Bulan Ramadan ni, antara perkara yang seronok untuk bercerita ialah tentang restoran ataupun menu untuk berbuka puasa. Bagi yang suka masak sendiri, mesti akan mencari-cari resepi untuk dimasak. Yang tak ada masa untuk masak sendiri, ataupun yang lebih suka makan daripada memasak, pasti akan sibuk mencari restoran yang menepati citarasa untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Tambah lagi bulan Ramadan sebelum ni semua daripada kita tidak boleh kemana-mana dek terpaksa mematuhi arahan PKP. Alhamdulillah tahun ni kita dapat berbuka di luar dengan penjagaan SOP seperti yang ditetapkan.
Berbuka Puasa dengan Feisty Arabic Ikan Bakar di The Manhattan Fish Market (MFM)

Abam Hoq setakat ni sempat la juga menerjah beberapa restoran untuk mencuba menu berbuka puasa mereka. Baru-baru ini, Abam mencuba suasana berbuka puasa di The Manhattan Fish Market. Lama juga dah tak datang ke MFM ni. Ternyata menu-menu mereka sudah tidak seperti dahulu.
Oh ya, sempena bulan Ramadan ni, MFM ada keluarkan menu baru yang pada Abam agak unik.
Feisty Arabic Ikan Bakar, menu yang mempunyai rasa Timur Tengah yang diMalaysiakan.. Giiitu bunyinya apabila Abam translatekan “localised middle east flavour”. Hehehe.
Bermula 13 April 2021, MFM memperkenalkan menu baru yang eksklusif ini di semua outletnya.
Jujur cakap, pada mulanya Abam Hoq sangkakan menu Ikan Bakar ni biasa-biasa saja. Ya la, MFM ni dia punya kepakaran adalah menghasilkan menu ala moden daripada pelbagai makanan laut. Ikan Bakar ni macam bukan menu moden. Dan MFM tak pernah pun keluarkan menu ni sebelum ni.
Tapi bila dah rasa menu ni, terus Abam akui, ia adalah satu menu yang hebat. Ikan Siakap tidak dibakar seperti ikan bakar biasa yang kita biasa makan kat restoran luar tu. Kat sini, ia di”stim” dahulu sebelum dibakar. Jadi sudah pasti rasanya berlainan daripada yang diluar.
Satu lagi, sos yang didatangkan bersama menu ni sangat sedap. Kalau kalian jenis yang suka sos ikan bakar, pasti kalian tak cukup semangkuk kecil sos yang dihidangkan. Sedap weyh.. Serius..!!!
Di bawah menu Feisty Arabic Ikan Bakar ni ada disediakan beberapa kombinasi set yang kalian boleh pilih berdasarkan berapa orang yang nak makan, dan sudah tentu berdasarkan juga bajet poket kalian.
Ni dia senarai set-setnya Abam bagi siap dengan harga sekali:
Feisty Arabic Ikan Bakar Duo.

Ia didatangkan dengan 600 grams ikan siakap dengan sos tomato pedas (tak pedas sangat pun sebenarnya), 2 portion Nasi Garlic. Ia sesuai untuk dinikmati oleh 2 orang. Harganya hanya RM59.90
Feisty Arabic Ikan Bakar Gembira.


600 grams Ikan Siakap dengan Sos Tomato pedas, 2 portion Nasi Garlic, Scallop Fish Chicken, 3 minuman Strawberry Gembira dan 3 Chowder of the Day. Hidangan ini sesuai untuk 3-4 orang. Harganya hanya RM119.90.
Feisty Arabic Ikan Bakar Bersama-sama.


Hidangan ini lebih besar portionnya. Ia terdiri daripada 600 grams Ikan Siakap dengan Sos Tomato pedas, 2 portion Nasi Garlic, Spicy Flaming Prawns, Fried Calamari dan Volcano Mussels. Ia didatangkan sekali dengan 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day. Untuk set ini, kalian turut dihidangkan dengan 2 Vanilla Ice Cream dengan Fistikli Baklava. Hidangan untuk 4-5 orang ini hanya RM159.90.
Feisty Arabic Ikan Bakar + Flaming Lobster


Menu ini adalah menu signature MFM. Ia adalah kombinasi Grilled Flaming Lobster yang didatangkan bersama 600grams Ikan Siakap dengan Sos Tomato pedas, 2 portions Nasi Garlic, 4 minuman Strawberry Gembira dan 4 Chowder of the Day. Diakhir santapan kalian, 2 Vanilla Ice Cream yang di topped up Fistikli Baklava akan dibawa kepada kalian sebagai dessert. Set hidangan ini sesuai untuk 4-5 orang. Harganya hanya RM288.90.
Unik dan Sedap!
Kalian cubalah..! Kalau tanya Abam memang Abam rekomen. Dah 2 kali bulan puasa ni Abam bebruka puasa dengan menu ni. Kalau kalian datang bersama keluarga dalam 4-5 orang, kalian pilih Feisty Arabic Ikan Bakar + Flaming Lobster tu. Baru puas hati..!
Sambal ikan bakarnya yang unik tu, memang best..! Ia tak pedas. Anak-anak pun boleh makan sebenarnya..
menyelerakan . Boleh try one fine day