Mengapa Perlu PTPTN?

Mengapa perlu ptptn - senarai hitam CCRIS.jpg

Mengapa perlu PTPTN jika dana pendidikan sudah mencukupi

Mengapa perlu PTPTN ataupun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional?

Sekarang ini kalau kita buat carian di enjin carian Google dengan kata kunci PTPTN, akan banyak lah keluar artikel-artikel pasal PTPTN terutama tentang berita yang diumumkan oleh PTPTN untuk menyenaraikan peminjam-peminjamnya yang liat membuat bayaran balik ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Mengapa perlu ptptn - the star.png

Mengapa perlu PTPTN – keratan akhbar tentang isu hangat PTPTN menyenaraikan nama peminjam yag tidak membayar ke dalam CCRIS

Soalan aku, mengapa perlu PTPTN?

Jawapan kepada soalan ini ialah kerana tiadanya persediaan sedari awal untuk menghadapi kos pendidikan yang mencanak naik.

Kadar inflasi di dalam kos pendidikan ini meningkat laju lebih laju daripada kadar inflasi umum yang meningkat naik sebanyak 1.5% pada bulan Mac 2013.

Akibatnya ramai daripada kita yang mempunyai anak yang layak ke Pusat Pengajian Tinggi tidak mampu menanggung kosnya. Mereka tiada aternatif selain daripada meminjam dengan PTPTN.

Sebenarnya kesedaran inilah yang aku dan rakan-rakan Synergy Khalifs Advisor cuba sampaikan kepada masyarakat.

Pinjaman PTPTN ini tidak perlu jika ibubapa sudah ada persediaan daripada awal untuk menangani kos pendidikan sewaktu anaknya masih kecil lagi.

Mengapa sebaik-baik simpanan pendidikan lebih baik dibuat sewaktu kecil? Ini adalah kerana simpanan dan pelaburan memerlukan masa untuk mengembangkan nilai duit yang disimpan. Semakin lama tempoh penyimpanan, potensi untuk menjana keuntungan adalah lebih tinggi.

Ibubapa juga mesti tau alat penyimpanan yang sesuai untuk mencipta “tabung pendidikan” untuk anak mereka. Jika simpanan di akaun bank biasa yang dipilih, yang boleh memberikan pulangan hanya sekitar 1-2% setahun, maka pulangan terkumpul semasa anak hendak menggunakan dana tersebut nanti pastilah amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan mereka yang membuka akaun Unit Trust yang mampu memberikan pulangan tahunan di antara 8 – 12%. Malah ada dana yang mampu berikan pulangan lebih daripada itu.

Ilmu inilah yang aku cuba salurkan kepada orang ramai di luar sana. Menabunglah daripada awal dengan Unit Trust. InsyaAllah kita tidak perlu menjawab mengapa perlu PTPTN.

Sebenarnya aku boleh kira berapa simpanan yang perlu dibuat secara bulanan ataupun sekaligus dengan Unit Trust untuk mencapai sasaran dana pendidikan yang diperlukan kelak. Ada kiraan dia. InsyaAllah aku akan kongsikan di blog Perancangan Kewangan aku nanti.

Sebenarnya bersedia untuk menghadapi hari muka ini adalah ajaran Islam. Menyimpan dan menabung semasa kita senang untuk menghadapi waktu kita susah ataupun waktu kita memerlukan dana telah diceritakan secara terperinci di dalam surah Yusuf:

[46]
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.
[47]
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
[48]
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
[49]
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

Jadi, ciptalah tabung pendidikan untuk anak sedari awal. Percayalah, tidak akan terlintas di fikiran anda mengapa perlu PTPTN semasa anak anda perlukan dana untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi nanti.

Hubungi saya untuk kita berbincang tentang perkara ini. Saya sedia membantu dan memberi jawapan kepada anda mengapa anda tidak perlukan PTPTN, bukan mengapa perlu PTPTN.

 

23 comments

    • sohoque 21 August, 2013 at 15:15 Reply

      bagus bro. kalau boleh createkan akaun unit trust khas utk dana pendidikan diorg lak. yg epef tu utk retirement bro.

      kalau bro ada apa2 nak tanya boleh la.gua sedia berkongsi ilmu yg ada..

    • sohoque 22 August, 2013 at 12:16 Reply

      untung la kalau saper yang dapat scholarship. sy dulu pon dapat loan MARA, tp bila dah abis belajar dia convert kepada scholarship. alhamdulillah

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: