Semalam aku seharian di Ampang. Meeting dengan client. Client ni bukan client biasa bagi aku. Banyak dia bagi bisnes kat aku. Dialah antara client unit trust aku yang ‘support’ aku dari dulu. Dialah client website aku. Dialah yang percaya pada cadangan aku untuk menggunakan kuasa blogger dan media sosial bagi mengembangkan bisnes travelnya.
Jadi semalam memang kami meeting seharian. Banyak agenda berlegar kepada halatuju pemasaran syarikat travelnya. Banyak benda yang dibincangkan termasuk strategy-strategy yang tak perlu aku ceritakan kat sini. Private and Confidential lor.. Maklumat syarikat kaaan. Hehehe.
So alkisahnya aku akan menjaga web dan media sosial syarikatnya. Masih di fasa awal. Banyak benda yang aku kena sediakan berkenaan dengan web dan media sosial. So aku ada tanggungjawab baru sekarang.
Sebelum ni pun ada buat. Aku sendiri pun ada banyak akaun media sosial dan blog yang aku uruskan. Semuanya dibina dengan tujuan yang tertentu. Banyak masa yang aku habiskan untuk membela blog-blog dan akaun-akaun media sosial aku ni. Tapi itulah pengorbanan untuk mencapai apa yang aku rancang. Dan perancangan tu sudah ada hasilnya.
Hebahan dan product awareness melalui hebahan secara dalam talian diteruskan. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik. Segala ilmu yang aku belajar akan dipraktikkan di sini. Entah kenapa semangat aku lain macam untuk sesama tolong naikkan syarikat ni.
Kesungguhan, keikhlasan dan sikap ‘humble’ tuan punya syarikat ni memang menarik hati aku. Dan sudah tentulah. Di sebalik usaha aku nanti akan diekori dengan imbuhan berbentuk wang. Ini perlu. Ini sumber pendapatan aku.
Jadi akhir bulan November ni atau awal Disember ni aku akan pergi berkelana lagi mengikut trip pakej diorang. Kali ini aku akan ke Istanbul, Turki. Antara tempat yang sudah lama aku masukkan dalam senarai tempat untuk aku ziarahi.
Dan jika diizinkan tuhan, awal tahun depan aku akan ke Scandanivia untuk projek terbaru. Yang ni belum confirm 100%. Besar kemungkinan akan proceed.
So hari ni aku bersantai saja. Malas nak buat appointment. Sebabnya lepas solat Jumaat nanti aku akan ke Kuala Selangor untuk menjemput anak sulung aku, Iqbal untuk balik bermalam di rumah.
Ok. Stop dulu. Ada benda lain nak diuruskan pulak.
Untunglah.bila nak bawa kami
Hahaha kita pun org ajak
Wahhhh awesome bamhoq.. Tahniah..
Tq tq. Kalu x der aral a wish comes true nih
Wah…. Alhamdulillah, ni memang rezeki yang tak di sangka
Tahniah Bamhoq
tq tq
[…] Mendapat Rezeki Yang Tak Disangka Lagi… […]