More

    Menonton Filem Tanpa Had Dengan iFlix dan Digi

    Di Majlis pengumuman kerjasan antara iFlix dan Digi
    Di Majlis pengumuman kerjasan antara iFlix dan Digi

    Ramai di kalangan kita suka menonton filem. Selain daripada ke panggung wayang ada yang memilih cara yang lebih menjimatkan iaitu muat turun (download) sendiri filem atau drama pilihan masing menerusi internet dan simpan di dalam external hard disk untuk ditonton di masa terluang. Sebab itu aplikasi untuk memuat turun atau download filem di internet ini menjadi carian ramai penggemar aktiviti ini.

    Aplikasi IFlix

    Kini ada satu lagi cara yang lebih mudah dan jimat untuk menonton filem dan drama pilihan masing-masing. Caranya ialah dengan mendaftar dan melanggan di aplikasi iFlix, peneraju penyedia internet tv di asia tenggara. Syarikat ini sedang bertapak di Malaysia, Thailand dan Filipina. Semenjak pelancarannya 3 bulan lalu, aplikasi ini telah menerima 200,000 pelanggan (subscribers).

    Sangat mudah. Hanya mendaftar dan melanggan sebagai ahli iflix. Install aplikasi iFlix di telefon bimbit, tablet maupun internet tv dan tonton menerusi aplikasi tersebut.

    Sekarang ini iFlix sedang mengadakan promosi. Anda boleh melanggan iFlix tanpa bayaran selama sebulan. Selepas itu anda boleh buat pilihan samada hendak meneruskan langganan ataupun berhenti. Semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Tidak perlu bersusah susah ke premis iFlix dan mengisi borang.

    Aku dah install aplikasi ini. Dah explore segala bagai fungsi kat dalam tu. Memang best. Banyak filem dan drama kat dalam tu yang dah dibahagikan mengikut kategori. Drama melayu dan korea pun ada. Drama tv yang popular seperti Arrow dan lain-lain pun ada. Memang best la.

    iflix 3

    iflix 1

    iflix 2

    Yang bagusnya lagi filem-filem dan drama-drama ini boleh ditonton dengan telefon bimbit dan tablet sahaja. Maknanya kat mana-mana pun boleh tonton filem yang kita suka.

    Kualiti gambar

    Mengikut kata Christian Thrane, Chief Marketing Officer Digi, sewaktu membuat ucapan di majlis Pelancaran Media iFlix dan Digi Malam tadi, kualiti filem di iFlix ini adalah berdefinisi tinggi (HD). Dan pengalaman beliau sekeluarga menonton filem di iFlix di dalam kenderaan melalui Lebuhraya Pantai Timur langsung tidak mempunyai masalah tersekat-sekat (buffering).

    Christian Thrane, Chief Marketing Officer Digi
    Christian Thrane, Chief Marketing Officer Digi

    Turut hadir sama di dalam majlis ini adalah Said Azran Osman-Rani, iFlix Group COO dan CEO iFlix Malaysia. Majlis ini diadakan untuk mewarwarkan tentang kerjasama di antara iFlix dan Digi. iFlix sebagai peneraju internet TV dan Digi sebagai antara penyedia data internet terpantas di Malaysia.

    Said Azran Osman-Rani
    Said Azran Osman-Rani

    boss-iflix-malaysia 2

    Aku sendiri dah menonton filem “how to train your dragon” tadi. Memang laju dan filemnya tak tersekat sekat. Best! Tengok pulak dengan iPhone 6 plus aku. Memang terbaik pengalaman meninton dengan iFlix ni.

    kolaborasi antara iFlix dan Digi
    kolaborasi antara iFlix dan Digi

    Guna data internet

    Ya. Untuk streaming filem-filem yang kita tonton tu, ia menggunapakai data internet kita. Jadi untuk jimatkan kos data, lebih baik tengok kat rumah dengan menggunakan data internet seperti unifi dan sebagainya.

    Ataupun carilah tempat-tempat yang menawarkan data internet percuma untuk melayari dan menonton filem kegemaran kita.

    Kelebihan untuk Pelanggan Digi

    Bagi pelanggan Digi (prepaid dan postpaid), mereka boleh melanggan iFlix dengan hanya membayar RM10 sebulan untuk langganan sebulan ataupun membayar RM8 sebulan untuk langganan selama setahun. Caj tersebut akan dimasukkan terus ke dalam bil bulanan telefon mereka.

    Yang menarik lagi, pelanggan Digi yang melanggan iFlix secara bulanan akan diberikan tambahan data internet sebanyak 1Gb tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan. Best kan?

    Jadi sesiapa yang sukakan filem dan masih tercari-cari lagi penyedia perkhidmatan data internet terbaik, bolehlah memilih Digi sebab ianya memang sesuai untuk kegunaan dan minat anda.

    Komen Sohoque

    sohoque-iflix

    Dengan adanya perkhidmatan seperti iFlix, aplikasi untuk menonton filem atas talian ini, tiada lagi masalah untuk menonton filem. Pilih sahaja antara lambakan filem yang ada dalam aplikasi ini dan tontonlah sebanyak mana yang anda suka.

    Tiada lagi masalah mencari aplikasi untuk muat turun filem di internet dan sebagainya.

    Tontonlahlah pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Tiada lagi kebosanan sementara menunggu seseorang. Tiada lagi kebosanan apabila berada jauh dikampung. Buka sahaja aplikasi ini, pilih filem atau drama dan tonton!

    Tidak perlu lagi mencari aplikasi untuk muat turun filem di internet dan habiskan masa melakukan aktiviti tersebut.

    Kos langganan pun berpatutan. Rendah kosnya pada pandangan saya.

    Iflix – penyelesai masalah kebosanan dan tiada masa untuk menonton filem. Saya dah install. Anda bila lagi?

    Bersama otai Tekong (Amanz) dan Vernon
    Bersama otai Tekong (Amanz) dan Vernon

     

    bersama otai Abang Nara (beautiful nara) dan Shahzeeq
    bersama otai Abang Nara (beautiful nara) dan Shahzeeq

    Latest articles

    Related articles

    10 Comments

    Leave a Reply to Fendi Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge