Saban tahun ummat Islam tak kira yang berada ataupun yang kurang berkemampuan menunggu-nunggu kedatangan bulan Ramadan. Bulan yang pernah keberkahan ini adalah medan untuk ummat Islam mencari pahala yang berlipat kali ganda.
Sebab itulah di bulan ini ummat Islam akan berlumba-lumba membuat ibadah dan kebajikan. Selain daripada ibadah seperti berpuasa, solat terawikh, Qiamullail dan lain-lain lagi, bersedeqah juga amat digalakkan di dalam bulan Ramadan ini.

Orang-orang miskin dan Anak yatim biasanya akan mendapat layanan istimewa di dalam bulan Ramadan. Tajaan keperluan untuk hari raya dan iftar biasanya akan disalurkan kepada mereka di bulan mulia ini.
Tahniah McDonald’s Malaysia
McDonald’s Malaysia juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Malah aktiviti CSR ini dilakukan pada saban tahun sebagai salah satu sumbangannya kepada masyarakat.


Pada 16 Mei bebaru ini McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC), dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah menganjurkan Majlis Iftar Bersama Anak-Anak Yatim.
Jika Majlis Iftar bersama anak yatim tahun lepas diadakan di Masjid Kampung Raja Uda, Kelang. Kali ini Masjid Usamah Bin Zaid di Wangsu Maju, Kuala Lumpur dipilih untuk majlis ini.
Alhamdulillah aku dijemput lagi sekali ke majlis tersebut. Walaupun aku tiada sumbangan secara langsung di majlis tersebut, diharap dengan sokongan aku melalui bidang penulisan ini sedikit sebanyak menyumbang pahala kepala aku.
Di majlis tersebut seramai 500 orang anak-anak yatim telah disantuni. Mereka ini mewakili rumah anak-anak yatim berikut:
- Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah
- Rumah Perlindungan Nur Qaseh
- Rumah Anak Yatim Nur Iman Danau Kota Setapak
- Titian Kasih
- Pusat Jagaan Kasih Murni
- Darul Fikir
- Baitul Hasanah
- Pertubuhan Rumah Anak Yatim Ulin Nuha
- Rumah Penyayang Darul llmi
- Baitul Ehsan


Setiap rumah kebajikan ini telah menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dari RMHC.
Majlis ini lebih bermakna lagi apabila turut diserikan dengan kehadiran Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Beliau turut memberi sedikit tazkirah sementara menunggu waktu tibanya waktu berbuka puasa.
Kehadiran Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini bagi aku adalah amat significant sekali. Ini sekaligus dapat mengikis pendapat sesetengah pihak yang terus menerus memboikot McDonald Malaysia walaupun isu tersebut telah pun dijelaskan sejelas-jelasnya.


Dato’ Seri Dr Zulkifli sendiri di dalam ceramahnya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada usaha McDonald’s Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pembayar zakat perniagaan dengan jumlah yang bukan sedikit. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu ummat Islam yang memerlukan.
Perlu diingat, jika duit tersebut bukan daripada sumber yang halal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tidak akan menerimanya sebagai duit pembayaran zakat. Jadi aku harap pembaca yang masih ragu-ragu dengan hal ini dapat mengambil perhatian akan perkara ini.
Turut hadir di majlis ini adalah Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Azhar Darbi, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.
McDonald’s Malaysia pada tahun ini juga membuat pelbagai aktiviti tahunan lain sempena kedatangan bulan Ramadan. Antaranya adalah tajaan moreh di surau-surau dan masjid-masjid sekitar restorannya. Tajaan moreh juga dibuat di institusi-institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Di samping itu, McDonald’s Malaysia telah memperkenalkan Anugerah Guru Inspirasi untuk memberi pengiktirafan kepada guru-guru terpilih yang telah melaksanakan tugas melangkaui tugas seorang pengajar dan memberi impak positif kepada pelajar dan komuniti.
Video Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2019:
Manakala bulan Oktober pada setiap Tahun pula dijadikan “Bulan Komuniti” sempena dengan Hari Kanak-Kanak Malaysia yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang difokuskan kepada kanak-kanak.
Bangga dengan McDonald’s Malaysia
Personally, aku memang bangga dengan usaha yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia. Selain daripada menjadi antara penyumbang zakat utama di Wilayah Persekutuan, aktiviti-aktiviti kemasyarakatannya memberi gambaran jelas akan keprihatinannya terhadap masyarakat sekeliling.

Ini sekaligus menjadikan McDonald’s Malaysia semakin dekat di hati rakyat Malaysia.
Syarikat-syarikat lain juga perlu mengikuti jejak langkah seperti yang diambil oleh McDonald’s Malaysia ini. Jika banyak syarikat yang mengambil Langkah sebegini, pasti masyarakat Malaysia akan menjadi lebih harmoni.
#McDIndahnyaRamadan
#McDonaldsMalaysia