1

Microsoft lancar sistem operasi generasi baru

BARCELONA 1 Mac – Syarikat gergasi teknologi maklumat, Microsoft semalam melancarkan sistem operasi generasi baru Windows versi percubaan yang direka khas untuk komputer tablet dan komputer biasa.

Presiden syarikat itu, Steven Sinofsky berkata, Windows 8 merupakan perubahan generasi dalam sistem operasi Windows.

Microsoft memperkenalkan sistem operasi itu bagi menyaingi pasaran sistem operasi komputer tablet yang kini didominasi produk Google, Android dan Apple.

Bagi menyaingi pencabarnya, versi terbaru Windows itu akan berasaskan aplikasi. – AFP

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: