More

    Mengapa Yeo’s Menjadi Pilihanku

    Air Soya Dalam Tin Yeos
    Air Soya Dalam Tin Yeos

    Kalau sebut ataupun teringat tentang air tin atau air kotak, pasti fikiranku akan melayang ke arah produk yang diberi nama Yeo’s ini. Aku pun kurang pasti sebab sebenarnya apa. Tetapi produk tersebut memang kuat menarik minat aku jika terfikir tentang minuman segera itu.

    Aku biasanya akan keluar awal pagi untuk menghantar anak ke sekolah. Kebiasaannya selepas menghantar mereka, aku akan singgah di stesen minyak untuk melakukan beberapa urusan seperti mengisi minyak kenderaan, mengeluarkan duit dari akaun bank dan membasahkan tekak aku sebelum bertemu sarapan yang sebenar.

    Bila sampai bab memilih air minuman, antara minuman yang lazimnya menjadi pilihan aku adalah air soya dalam tin ataupun dalam kotak keluaran Yeo’s. Bukan aku tak cuba untuk mengambil air lain seperti kopi dan sebagainya, tetapi tak sama rasanya dengan meminum soya Yeo’s. Akhir sekali Yeo’s juga yang menjadi pilihan.

    Bekal Ke Kebun/Sawah

    Sawah Padi (gambar hiasan)
    Sawah Padi (gambar hiasan)

    Keputusan aku mungkin banyak dipengaruhi oleh kehidupan masa lampau aku. Imbas kembali ketika aku masih kecil. Ketika umur sekitar 6 tahun jika tidak silap. Sebab memori sebelum umur itu memang sudah terpadam daripada otak aku.

    Di kampung pada masa itu bukanlah seperti sekarang. Dulu susah nak cari sekolah Tadika. Tapi di kampung aku ada satu sekolah tadika. Sempat masuk 2 hari sahaja. Kemudian aku buat perangai tak nak sekolah dah. Aku amat rapat dengan emak aku pada masa tu mungkin disebabkan aku anak bongsu di dalam keluarga aku.

    Jadi rutin aku pada masa itu, pada setiap pagi aku akan membonceng di belakang basikal emak aku untuk ke sawah ataupun ke kebun. Dalam perjalanan mesti kami akan singgah di warung untuk membeli bekal untuk dibawa sekali ke kebun ataupun sawah. Masih ku ingat harga nasi lemak sebungkus yang lebih besar daripada sekarang hanyalah 30 sen. Sangat murah. Kadangkala emak akan membelikan air minuman dalam kotak air kotak) untuk aku. Dan air kotak itu adalah air kotak Yeos. Perasa Teh Bunga kalau tak silap.

    Menginjak ke usia remaja, aku sudah punya kebebasan untuk memilih sendiri air minuman. Namun tradisi memilih air minuman terus sebati di dalam diri aku. Yeos juga yang menjadi pilihan sehingga sekarang.

    Logo Halal JAKIM

    Bila usia sudah dewasa aku mempunyai lebih tanggungjawab apabila aku sudah punya keluarga untuk diketuai. Ilmu agama juga sudah agak advance berbanding semasa remaja. Jadi salah satu benda yang aku fikirkan untuk disuapkan ke mulut anak isteri aku adalah rezeki yang halal. Di samping punca pekerjaan yang halal makanan yang dibeli juga aku akan pastikan mempunyai logo JAKIM untuk aku gunakan tanpa was-was.

    Logo halal pada tin minuman Yeo's
    Logo halal pada tin minuman Yeo’s

    Di sini sekali lagi aku memilih produk Yeos kerana ia mempunyai logo HALAL yang telah disahkan oleh JAKIM. Memilih sumber makanan yang halal bukan sesuatu perkara yang remeh. Ia akan mempengaruhi sakhsiah dan akhlak anak-anak dan isteri kita nanti.

    Aku rasa rata-rata rakyat Malaysia yang beragama Islam pun mempunyai pandangan yang sama seperti aku dalam bab memilih makanan ini. Logo halal JAKIM yang akan menjadi perkara pertama yang dicari tika memilih sesuatu barangan makanan ataupun minuman.

    Jagalah Alam Sekitar Kita

    Dulu masa kecil aku memang tak kesah sangat tentang penjagaan alam sekitar ni. Tapi bila dah besar panjang ni aku melihat dunia semakin tenat dengan pencemaran alam sekitar. Dari situ aku mula sedar tentang pentingnya aku menyumbang sesuatu kepada alam sekitar. Jadi sumbangan paling mudah bagi aku ialah membaiki sikap kita supaya mengamalkan tabiat yang boleh menyumbangkan kepada penjagaan alam sekitar.

    Botol plastik yang boleh dikitar semula
    Botol plastik yang boleh dikitar semula

    Pemilihan Yeos memang bertepatan dengan usaha kecil yang aku sedang amalkan. Kotak, botol plastik dan tin air minuman Yeos memang boleh dan amat senang untuk dikitar semula. Hanya kemekkan kotak dan buang ke dalam tong sampah mengikut kategori bahan kitar semula. Begitu juga dengan air minuman berbotol plastik dan di dalam tin. Ia memang mesra alam.

    Tidak bosan dengan rasa yang sama

    Pilihan aku sekali lagi tepat apabila membicarakan tentang pelbagai pilihan perasa. Antara perasa yang aku suka adalah Soya Yeos di waktu pagi, Teh Bunga ataupun Teh O Ais di waktu tengahari, Teh Kundur di waktu petang dan Yeos berperisa yogurt di waktu malam. Memang tidak bosan dengan minuman Yeos ini.

    Pelbagai perisa Yeo's di pasaraya
    Pelbagai perisa Yeo’s di pasaraya

    Setiap Masa Di Mana Jua

    Stok Yeo's dalam peti ais ku
    Stok Yeo’s dalam peti ais ku

    Bila dah menjadikan Yeo’s pilihan yang tepat pastinya aku tak nak pilih jenama lain lagi walaupun kemana aku pergi di dalam negara. Syukur Yeos ada dimana-mana. Terasa nak minum Yeos singgah lah mana-mana kedai pasti anda akan berjumpa dengan apa yang anda cari itu.

    Pandai Ambil Hatiku

    Aku terus yakin dengan jenama Yeos apabila melihat syarikat ini agak dekat degan penggunanya. Banyak saluran yang syarikat Yeos gunakan untuk mendekati pengguna. Antaranya dengan menggunakan medium yang paling popular iaitu Media Sosial.

    yogurt anggur
    yogurt anggur

    Sila follow dan Like akaun Yeo’s di bawah:

    Disamping itu, syarikat Yeo’s ini juga pandai mengambil hati pelanggannya. Banyak ruang disediakan untuk berinteraksi dengan pelanggannya. Contohnya dengan mengadakan peraduan (contest). Cuba lihat Kontes Video Funderful Yeo’s. Mana ada syarikat minuman lain yang mengadakan peraduan sebegitu rupa. Lihat juga Kontes ini. Lihat juga siapa yang sanggup menaja program seperti #SBB dan Yeo’s 2014. ni semua adalah bukti-bukti Yeo’s sanggup turun padang bertemu penggunanya.

    Jadi aku memang berpuashati dengan pilihan minuman aku yang satu ini. Yeo’s berjaya mencuri hati aku sehingga bukan sahaja menjadikannya pilihanku malah menjadi gaya hidup aku.

    Jadi bersempena dengan Yeo’s yang sudi turun padang dan menaja program anjuran pasukan Denaihati, mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

    Latest articles

    Related articles

    55 Comments

    Leave a Reply to onlajer Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge