de
Peraduan Shell Win Free Fuel
Shell memang terkenal dengan give away dan peraduannya. Mungkin dengan sebab ini juga ia lebih dekat di hati pengguna selain daripada kualiti minyaknya yang tinggi dan aktiviti kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat tentang penjimatan penggunaan minyak seperti Shell FuelSave Challenge dan sebagainya.
Ketahui Cara Kurangkan Bil Elektrik Anda? Klik Disini!
Kali ini Shell datang lagi dengan peraduan “Shell Win Free Fuel” untuk menghargai pengguna setianya. Pengguna shell akan berpeluang menjadi pemenang untuk hadiah hebat yang ditawarkan.
Peraduan ini telah dilancar sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Hasan Malek pada 23 Disember 2014 yang lalu.
Hadiah
Ya.. Seramai 10,000 pelanggan setia shell akan berpeluang memenangi dan berkongsi hadiah yang bernilai RM2 juta daripada peraduan ini dalam bentuk isian minyak percuma.
Pemenenang Utama Bulanan
3 pemenang hadiah utama akan dipilih secara bulanan. Mereka akan membawa pulang hadiah berupa isian percuma minyak kenderaan selama setahun yang bernilai RM10,000.
Pemenang Mingguan
manakala seramai 835 pelanggan lagi akan memenangi isian percuma minyak kenderaan secara mingguan.
Syarat-syarat Peraduan
Syarat-syarat peraduan ini amat mudah. Pelanggan hanya perlu membelanjakan RM30 di setesen minyak shell untuk isian sebarang minyak samada petrol ataupun diesel termasuk Shell Fuelsave dan V Power di mana-mana stesen Shell seluruh negara.
Kemudian isi borang yang disediakan dan jawab soalan ringkas. Jangan lupa untuk sertakan atau kepilkan sekali resit isian minyak tadi sebelum memasukkan borang ke dalam peti peraduan.
Tarikh Tutup
Peraduan ini bermula pada 23 Disember 2014 dan akan ditutup 12 minggu selepas itu iaitu pada 15 Mac 2015.
Shell Prihatin
Di shell kami komited untuk membantu rakyat Malaysia membuat pilihan yang lebih bijak untuk berbelanja di jalan raya dan dalam kehidupan. Kita faham bahawa rakyat bimbang dengan kos sara hidup yang meningkat, dan kita lihat ini sebagai satu peluang untuk meringankan beban mereka dan mengurangkan satu masalah untuk mereka fikir. komitmen ini, yang kami kenali sebagai mobiliti yang lebih bijak, adalah apa yang mendorong kami untuk melakukan inovasi dan penekanan terhadap cabaran pengangkutan penumpang dan barangan dengan selamat, kos efektif dan dengan pengurangan kesan terhadap alam sekitar.
Sama ada anda memilih bahan api FuelSave Shell kami yang direka untuk bertahan lebih lama ataupun minyak premium Shell V Power kami yang memberikan anda prestasi yang anda perlukan untuk pemanduan yang menarik, kami memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami dengan bahan api percuma untuk membantu mengurangkan bebananmereka dan mengurangkan kerisauan mereka. ~ Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.
Shell Select deli2go
Di majlis itu juga Shell memperkenalkan kiosk ataupun mobile store yag diberi nama deli2go untuk memudahkan pelanggan yang berhenti mengisi minyak untuk membeli keperluan makanan.
Kiosk ini diperbuat daripada shipping container yang diubah suai menjadi kiosk yang teratur dengan pelbagai makanan dan minuman baik yang sejuk maupun yang panas.
Setakat ini, kiosk ini sudah pun beroperasi di 16 stesen minyak Shell yang terpilih di seluruh Malaysia.
Jom isi minyak kenderaan kat Shell. Manalah tau rezeki kita kat sini. Setahun boleh isi minyak percuma!!!
Grand jugak event nie siap panggil menteri untuk perasmian…..Deli2go tu pun macam menarik jugak ideanya…
Hazman Fadzil recently posted..Peluang untuk dapatkan 15 produk Digital HEBAT – Produk #10 sangat bernilai !!!
deli2go tu memang menarik.. review ada di eXplorasa nnti..
jom masuk peraduan shell win free fuel.. manalah tau kot2 anda menang.. dapat isian minyak setahun tuuuu.. worth RM10K… Fuuuhhhh…!
Info yang menarik.. Boleh cuba.. Manalah tahu ada rezeki boleh menang hadiah yang ditawarkan… Terima kasih di atas perkongsian info… 😉
Anuar recently posted..Dividen dan bonus ASB turun lagi.. Pelaburan Alternatif tahun 2015?
cuba bro. sbb dah mmg kita isi minyak.. apa salahnya cuba kaaan..
[…] majlis pelancaran peraduan terbaru Shell iaitu Shell Win Free Fuel baru-baru ini eXplorasa sempat mencuba kopi o panas kiosk ini. Memang menyegarkan! Boleh […]
kalau dapat isi menang minyak RM10,000, dah boleh jimat belanja kereta untuk sekurang-kurangnya setahun 🙂
Ikhwan Fahmi recently posted..11 Strategi Penting Semasa Temuduga
betul tu.. ada 3 org pemenang tu… hehehe
Jom isi minyak di shell, saya pun baru menang…
waaah.. tahniah tuan.. lps la duit minyak.