
Ohh.. dah lama entri ni tersimpan dalam draft post aku. So untuk mengelakkan labah-labah membuat sarang lebih baik aku publishkan segera.
Punca entri terbengkalai sehari dua ni adalah kerana aku terlalu sibuk dengan kursus. Lepas MITBCA 2013 baru-baru ni, terus aku berkursus ini selama 2 hari berturut-turut. Selepas itu sibuk dengan mengisi borang pelaburan dan takaful klien. Sabtu baru ni pula aku sibuk menghadiri Family Day Ambank Group.
Menyebut tentang draft post tadi, teringat aku kepada pesan sifoo sewaktu sama-sama menghadiri event MITBCA 2013 baru-baru ini:
“jika ada idea teruskan sahaja tulis dalam blog. Simpan kat draf dulu pun tak apa. Nanti bila time nak publish edit la.”
Sebab tu dalam draft post blog beliau ada beratus draf yang belum diterbitkan.
Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013 (MITBCA 2013) ialah event tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia. Kali ini ia diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 5-6 Mac 2013. Ia bertujuan untuk menghargai bloggers dan pengamal media sosial yang sama-sama menyumbang untuk menaikkan industri pelancongan tanahair melalui karya mereka di blog-blog dan updates mereka di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan sebagainya.
Melihat pada namanya pun kita dah tau bahawa event ini adalah event untuk blogger dan juga pengamal Media Sosial. Ianya lebih kurang sama dengan MSMW 2013 yang diadakan seminggu sebelumnya.
Oleh kerana event ini adalah untuk blogger, maka amat rugilah kepada bloggers yang tidak hadir terutama kepada bloggers yang fulltime. Amat banyak ilmu yang dapat ditimba daripada event ini samada daripada panelis-panelis yang dipanggil sebagai ahli panel forum (baik dari luar negara dan dalam negara) maupun daripada bloggers yang turut sama menghadiri event yang berlangsung selama 2 hari itu sebagai delegasi.

Antara bloggers antarabangsa dan tempatan yang menjadi ahli panel forum ialah:
- Kiruba Shankar Sivaraman (CEO – Business Blogging, India)
- Shane Dallas (Traveller, write – The Travel Camel, Australia)
- Anis Ibrahim ( Freelance Writer, Travel Columnist, Malaysia)
- Jojo Styrus (Celebrity, Co-founder of Coinachance, Malaysia)
- Rayyan Haries (Traveller Blogger, Malaysia)
- Blogie Robillo (Blogger, Philipines)
- Murni Amalia Ridha @ Mumun (Travel Blogger, Indonesia)
- Syafique Shuib (Founder of MotivatioMy.com, Malaysia)
- Nik Michael Imran (Celebrity Chef, Malaysia)
- Vanessa Workman (Blogger of The Island Drum.com, USA)
Blogger ini saya dapat bertegur sapa dan sempat mengambil gambar dengan beliau. Beliau berjaya memenangi ipad mini 16″ apabila menjadi orang yang pertama menyudahkan tugasan tweet di twitter.
Aku amat bertuah kerana selama dua hari tersebut aku diapit oleh tuan Tok Penghulu blogger dan brader ni. Baru aku tau, tahap keenseman aku pun tak jauh daripadanya sebenarnya. Adakah ini bermakna aku pun boleh mengumpul “baby-baby” sepertinya? 😆
Beberapa tips daripada panelis forum akan aku kongsikan di entri akan datang.
Oh ya… Selain daripada input yang aku dapat daripada event ini, tea break dan lunch yang disediakan sungguh mewah dan awesome! Berbaloi sangat pergi ke event ni. Dua hari makan free yang amat best!!!


Walaupun aku masih lagi blogger parttime, kesempatan yang aku dapat dengan menghadiri event tersebut amat aku hargai. Banyak ilmu yang aku dapat daripada bloggers antarabangsa dan tempatan seperti blogger ini dan ini.
Aku pasti akan hadirinya lagi di tahun hadapan jika dijemput lagi.
Hm….
Terimakasih kerana sudi untuk berkongsi hal ini.
Oneblogsocial recently posted..Get Malaysian Business Online
sama sama
hehe..thank u mentioned and support! 🙂
yeay. rayyan haries singgah blog aku. yuhuuuu!!!
steady bro… harap banyak dapat info yang berguna dalam ilmu berblogging itu…
KiD recently posted..Instagram Kini Jadi Trend?
ingat hang ada bro. tp hampa…
tak ada rezeki untuk join sebab baru nak aktif kepada part time blogger. sebelum ni student, susah nak bergerak..
Datin Tyka recently posted..Trademark Datin Tyka
tak per. datin join next year…
tu la .. insyaAllah
Datin Tyka recently posted..Trademark Datin Tyka
ameen
MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers http://t.co/DkeXzHSji9
best kan dapat turut serta
sgt best
MITBCA 2013 Event Untuk Bloggers http://t.co/oYd0AUnDXd
[…] beberapa tips yang dikongsikan oleh salah seorang panelis forum sewaktu di MITBCA 2013 baru-baru ini. Beliau adalah Kiruba Shankar Sivaraman, CEO – Business Blogging dari India. […]