Tuesday, May 30, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesMenjadi Pelabur Mutual Gold Public Mutual, Apa Istimewanya?

Menjadi Pelabur Mutual Gold Public Mutual, Apa Istimewanya?

Sebelum ni Abam Hoq pernah sebut tentang pelabur Mutual Gold Public Mutual. Apa bendalah ni? Baik.. Hari ni Abam terangkan sikit pasal Pelabur Mutual Gold.

Pelabur Mutual Gold ni ialah pelabur yang melabur dengan Public Mutual, samada secara gedebuk (lump sum), ataupun secara berkala, yang dah cukup 150,000 MGQP (mutual gold qualitative point). *RM1 = 1 MGQP

Maksudnya kalau korang melabur secara sekaligus, ataupun korang melabur sikit-sikit sehingga cukup RM150K, status korang bertukar daripada pelabur biasa kepada pelabur Mutual Gold.

Keistimewaan ahli Mutual Gold

1. Perkhidmatan yang cepat dan eksklusif – ada hotline khas untuk korang guna untuk call. Kalau pergi ke centre dia, korang boleh minum-minum sambil lepak-lepak sementara korang dilayan dengan pertanyaan korang.

2. PB Visa Platunum Credit Card – korang akan ditawarkan dengan kad kredit pre approved ni. Kad kredit ni ada cash bonus dan annual fee waiver (*TnC)

3. Perlindungan Insurance/Takaful PERCUMA – secara automatik korang ada takaful bernilai RM150K

4. Majalah bulanan – majalah yang menyelitkan tentang travel, makan, kesihatan personal finance dan lain-lain ni akan dihantar secara percuma ke rumah korang.

5. Redemption (jualan unit) dalam masa 2 hari berkerja – kalau pelabur biasa nak jual unit dia, 10 hari berkerja diperlukan untuk proses

6. Penulisan will/wasiat percuma

7. Trust nomination percuma

8. Hibah – sebahagian yuran hibah akan dikurangkan

9. Free switching (penukaran dana) – jika switching dibuat melaui PMO (public mutual online) – ianya percuma tanpa had. Jika dibuat melalui boring biasa, switching percuma dihadkan sebanyak 15 kali

10. Pengecualin Fi Pengurusan (Admin fee) – untuk pindahan unit, tiada caj untuk pelabur mutual gold

11. Mutual Gold seminar – orang akan dijemput untuk ke seminar Financial Planning. Dari situ korang akan lebih paham kenapa korang harus memilih Public Mutual

12. Mutual gold special withdraw – setiap bulan pelabur mutual gold yang dilahirkan dalam bulan tersebut akan dipiih secara rawak untuk memenangi cabutan bertuah.

13. Complimentary Car Park – jika korang ke mutual gold centre di jalan Raja Chulan, dan parking kat situ, korang tak kena bayar kalau tunjuk card mutual gold public mutual .

Haaa banyak kan kesitimewaan pelabur Mutual Gold ni. Abam banyak selesaikan masalah perlindungan assets dan hutang klien Abam dengan menggunakan takaful percuma inilah.

Yang umur dah lanjut, yang obess, yang kerja berisiko, semua ni kalau ambil atau tambah perlindungan takaful samada ditolak atau dikenakan loading (premium tambahan). Inilah caranya untuk adakan perlindungan takaful sebanyak 150K – dengan menjadi pelabur mutual gold.

Ayuh mulakan daripada sekarang..!

Tu jer nak bagitau hari pasal UT. Kalau nak tanya apa-apa hubungi Abam ok..!

Loading

RELATED ARTICLES

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1