
Pagi tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Menyemarakkan Kejaguhan Atlet Malaysia ke Sukan SEA Ke-27 yang diadakan di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil.

Milo… Aku rasa tak ada orang Malaysia yang tak kenal Milo kot. Sangat sinonim dengan rakyat Malaysia terutama di dalam pembangunan sukan tanahair. Jenama Milo ni sudah bertapak di Malaysia sebelum aku lahir lagi.
Majlis ini yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamalulddin bertujuan untuk melancarkan kempen Milo “Tenaga Untuk Juara”. Selain daripada sumbangan berbentuk penajaan daripada Milo, kempen ini bermatlamat untuk mendorong dan memacu bakat-bakat muda di dalam bidang sukan supaya berusaha bersungguh-sungguh dengan lebih gigih lagi demi mencapai kejayaan dalam usia muda lagi.

Kempen ini juga diharap akan memberi inspirasi kepada ibu bapa agar memberi galakan dan dorongan kepada anak-anak mereka untuk menceburi bidang sukan sedari kecil lagi.
YB Khairi sendiri dalam ucapannya memuji komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh Milo bersama-sama dengan MOM dalam usaha pembangunan sukan negara.
Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapore berkata dalam ucapannya, bahawa dewasa ini ibubapa lebih menekankan aspek akademi sahaja untuk anak-anak mereka. Mereka tidak menyedari bahawa aktiviti sukan boleh menyemai nilai-nilai murni di dalam diri anak-anak.
Melalui kempen Milo “Tenaga Untuk Juara” dan selaku minuman Coklat Malt Bernutrisi rasmi bagi kontinjen Malaysia di Kejohanan Sukan SEA Ke-27 di Myanmar yang bakal berlangsung pada bulan Disember ini, Miilo ingin menyeru kepada seluruh warganegara untuk bangkit dan memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia semasa mereka berjuang dengan penuh gigih untuk negara tercinta.
Majlis ditutup dengan tayangan video dan persembahan renang berirama oleh perenang-perenang negara.

Wah! jadi media ke untuk majlis nih? Khabarnya ramai rakan blogger pergi untuk cover event nih
amirnawawi recently posted..Earning RM2064.12 Melalui Churp-churp Adalah Mustahil?
ada ciklilyputih, shakiddo, mrjocko, anarm, ieta, kitapunya dan uzair
Rasanya acara makan tu yang semua ternanti-nantikan. Haha
Hazmin Hamudin recently posted..Lulus Taraf Pekerja Berpencen
hahahaha.. betul tu bro
menu tu semua sedap..
walaupun mkn sambil berdiri.. huhuhu
ietams recently posted..saya pink.. dia biru…
Ya lorrr. Lps la duit mkn lunch hr tu. Hahahah
first time dengar perkataan milo ni ade yg percaya x? haha
Khairul Zamri recently posted..Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Hahahah
[…] pasukan malaysia dalam pesta bola merdeka dapat menaikkan semangat untuk mempertahankan pingat emas sukan sea […]