More

    Mengapa Mesti Ada Dengki Antara Kita

    Sekadar terfikir. Mengapa harus ada dengki antara kawan-kawan ya…

    Dengki ialah satu penyakit hati. Ianya salah satu senjata ataupun alat yang selalu dimainkan syaitan/iblis laknatullah untuk membuatkan manusia lari dari landasan yang sepatutnya.

    dengki.jpg

    Dengki tidak salah jika ianya ke arah keabaikan. Umpamanya dengki dengan dengan kejayaan orang lain yang membuatkan kita mengambil langkah yang lebih positif untuk memajukan diri.

    Namun dengki dengan orang lain sehingga timbul elemen yang tidak sihat seperti perasaan yang tidak mahu pencapaiannya melebihi pencapaian kita, sehingga berlaku perbuatan mengadu domba, mengumpat, merendah-rendahkan sahabat yang didengki tadi.

    Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

    “Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu; iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur, Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia mengikis agama.”

    (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

    Saya ada seorang sahabat yang seperti ini. Dia ni jenis yang tidak boleh orang yang dianggap pesaingnya (di kalangan kawan-kawan) mendapat lebih daripadanya. Alhamdulillah, dengan saya dia tidak berpendirian sedemikian. Ini adalah kerana saya selalu merendah diri dan selalu menjadikannya terasa lebih hebat daripada saya.

    Bukan apa, malas sebenarnya membangkitkan rasa dengkinya. Ya la, dia pun kawan kita. Tak rugi kalau kita merendah diri pun. Dah kita tau perangai dia macam tu, tau la kita macam mana nak bawa diri di depannya.

    Apa yang saya perhatikan, kawan ni (saya panggil A) amat cemburukan kawan saya yang seorang lagi yang juga rakannya (saya panggil B) sewaktu berkerja di syarikat yang sama dahulu. Apa-apa kejayaan yang si B dapat, memang akan menjadi tajuk perbualannya. Kadang-kadang malas juga nak layan. Kalau kejayaan B itu dianggap sebagai cabaran untuknya untuk berusaha lebih keras untuk berjaya juga tak apa. Ini tidak, apa yang diceritakannya tentang perkara-perkara negatif si B yang kononnya membuatkan si B berjaya.

    Umpatan-umpatan ini berterusan jika berjumpa dengannya (si A). Sehinggalah si B tadi beroleh kejayaan yang lain pula. Barulah umpatan baru pula akan keluar daripada mulutnya.

    Itulah urutan daripada penyakit hati nasad dengki. Dah berhasad dengki, disambung pula dengan mengumpat:

    Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam:

    Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

    Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam menerangkan lagi pengertian mengumpat dengan sabdanya:

    “Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?” Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.” Ujar Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam lagi:(Mengumpat ialah)“Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.” Lalu ditanyakan: “Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?” Jawab Rasulullah Sallallahu’alaihi Wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

    Mmmm.. Macam-macam ya manusia ni. Cuma sebab dia ni kawan kita, so kita kena la juga bagi nasihat dengan segera. Kalau orang kita tidak kenal ok lagi. Boleh fikir dengan cara lain. Namun nasihat kepada sesama saudara seislam itu wajib.

    Di dalam sebuah hadith dari Anas bin Malik ra. Dari nabi saw:

    “Orang-orang mukmin sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain saling menasihati dengan penuh kasih saying sekalipun jauh rumah dan tubuh mereka, dan mereka yang berbuat jahat sebahagian mereka ke atas senahagian yang lain saling melakukan perbuatan khianat sekalipun dekat rumah dan tubuh mereka”. (Ibn Hibban)

    Di dalam sebuah hadith Qudsi:

    “Ibadah yang paling Aku sukai yang dilakukan oleh hambaKu ialah menyampaikan nasihat untukKu”. (Ahmad)

    Sekarang ni saya tengah fikir cara terbaik untuk cuba menasihat dia. Sebab dia ni (si A) dari segi perkara lain dia ok. Cuma bab dengki tu je dia hebat sikit.. 😉

    Wallahua’lam. Moga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam menasihati ke arah kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

    Latest articles

    Related articles

    4 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge