1. Lionel Messi
- Selain bergelar pemain terbaik dunia, penyerang Argentina, Lionel Messi juga merupakan pemain yang menerima bayaran tertinggi tahun ini.
- Bintang sensasi Barcelona itu dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £27.4 juta (RM133.577 juta) tahun ini menerusi gaji serta bonus sebagai pemain selain penajaan dan pengiklanan yang membabitkan dirinya.
- Gaji tahunan sebanyak £13 juta (RM63 juta) yang diterima Messi akan bertambah menerusi pembabitan dirinya sebagai duta bersama dua jenama terkemuka dunia iaitu Pepsi dan Adidas.
2. David Beckham
- Meskipun sekadar beraksi bersama Los Angeles Galaxy (LA Galaxy) dalam saingan Major League Soccer (MLS) namun Beckham masih mampu untuk meneruskan kehidupan mewahnya.
- Beckham, 36, dijangka akan memperoleh pendapatan sebanyak £26 juta (RM126.7 juta) tahun ini menerusi pembabitannya sebagai duta jenama terutama selepas menandatangani perjanjian sebagai duta Samsung sempena temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
3. Cristiano Ronaldo
- Penyerang Real Madrid
4. Samuel Eto’o
- Penyerang Kelab berbelanja besar Anzhi Makhachkala
5. Wayne Rooney
- Penyerang Manchester United
Sementara itu, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho menjadi jurulatih paling tinggi menerima bayaran dengan pendapatan sebanyak £10.19 (RM49.67 juta) tahun ini.
Jurulatih Paris St. Germain (PSG), Carlo Ancelotti berada di tangga kedua diikuti jurulatih Barcelona, Pep Guardiola, ketiga. – Agensi