Menyesal Upload Gambar Di Facebook

Hari Sabtu baru-baru ini ada satu meeting tentang satu program keusahawanan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat selepas urusan-urusan terakhir selesai terutamanya melibatkan pelaburan yang besar daripada koperasi.

Terus terang aku cakap program ini akan menjadi salah satu cara bagi bloggers dan para pengguna media sosial untuk menjadikannya salah satu cabang untuk membuat duit. Aku akan kongsikan program ini apabila semua urusan selesai nanti.

Tapi apa yang aku nak cerita kat sini bukan lah pasal program tu. Tapi tentang perasaan aku yang terasa menyesal upload gambar di Facebook. Gambar apa yang aku upload?

Aku meeting tentang program tersebut di Hayaki Kopitiam Seksyen 13 Shah Alam. Kami meeting bertiga. Aku, kawan aku orang kuat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, dan seorang bisnesman yang sedang meningkat naik.

Habis meeting kawan aku dari Perlis tadi memberi aku buah tangan yang didatangkan khas dari Perlis. Mempelam Harumanis. Ya Allah baru jer sehari sebelum itu aku berbincang dengan kawan-kawan dalam whatsapp pasal mempelam yang glamer di Perlis itu. Dan memang aku pasang niat nak dapatkan mempelam yang hanya berbuah setahun sekali sahaja itu.

Tak lama masa berlalu apabila Allah menzahirkan doa aku. Aku dapat mempelam tu secara percuma hasil dari hadiah seorang kawan. Terima kasih tuan Zawawi.

Eh aku tak cerita lagi pasal sebab apa aku menyesal upload gambar di Facebook. Heheheh.

Apabila mempelam harumanis telah bertukar tangan aku lantas ambil gambar dan seperti biasa aku akan post di dalam akaun Instagram aku yang telah dihubungkan serentak dengan Twitter, Facebook, Tumblr, Flickr dan Foursquare. Maknanya sekali aku post dalam Instagram, secara otomatik ianya akan terpost ke akaun media sosial aku yang disebutkan tadi.

menyesal upload gambar di facebook.png

Menyesal upload gambar di facebook

Selepas sahaja aku upload gambar ini, seorang rakan aku di kuantan yang sedang mengandungkan anak sulung terbaca status aku. Beliau mengidam mempelam ini rupanya. Kesian pulak aku rasa. Menyesal pulak rasanya upload gambar tu.

Aku harap suaminya dapat carikan beliau mempelam yang beliau idamkan. Kesian dia nak makan mempelam tu. Aku nak kirim pun jauh sangat. Kalau beliau jiran aku, aku hantarkan je 2 bijik.

Menyesal upload gambar tu… 🙁

5 Comments

  1. MrJocko May 15, 2013
    • sohoque May 15, 2013
  2. Hazmin Hamudin May 15, 2013
    • sohoque May 15, 2013
  3. daddydee May 16, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: