Lambat aku membuka laptop malam ini. Hari minggu memang susah sikit aku nak buka laptop dan membuat kerja online. Anak-anak dan isteri semuanya di sisi. Aku lebih memilih untuk melayan mereka.
2 hari je kot hari minggu. apa salahnya menumpukan perhatian kepada mereka setelah 5 hari kita bergelumang dengan kerja hakiki kita. Masa ni lah kita peruntukkan masa berkualiti bersama mereka.
Selepas membancuh segelas air kelapa laut tadi, aku mula melakukan kerja online. Oh ya, air Kelapa Laut Man Java ini sudah menjadi minuman rasmi aku di malam hari semenjak aku mendapatkan daripada seorang rakan blogger. Best! Dah jadi macam ketagih pula aku. Malam ni saja dah dua kali aku bancuh pati Kelapa Laut ini.
Tak lama aku di atas talian ni. Cukup je leteran aku ni lebih kurang 300 patah perkataan jer. Lepas tu aku akan tidur. Besok kena bangkit awal. Nak kena sampai Bandar Sri Putra sebelum pukul 8.30 pagi. Hmmm jauh tu.
Oh ya besok aku menjadi krew untuk program latihan FB Ads Adavance. Sambil menolong untuk kelancaran majlis, aku juga dapat belajar ataupun refresh kembali apa yang aku telah belajar dahulu.
Firdaus Azizi Training and Consultancy (FATC)
Firdaus Azizi adalah rakan seperjuangan aku semasa kami belajar ilmu blogging daripada Akademi Denaihati sedikit masa dahulu. Kami bermula daripada kelas intermediari sehinggalah ke kelas blog advance. Hanya 4 orang sahaja daripada pelajar-pelajar di situ yang menyambung sehingga ke tahap advance.
Bukan sedikit kos yang aku terpaksa habiskan. Namun aku sangat puas sehingga ke saat ini. Apa yang aku pelajari banyak menolong aku maju selangkah ke hadapan daripada blogger-blogger sengkatan dengan aku pada masa itu.
Firdaus Azizi yang mempunyai pengalaman dalam bidang jualan online ni terus mengorak langkah menjadi Coach untuk FB Ads selepas itu. Ilmu dan pengalamannya memang banyak membantu beliau sehingga nama beliau dah duduk sebaris dengan sifu media social lain yang Habat.
Besok, hasil daripada pelawaannya, aku telah bersetuju untuk membantu beliau dengan menjadi krew semasa kelas sedang berjalan. Ok la tu. Aku pun dah lama tak jumpa Daus ni. Beliau juga adalah sifu aku semasa menghadiri kelas Asas FB Ads sedikit masa dahulu.
Jadi sesiapa yang hendak belajar FB Ads boleh la menghubungi beliau:
->> seminar Facebook Marketing firdaus Azizi
Eh dah lebih 300 patah perkataan. Ok, selamat malam.
Semakin ramai yang sudah pandai dan pakar dalam ads Facebook. Hope tidak ada scam.
Bahrain recently posted..Kecuaian Punca Tragedi Berlaku
insyaAllah yg ni tak scam. sy kenal dia sejak zaman sy belajar kelas advanced wordpress lg
Selamat malam abe hoq..
hahahaha. selamat malam abe jamar
I pun nak joint FB ads class.. nanti i google.
kalau nak join blh join dgn sahabat sy ni
Nice blogging and I like yr format.. Ala2 mcm imejpatik juga 🙂
wawa idris recently posted..Pilihan kemeja lelaki untuk nampak slim dan tinggi
hahahaha… kita satu rumpun.. pengguna wordpress premium theme…
semangat memberikan informasi informasi lewat blog..
masih belum minat lagi nak join..insyallah satu hari nanti kot
reezluv recently posted..Fenomena Aiskrim Hipster Di Ipoh
insyaAllah… aku join jer utk tambah ilmu.. tak guna pun fb ads ni stkt ni.. hahahah
sambil jadi krew, sambil refresh benda yang belajar dulu-dulu 🙂
Admin recently posted..Peperiksaan Online Penguasa Kastam
ya bro.. hhahahaha.. cam ulgkaji la…