12

Minyak Herba Asmak – Produk Mesti Ada Di Rumah Maupun Di Dalam Kembara

Ok.. kali ni aku nak cerita tentang Minyak Herba Asmak keluaran syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB). Dipanggil juga dengan nama minyak asmak, penawar asma pada bayi ini aku mula dengar namanya pada awal tahun ini apabila terbaca beberapa review daripada rakan-rakan blogger.

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-greenish-border” border_style=”bordered”]

Minyak Herba Asmak (30ml) – RM39 sahaja

[/otw_shortcode_info_box]

Aku masih ingat, sewaktu aku mula mendapatkan nasihat doktor untuk anak sulung aku yang mengidap eczema. Doktor cakap, apabila seseorang anak dilahirkan, antara yang “diwariskan” daripada ibubapanya ialah asma dan eczema. Jika salah seorang atau kedua-dua ibubapa ada masalah tersebut, anak berkemungkinan besar akan mempunyai masalah asma dan eczema.

2 daripada 3 anak aku ada masalah eczema. Yang sulung tak teruk sangat. Masuk darjah satu dah mula kurang. Anak bongsu aku agak teruk diuji dengan eczema. Gigih sikit la kena jaga.

Asma, diorang ni macam tak der jer. Ada la sikit masalah pernafasan tapi tak membimbangkan.

Untuk entri ni aku fokus kepada asma dahulu. Entri selepas ini aku akan sentuh tentang eczema pulak.

Info Asma

Dulu masa aku baru tau anak sulung aku “berkemugkinan” ada mild asma, banyak jugak aku cari info pasal asma kat internet. Yang aku tau asma ni ialah sejenis penyakit lelah jer. Yang lebih terperinci memang aku tak tau.

Sebenarnya asma ni bukan penyakit yang tidak boleh diubati. Hanya 50% sahaja kanak-kanak yang menghidap asma terus menghidapnya sehingga dewasa. Daripada 50% tu pulak akan ada yang berkurangan asmanya.

Kanak-kanak yang ada asma boleh jer bersukan. Cuma dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Beritahu kepada cikgu sekolah untuk langkah persediaan.

Pesakit asma biasanya alah kepada bulu kucing. Bulu kucing akan menyebabkan alergi. Jadi sebelum membawa atau membela kucing di rumah ada baiknya dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan penyakit menjadi bertambah serius.

Video daripada team MHAMSB ni banyak bagi info.

Minyak Herba Asmak (MHA)

Berikut fakta yang mesti korang ambil tahu tentang produk keluaran MHAMSB ini.

Apakah kelebihan dan keistimewaan menggunakan MHA ni?

MHAMSB mengambil masa yang lama untuk menjalankan R&D ke atas minyak asmak ini untuk memastikan ianya selamat dan berkesan dengan lebih cepat.

Kandungan MHA yang telah menjalani R&D adalah lebih selamat, lebih suci, tidak overdose bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.

MHA juga lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.

MHA lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh lebih cepat.

MHA berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.

MHA bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.

Pendek kata ia adalah minyak serba guna yang perlu anda simpan di rumah untuk rawatan segera.

Mereka yang mendapatkan MHA akan diberikan rundingan cara menggunakannya mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID. Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

MHAMSB memberi jaminan kesucian dan keselamatan produk kepada pengguna. Pastikan korang mendapatkan minyak dari pengedar sah MHAMSB dan jika korang ragu-ragu, korang boleh meminta ID pengedar dari mereka.

Dapatkan minyak ini dari Pengedar sah yang mempunyai ID. MHAMSB ada 1,300 orang pengedar di seluruh Malaysia dan menerima ratusan testimoni setiap minggu.

[otw_shortcode_info_box border_type=”border-top-bottom” border_color_class=”otw-greenish-border” border_style=”bordered”]Sedikit info tentang syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) MHAMSB (no. pend: 1189521-H) ialah sebuah syarikat yang komited untuk berkongsi kebaikan rawatan semulajadi yang lebih natural dan selamat, untuk kesejahteraan dan kesihatan anda sekeluarga . Info lanjut: http://mham.com.my/syarikat/[/otw_shortcode_info_box]

Cara menggunakan MHA

  1. Tebuk lubang pada penutup dalam supaya senang digunakan dan jimat,
  2. Goncang sebelum guna.
  3. Cara paling asas : Sapu di leher dan dada , pada tengkuk dan belakang. Juga boleh disapu pada tapak kaki.

