Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entri ni ditulis apabila aku terbaca entri daripada Pakar Niaga yang singgah komen artikel di blog aku sebentar tadi. Seperti biasa jika ada orang yang datang ziarah blog aku, aku akan cuba seberapa segera melawat semula ke blognya. Masa tu la aku terbaca entri melayu boleh ni.
Contest oleh Beritakaki.blogspot.com ni dah lama aku baca dan tau. Tapi sebab sibuk sangat aku tak sempat join. Sekarang tarikh submit entri pon dah berlalu. Tak per la. Sekarang aku free. Jadi aku pun nak buat satu entri berkata kuncikan melayu boleh. Sekurang-kurangnya boleh menyumbangkan sesuatu dalam usaha melarikan persepsi melayu boleh daripada yang negatif kepada yang positif.

Beberapa tahun kebelakangan, keyword melayu boleh di internet ni amat popular. Ia disebabkan oleh nama satu blog lucah iaitu blog melayuboleh. Ianya seringkali dilawati oleh muda mudi pada masa itu. Sehinggalah keyword ini menjadi begitu sinonim di enjin carian google. Sampai sekarang jika keyword ini dicari di enjin carian google, ia akan merujuk kepada laman web lucah tersebut. Walaupun laman web lucah tersebut telah lama terkubur.
Jadi usaha pihak penganjur mengadakan contest ini satu usaha yang terpuji demi mengembalikan keyword melayu boleh kearah yang positif. Jika ramai yang sertai contest ini dengan penggunaan keyword yang sama, pasti ia akan berada di muka surat pertama di enjin carian google apabila keyword ” melayu boleh ” ditaip.
Melayu boleh yang aku cuba bawakan di sini ialah kita sebagai orang melayu boleh maju dalam bidang yang kita ceburi. Bidang yang aku maksudkan ialah bidang perancangan kewangan (financial planning), iaitu unit trust dan takaful. Kenapa konteks ini yang aku pilih? sebab aku berada di dalam industri ini. Aku adalah Financial Consultant (unit trust dan takaful).

Industri insurans (takaful) dan unit trust, pada awalnya dipelopori oleh orang-Cina dan India. Mereka ini terlebih dahulu nampak potensi pendapatan lumayan di sebalik kerjaya ini.
Namun sejak kebelakangan ini sudah ramai orang melayu yang mula sedar dan menceburi bidang ini. Mereka ini selepas diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pihak syarikat telah berjaya membuktikan yang orang melayu boleh juga maju di dalam bidang ini setaraf dengan orang-orang cina dan bangsa lain.
Di syarikat unit trust tempat aku bernaung sudah ramai melayu yang berjaya. Pendapatan mereka mencecah RM40-50K sebulan. Malah ada yang mencecah ratusan ribu sebulan. Di majalah terbitan pihak syarikat juga terpampang wajah-wajah mereka. Orang melayu sudah menguasai carta-carta “top performer”.
Yang telah berjaya memiliki kereta-kereta mewah dan rumah yang mahal juga ramai di sini. Yang menariknya mereka ini masih muda-muda lagi. Ada yang masih berumur awal 30-an.

Apa yang aku perhatikan orang melayu yang berjaya ini, sebenarnya mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka ini kebanyakannya mempunyai sikap yang amat positif dan menolak segala kemungkinan yang mereka akan gagal.
Dan apa yang aku sendiri rasakan sejak aku menjadi konsultan unit trust dan takaful sejak 10 tahun yang lalu, kerjaya sebagai financial consultant ini amat seronok sekali. Dengan waktu kerja yang sangat fleksibel, pendapatan yang lumayan dan tanpa had, percutian percuma ke luar negara, pasif income daripada hasil jualan kita dan lain-lain, kita bebas menjadi kita. Kita tidak perlu menjadi seseorang yang orang lain suka (kipas bontot bos).
Melayu boleh terus maju dalam bidang financial planning ini. Percayalah. Orang melayu sudah celik sedikit matanya. Mereka lebih terbuka untuk menerima input baru sekarang. Jika dulu susah nak dapatkan orang melayu menyimpan di dalam takaful dan unit trust, sekarang tidak lagi. Klien aku seramai 300 lebih tu, dua orang jer berbangsa Cina.
Ini ditambah pula dengan banyaknya instrumen kewangan yang islamik untuk mereka pilih sebagai alat untuk menyimpan duit.
Sesiapa yang berminat dengan kerjaya yang sungguh best ini, hubungi lah aku. Aku bersedia mendidik anda semua dengan sistem latihan dan pemantauan agensi aku, untuk anda menjadi seorang yang berjaya di dalam bidang financial planning ini.
Kepada yang masih berkerja tetapi inginkan pendapatan tambahan, mereka amat digalakkan untuk menyertai bidang takaful dan unit trust ini. Kepada yang mempunyai masa berkerja tidak menentu seperti bloggers, freelancers dan sebagainya juga amat digalakkan. Masa mereka yang tidak terikat menjadi kekuatan kepada mereka. Kepakaran bloggers dalam penulisan dan juga SEO juga akan banyak membantu mereka dalam industri ini terutama dalam menyebarkan maklumat apa yang mereka buat kepada orang ramai.
Jom bloggers semua. Cari income sampingan sebagai financial consultant.
@Sohoque,
TQ membuka artikel untuk ‘Melayu Boleh’. Kami juga sekadar ‘menyokong’ kempen tersebut.
Salah satu aktiviti mengoptimunkan web sedia ada.
Hebat kerjaya saudara.
Ikhlas,
Amin Johar
Jurutera SEO Malaysia
PAKAR NIAGA
PakarNiaga.com (AMIN) recently posted..MELAYU BOLEH
terima kasih tuan. artikel tuan melayu boleh tu sungguh berkualiti
alamak…rugi la bro xsempat join..dah msuk top30 ranking nie
hahahaha. x per la. sajer test power dan tumpang keyword.
Macam best je jadi agen unit trust ni. Tapi, kerja apa pun pun ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Good luck untuk keyword Melayu Boleh
halim recently posted..Alhamdulillah…Dah Dapat Duit Raya 2013
ya betul tu. janji keje dgn bersungguh2 dan mempunyai vision yg jelas
masih terlalu luas peluang perniagaan yang boleh orang Melayu ceburi…yang penting kena rajin usaha.
Syarih recently posted..Kenapa Solat Terawih?
betul tu tuan. kalu rajin dan pandai hidu peluang, memang boleh maju
saya pun Melayu Boleh
MrJocko recently posted..Melayu Boleh : Blogger Melayu Semakin Hebat
mr jocko melayu boleh XXX tu ker? hehehe
Melayu boleh buat pelaburan dengan jayanya..hehe
Blog AsiaCube recently posted..Opening A Facebook Account For Your Grandparents
mmg boleh jika ada kamu
ya betul.. tapi kena rajin belajar la…
Assalamualaikum,
Entri yg menarik tuan. Saya masih baru menceburi bidang kerjaya unit trust ni. Masih banyak selok belok yg perlu saya belajar. Sekurang-kurangnya entri tuan memberi semangat untuk saya terus mara melangkah ke hadapan. In Shaa Allah. 🙂
Aizuddin Azmi recently posted..MENGAPA PERLU BUAT SIMPANAN?
insyaAllah. kerjaya ni amat bagus sekali. sy dah 10 thn di dlm industri ni sejak berhenti kerja dgn maybank dulu. tuan blh follow blog unit trust sy di: http://caknawang.com