More

    Buat 4 Benda Asas Ni Jer Untuk Turunkan Berat Badan. Yang Nombor 4 Paling Penting, Kalau Tak Kelaut Planning…

    Hurmmm bercakap pasal penjagaan badan lagi. Ni sambungan entri Aku yang sebelum ni sebenarnya. Tentang cara nak ‘menten’ ataupun turun berat badan.

    Macam-macam cara orang kongsikan tentang cara nak turunkan berat badan. Makan ubat lah, herba lah, diet macam tu, diet macam ni dan banyak lagi.

    Yang sebenarnya kalau melibatkan makan ubat bagai ni memang aku susah sikit nak percaya. Kalau aku bawak balik rumah ubat-ubat macam ni, memang kena leter dek bini jer. Tak sempat nak minum pun…

    Wife aku memang anti bab-bab ubat macam ni. Bahaya katanya. Macam-macam kesan sampingan nanti termasuk kerosakan buah pinggang. Dah banyak contoh kawan-kawan dan sedara mara yang rosak buah pinggang akibat tak kontrol makan ubat.

    Pada aku 3 cara jer yang selamat nak ikut kalau nak kontrol berat badan. Ni haaa 3 cara yang semulajadi tanpa libatkan pengambilan bahan yang boleh memberi kesan sampingan:

    1. Kurangkan Makan

    Ini wajib…! Kena kurangkan makan. Terutama makanan yang berlemak dan karbohidrat yang berlebihan.

    Karbohidrat ni ok jer kalau nak ambik banyak, tapi biarlah kita guna tenaga pun banyak dan bersesuaian dengan kuantiti karbohidrat tadi.

    Baca: Jenis Diet Untuk Penurunan Berat Badan Yang Sihat

    Karbohidrat ni membekalkan tenaga untuk badan kita. Tapi kalau tenaga kita guna sedikit sahaja berbanding dengan karbohidrat yang kita ambik, ia akan ditukarkan menjadi lemak.

    nisbah makanan dalam sepinggan nasi. boleh ikut nisbah ni

    Lemak ni bila dah jadi tepu, makan masa nak buang..!

    Kalau kita tengok orang kampung dulu-dulu. Diorang ni makan banyak jer. Tapi tak gemuk pun. Antara sebabnya ialah diorang ni banyak buat kerja menggunakan kudrat ataupun tenaga.

    Mereka membanting tulang membajak sawah, tanam sayur, teroka hutan dan sebagainya. Jadi karbo yang mereka ambil tadi secara semula dibakar untuk membekalkan tenaga.

    Ini amat berlainan dengan kita sekarang yang banyak kerja di dalam pejabat berdingin hawa. Peluh pun takut nak keluar.

    Tapi bila makan selambak jer dalam pinggan. So macamanalah karbohidrat dan segala lemak-lemak tu nak terbakar.

    2. Minum air yang mencukupi

    Ya benar sekali. Badan kita memang memerlukan banyak air. Air ni membantu perkumuhan dan membersihkan badan kita daripada toksin-toksin.

    Kalau nak ikut nisbah sebenar, air yang patut kita minum adalah mengikut berat badan kita. Nisbahnya 1:4. Contohnya 4 liter air perlu diminum untuk badan yang mempunyai berat 100 kilogram.

    Ataupun paling sedikit pun, berusahalah meminum sehari 8 gelas air. Air yang dimaksudkan adalah air putih/masak ya. Air teh ais, Starbucks semua tidak dikira. Hehehe.

    Aku ada seorang kawan. Badan dia memang cepat naik kalau tak kontrol makan. Apa yang menariknya ialah, kalau dia nak turunkan berat badan, dia memang akan minum banyak air masak. Tu jer cara dia. Dan cara simple ni memang berkesan untuk dia.

    3. Ambil makanan yang mengandungi serat yang tinggi

    Serat yang tinggi membantu mengurangkan rasa lapar dan boleh juga membekalkan tenaga. Buahan seperti pisanh membekalkan serat yang tinggi. “A banana a day keeps a doctor away…”

    Selain itu, bijirin juga bagus untuk membekalkan serat kepada badan kita.

    Kalau korang nak senang, Korang boleh cuba minuman kesihatan daripada adunan bijirin dan makanan sunnah iaitu Surya S Great Grain. Boleh rujuk entri Surya S Great Grain aku sebelum ni.

    Ia adalah hasil adunan daripada 18 jenis bijirin dan makanan sunnah termasuk Beras Merah, Beras Perang, Beras Pulut, Jagung, Kacang Soya, Gandum, Sekoi, Kacang Merah, Kacang Hijau, Benih Coix, Biji Bunga Teratai, Biji Rami, Bijian Hitam, Kacang Walnut, Kernel Aprikot, Kacang dan Benih Chia, ekstrak buah Zaitun, buah Delima, buah Tin dan Habbatus Sauda’ dan juga madu.

    Satu sachet sahaja korang ambik di waktu pagi, insyaAllah sampai petang korang tak rasa lapar. Bulan puasa bebaru ni minuman kesihatan ni lah yang aku amalkan sewaktu sahur.

    Nak sediakan pun senang. Koyak sachet dan tuang dalam segelas air panas atau suam. Kemudian minum.

    4. Buat senaman

    Ini wajib kena buat kalau nak kurangkan berat badan. Setakat korang bersenang lenang goyang kaki makan tak jaga, toksah duk haraplah berat badan nak turun.

    Buat lah senaman sejam sehari. Paling kurang pun 3 kali seminggu.

    Apa nak buat untuk keluarkan peluh..?

    Banyak benda boleh buat untuk keluarkan peluh. Ada orang suka berlari/jogging. Ada orang suka kayuh basikal. Ada orang suka pergi gym, ada orang suka zumba.

    Pilihlah cara keluarkan peluh yang korang suka. Penting juga pilih aktiviti yang korang suka ni. Sebabnya bersenam ni nak kena istiqamah. Kalau pilih aktiviti yang korang tak minat, kejap jer nanti korang boring dan tak bermotivasi.

    Buat 4 benda asas ni pun dah cukup…

    Pada aku buat 4 benda asas ni pun dah cukup dah untuk ‘menten’ dan turunkan berat badan. Yang pasti kena istiqamah.

    Yang paling penting lagi – disiplin. Disiplinkan diri buat benda basic di atas, InsyaAllah korang akan berjaya dapatkan  berat badan yang korang mahukan.

    Selamat beristiqamah..!

    Latest articles

    Related articles

    6 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge