..). Takkan semua 5 orang tu period kot. Ke memang orang perempuan boleh berpakat untuk period bersama-sama. Maaf saya kurang arif.

Satu soalan… Kalau anda ingin mencari calon isteri, adakah aweks begini yang anda cari?

Moga mereka ini insaf dan berjumpa dengan seorang suami yang boleh membimbing mereka di kemudian hari. Aameen!

 

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1