Semalam aku terima satu mesej dalam whatsapp group. Rasanya anda pun mungkin ada terima mesej ni yang pastinya cepat berlegar-legar di whatsapp masing-masing.

Ini adalah whatsapp yang dimaksudkan:
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tak mampu.
Kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur….
Betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati orang lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nnjuk atas kata-kata ‘share’..
beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak-banyak, upload gambar…dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm.. dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain.
Tapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tak ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yang kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..
Ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..
Ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.
Maka :-
“Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka”..
“Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana”..
“Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit”..
“Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana.”..Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.
Yang sudah tu sudah…
Jom, sama2 kita berusaha ke arah itu.

Komen aku, setuju dan tidak setuju.
Setuju
Setuju juga sebab aku pun kadang-kadang sedikit tidak selesa tengok orang yang jenis tayang-tayang cek ni. Bukan sebab aku tak ada duit. Bukan sebab aku tak ada cek untuk dipamer. Tapi sebab aku rasa macam tak perlu buat demikian. Aku rasa tunjuk cek bagai ni macam ada unsur nak menunjuk juga.
Tapi tak adalah aku nak marah dan negative kepada yang nak tunjuk tu. Masing-masing punya hal la kan. Dah namanya media sosial. Memang adalah yang kita tak setuju dengan status-status di sana.
Tidak setuju
Dulu lain. Sekarang lain. Dulu masa zaman mak ayah kita tak ada media sosial. Bisnes online juga tidak berkembang pesat seperti sekarang ni. Jadi perbuatan tunjuk makanan, pakaian, percutian dan lain-lain itu memang tidak relevan.
Sekarang tren sudah berubah. Orang tunjuk benda-benda tu semua kadang-kadang bukan sebab nak tunjuk. Tapi sebab nak iklankan produk dan perkhidmatan mereka. Paling tidak pun untuk ‘public awareness’ dan branding.
Itu semua strategy dalam pemasaran sekarang. Boleh saja kalau tak nak ikut arus. Cuma aku rasa akan jadi agak ketinggalan la. Untuk maju dalam bisnes kenalah ikut peredaran zaman dan sasaran pasaran.
Tepuk dada tanya ilmu
Jadi aku rasa mesej whatsapp tersebut dibuat dengan tidak mengambil kira peredaran zaman. Apa-apa pun ia whatsapp saja pun. Itu salah satu media pengiklanan yang berpengaruh juga tu. Setuju ke tidak, tepuk dada, tanyalah ilmu yang ada.
Gaya hidup zaman digital memang banyak mempengaruhi aturcara dan rutin harian kita…. kena bijak lakukan agar sesuai dengan masa dan tempat kan…
Hazman Fadzil recently posted..Sanggup boikot seminggu kedai makan sebab tak siarkan Drama Bersiri Istikharah Cinta
itu lah.. masuk kandang kambing kena mengembek la kaaaan…
Setuju..
Tengok pada keadaan..
fazrol recently posted..bos aku yang baru!
caya la abam Featured Friday NN setuju ngan aku
Teknologi untuk kemudahan manusia. Apa pun perkara yg dikongsi berbalik kepada niat asal. Jika ingin menunjuk itulah yg dapat. Jika niat untuk menyebarkan kebaikan insyallah pahala yg dpt.
rika recently posted..Bahaya Anemia Kepada Kandungan Ibu Hamil
ya amat setuju dgn rika
bergantung kepada niat
Mus recently posted..Bayaran Komisen Referral Mobicow Yang Pertama
Setuju…
Assalammualaikum… bro,
mselim3 setuju dengan entry ini… pape tgk kepada keadaan… Jika kita memang meniaga online boleh lah atas dasar marketing.. tp jika hanya untuk ‘show off’ tak wajar kan… pape macam bro cakap tadi tepuk dada tanya iman…
mselim3
mselim3 recently posted..7 Macam Pahala Yang dapat dinikmati Selepas Mati
Tu la kaan. Anyway thanks sbb sudi drop komen ya
dunia digital sekarang lain macam..
ade pro n con..
kalau x mampu nak makan sedap2.. simpan duit jangan langgan data.. ;P kan?
Norfanil recently posted..Tips Memikat Wanita dengan Pheromone Perfume
hehehehe.. betul3X
kadang2 nada masa update status tu pun maintain peranan, tak kisahlah niat kita baik macam mana sekalipun. kena hati2 juga, kan? 🙂
Oja Samid recently posted..Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil
ya betul tu
klu nk selamat…jd stalker jer…huahuahua……
heheheh.. kalau nak buat duit drp media sosial tak leh la nak jd stalker
tengok keadaan.
tengok tempat.
tengok orang.
itu sahaja gua boleh cakap.
sebab semua orang bulu ketiak dia tak sama panjang.
titan recently posted..Jom Aktifkan Mykad
hehehehe..
bagi aku la, menunjuk dengan iklan ni tak sama. iklan produk ni ada caranya, menunjuk-nunjukkan ni langgar saja membabi buta. hehe.. macam kata Abu Anas Al-madani. Beli sardin pun nak share dalam facebook, ini dah melampau dah. haha… apapun, keep going for bussiness! 🙂 semoga berjaya!
suhiminain recently posted..10 Tips Menulis Blog Yang Baik Untuk Pemula
hehehe.. ya.. aku setuju dgn pendapat bro tu
Apa yg ditulis tu betul. Kadang2 kita tak terasa kita ni menunjuk2 apa yg kita ada. Dan ada yg tgh sedih dan tengok status kita lagi sedih.
A wake up call sebenarnya
Warisan Pak Talib recently posted..3 Benda Wajib Tanya Pada Pemilik Katering
kdg2 org yg post gambar kat fb ada yg bukan nak menunjuk tetapi dibuat atas dasar tuntutan kerja. yang i tak apa saya rasa. jd niat adalah yg palig utama