Cara guna mengikut jenis rawatan

  • Batuk & Asma : Sapu dari leher ke dada , tengkuk ke belakang, tapak kaki, labu betis dan bawah pelipat.
  • Demam : Sama seperti batuk tetapi turut sapu di dahi.
  • Selsema : Sapu sedikit dalam hidung (gunakan cotton bud) , atas hidung sehingga ke ubun kepala.
  • Sakit Gigi : Sapu pada bahagian luar pipi dan kawasan gigi (gunakan cotton bud)
  • Sakit Perut : Sapu pada perut, pinggang, labu betis & tapak kaki.
  • Migrain : Sapu disekeliling dahi , tengkuk dan leher.
  • Senggugut : Sapu ketika haid/sakit di bahagian bawah perut (ari-ari)
  • Resdung : Calitkan dalam hidung, sapu di atas hidung, dahi ke ubun-ubun.
  • Gigitan Serangga, Benjol. Lebam, Lenguh, Ulser, Gatal, Buasir, Tergeliat, Ruam dan lain-lain : Sapukan pada kawasan berkaitan.
  • Bayi : Gunakan seperti minyak telon

Waktu sapuan yang dicadangkan adalah selepas mandi, sebelum tidur. Lebih afdhal pada Subuh kerana rongga pernafasan luas pada waktu ini.

Jangan risau. Setiap pelanggan MHA akan diberikan rundingan cara menggunakannya mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar yang berdaftar.

Pengalaman menggunakan MHA

Aku mula mendapatkan MHA ni pada bulan lepas. Mula-mula aku kagum dengan proses penghantarannya yang sungguh cepat. Sehari jer masa diambil untuk barang sampai kepada aku.

Kemudian aku kagum dengan pembungkusannya. MHA dan Bedak Asmak dibungkus rapi dengan kertas suratkhabar dan diletakkan di dalam bekas kecil. Memang tak pecah la barang kalau cara pembungkusan macam ni.

Cara merawat ekzema dan Psoriasis dengan Bedak Asmak

MHA masa memula aku tengok macam minyak gamat jer. Bau nya pun ada sedikit bau macam minyak gamat. Cuma design botol dan packagingnya nampak lebih profesional.

Perkara pertama yang aku buat bila MHA dah berada di genggaman ialah aku membelek botol MHA dan mencari info di situ. Aku lihat di sisi kanan botol MHA. Ada kandungan bahan-bahan. Antaranya:

  • Minyak Zaitun
  • Minyak Kelapa Dara
  • Habbatus Sauda
  • Gamat

Hmmm ada Gamat. Patut ada bau macam minyak gamat sikit.

Melihat kepada bahan-bahannya, memang kesemua bahan-bahan herba yang digunakan terkenal dalam perubatan sejak turun temurun dan telah terbukti keberkesanannya secara semulajadi.

MHA adalah minyak serbaguna. Ia bukan sahaja untuk kegunaan di rumah. Di bawa sebagai pek kembara pun amat sesuai.

Tempat pertama yang aku cuba sapukan MHA ini ialah pada bekas gigitan nyamuk pada lengan aku. Luka kecil tersebut sudah melecet akibat digaru. Aku sapukan MHA pada luka tersebut. Melegakan…! Tiada lagi rasa perit dan gatal pada luka tersebut.

Terus terang aku katakan aku setakat ini belum lagi mencuba MHA untuk penyakit asma. Setakat ini anak-anak aku belum mendapat semput dan lelah. Malah selesema pun belum singgah pada anak aku. Jadi aku belum dapat mencuba ke atas penyakit asma sendiri.

Namun mengikut testimoni rakan blogger sendiri, MHA memang penawar asma bukan sahaja pada bayi malah untuk orang dewasa juga.

Komen Sohoque

MHA ni adalah minyak yang wajib ada di setiap rumah. Walaupun ia lebih dikhaskan untuk asma, tetapi ia boleh digunakan untuk untuk banyak penyakit lain.

Kalau korang nak menikmati keistimewaan MHA, korang boleh la mendapatkan MHA yang original dari syarikat MHAMSB sekarang!

Oh ya.. MHAMSB akan menggunakan hologram meditag yang sah dari KKM sahaja nanti. Buat masa ini, MHA tiada hologram. Jadi pengguna dinasihatkan agar berhati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku menjual MHA, tetapi menipu. Ada perbezaan pada label sama ada yang lama mahupun baru.⁠⁠⁠⁠

Ejen diperlukan

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :

Hotline HQ : 019 – 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website MHA :
http://penawarasma.com.my

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/Minyak-Herba-Asmak-HQ/

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag

Show Comments

28 Comments

  1. hasrul hassan December 21, 2016
    • sohoque December 21, 2016
  2. titan December 21, 2016
    • sohoque December 21, 2016
  3. YB Shehan December 21, 2016
    • sohoque December 21, 2016
  4. shiqeen sattar December 21, 2016
    • sohoque December 21, 2016
  5. USAHA ONLINE December 22, 2016
    • sohoque December 22, 2016
  6. Blogger Lelaki December 22, 2016
    • sohoque December 22, 2016
  7. nurmisnan December 23, 2016
  8. Nina Mirza December 24, 2016
  9. Dkna Abza December 24, 2016
    • sohoque December 27, 2016
  10. lokman December 25, 2016
    • sohoque December 25, 2016
  11. imnajmi December 26, 2016
  12. MYiDEAKiNi dot com December 27, 2016
  13. Lan Careno December 29, 2016
    • sohoque December 29, 2016
  14. guliroket January 7, 2017
  15. hafizmd January 7, 2017
  16. Norhaiza February 3, 2017
    • sohoque February 3, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: