Sunday, April 30, 2023
HomeMakan-makanMENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM...

MENCARI HIDANGAN TULANG RUSUK DIMASAK ALA AMERIKA DENGAN RASA TEMPATAN DI MUSIM RAYA INI? TONY ROMAS PASTI MENEPATI CITARASA ANDA

Alhamdulillah… Bulan Ramadan tahun ni kita dah dapat makan kat luar. Jadi tak adalah terperap kat rumah asyik makan masakan sendiri sahaja. Bukan kata tak bersyukur, tetapi sesekali nak juga berbuka puasa di restoran kat luar bersama keluarga menikmati juadah restoran yang dipilih.

Masih segar dalam ingatan bulan Ramadan tahun lepas. Setiap hari berbuka puasa di rumah. Kesian kat isteri nak kena fikir nak masak apa hari-hari. Kadang-kadang bila buntu fikir nak masak apa, kami langsung tak masak dan order secara online. Hahaha.

Tapi ianya masih berbuka puasa di rumah. Pemandangan dan suasana yang sama setiap hari. Kadang-kadang terasa juga bosannya.

Jadi dah alang-alang boleh berbuka puasa kat luar ni, mesti kalian terfikir kat mana nak bawak keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati menu berbuka puasa yang enak. Betul tak?

Ok kalian boleh “bookmark” artikel ni. Abam Hoq cadangkan kalian cuba menu baru di Tony Romas ni. Memang terbaik..!

Tony Romas Festive Flavours

Memahami runtunan hati kalian yang tidak dapat menikmati sajian berbuka puasa kat luar tahun lepas, Tony Romas pantas membawakan menu baru, Festive Flavours untuk kalian pada tahun ini. Apa yang menariknya, menu ini didatangkan dengan saiz hidangan yang jauh lebih besar supaya lebih ramai ahli keluarga dan rakan-rakan dapat meluangkan masa bersama dan menikmati hidangan yang lazat pada harga yang berpatutan.

Antara menu yang mesti kalian cuba ialah Rib Bone Stew, Sup Tulang unik sebagai pembuka selera, Festive Beef Ribs Platter, set 10 ketul tulang rusuk dengan 5 rasa berbeza, Festive Lamb Slabs Platter dengan tiga potongan daging kambing, dan T-Bone Steak yang lazat beserta minuman dan pencuci mulut yang enak.

Rib Bone Stew

Menu ini dimasak dengan cara masakan Amerika, tetapi rasanya adalah rasa masakan tradisional Malaysia. Dengan kaedah renehan selama beberapa jam, daging tulang rusuk menjadi begitu lembut sehingga mudah dipisahkan dari tulangnya. Ia adalah stew yang pekat dan secukup rasa. Kalian pasti akan teruja pada suapan pertama lagi.

Jujur Abam Hoq katakan, stew ini sangat sedap dan sangat sesuai sebagai pembuka selera selepas azan Maghrib dilaungkan.

Festive Beef Ribs Platter

Menu ini adalah tulang rusuk yang dihidangkan dengan 5 rasa yang berbeza. Setiap tulang rusuk lain rasanya. Sesuai sangatlah untuk kalian yang datang dalam satu kumpulan.

Apa yang menariknya lagi, kalian tidak perlu fikir nak order tulang rusuk perasa apa. Kalian boleh pilih sahaja daripada 5 pilihan tersebut. Jadi tak perlu risau sama ada kalian membuat pilihan yang tepat atau tidak.

Tulang rusuk ini diperap dengan ramuan istimewa Dry Rub baru buatan sendiri yang menggunakan kombinasi rempah ratus yang disapu pada rangkanya untuk menjadikan daging lebih sedap.

Bagi kalian yang lebih menyukai rasa pedas, kalian boleh memilih Sriracha atau Black Pepper. Manakala bagi yang sukakan rasa asli, Original BBQ serta pilihan Spicy adalah pilihan tepat buat kalian.

Jangan risau, menu ini mempunyai saiz hidangan yang besar dan lengkap bersama hidangan sampingan dan Rib Bone Stew. Jadi ia cukup untuk semua orang.

Festive Lamb Slabs Platter

Set hidangan ini juga didatangkan bersama Rib Bone Stew dan hidangan sampingan. Ia adalah 3 potongan daging kambing yang sungguh lazat. Saya memang penggemar daging kambing dan saya akui ianya sangat sedap..!

Daging kambing ini diperap dengan campuran sos Madu dan Plum. Jadi rasa masam manisnya memang lain dari yang lain di samping kelembutan dagingnya.

T-Bone Steak

Untuk yang datang berseorangan ataupun berdua, kalian boleh juga memilih set hidangan ini. Saiz hidangannya sedikit kecil iaitu 450gm T-Bone Steak. Ia dimasak dengan begitu sempurna menjadikan dagingnya lembut dan sesedap rasa.

Dessert

Untuk “pencuci mulut” dan pelengkap hidangan, kalian boleh mencuba Kurma Tiramisu. Rasa manis yang tak berapa manisnya pasti mendapat pujian daripada kalian.

Ataupun kalian boleh memilih minuman Lychee Bandung atau Lychee Mojito yang segar sebagai penutup selera.

Premium tapi sedap dan berbaloi!

Tony Romas memang terkenal dengan hidangan menu-menu daging permiumnya. Dengan menu baru yang menerapkan rasa tempatan ini, ia pasti memuaskan cita rasa semua orang. Dengan rasanya yang hebat dan saiz hidangannya yang besar, kalian pasti akan rasa sangat berbaloi berbuka puasa dengan Tony Romas Festive Flavours.

Walaupun ianya diperkenalkan pada bulan Ramadan, ia tidaklah terhad kepada ummat Islam yang berpuasa sahaja. Ia adalah untuk semua rakyat Malaysia yang gemar meluangkan masa dan menghargai saat-saat indah makan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai menu atau untuk membuat tempahan, kalian boleh layari www.tonyromas.com.my

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1