Mitos Dalam Pelaburan Unit Trust – UT Sama Dengan Saham

4
873

Macam yang Abam Hoq cakap sebelum ni, ada banyak mitos dan fahaman mengenai Unit Trust (UT). Salah satunya, mereka menganggap Unit Trust sama dengan saham. 

Ya.. Lebih kurang sama, tapi berbeza caranya.. (Teruskan pembacaan…)

Disebabkan pemahaman ini mereka cuba menilik pergerakan saham. Apabila pasaran saham jatuh mereka berebut untuk melabur dengan harapan bila pasaran naik, mereka buat keuntungan.

Ya.. Ada yang bernasib baik, tapi kebanyakan yang lain gagal.

Kawan-kawan yang suka merancang kewangan,

Pergerakan harga unit trust bukan berdesup seperti pergerakan harga kaunter saham. Sebab UT menggunakan konsep kepelbagaian (diversification) di mana di bawah satu dana, ada banyak kaunter saham yang dibeli merentasi pelbagai  sector dan industry. 

Sebahagiannya pula dilaburkan di dalam instrument yang berisiko sangat rendah seperii bond dan pasaran wang (money market). 

Jadi walaupun pasaran di Bursa Malaysia naik, harga UT tidaklah naik secara mendadak selaju kenaikan harga kaunter di Bursa Saham. Ini kerana dalam banyak-banyak kaunter yang dibeli oleh pengurus dana, ada yang naik harganya dan ada yang turun.

Begitu juga sebaliknya, jika pasaran saham merudum. Harga UT tidak akan merudum secara mendadak. 

Harga-harga kaunter yang naik dan turun ini akan mengimbangi harga dana unit trust.

Jadi jika melabur di UT mengikut pergerakan pasaran saham, maka sudah pasti salah caranya. 

Pelabur mesti ingat.. Pelaburan di UT adalah untuk jangkamasa panjang. Lagi panjang masanya lagi banyak keuntungannya nanti disebabkan kuasa compounding.

Jadi tak perlu sangat ‘timing the market’. Labur sahaja bila-bila masa. Kemudian buatlah pelaburan tambahan secara berkala. . Ini lebih baik dan berkesan untuk merendahkan purata kos pelaburan. Bukannya tunggu harga ‘cantik’ dulu baru nak melabur.

Kita tak akan tahu berapa rendah harga sesuatu dana akan jatuh. Nanti, tunggu punya tunggu, kita tangguhkan pelaburan. Umur pun semakin meningkat. Masa pelaburan dah jadi semakin pendek. Potensi pulangan yang boleh diperolehi melalui ‘Ringgit Cost Averaging’ semakin kecil.

Begitulah.. elakkan fahaman salah dalam UT.

Loading

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge