

Aku tengok filem ni malam tadi bersama-sama Mr Jocko di Cathay Cineplex e@Curve. Terima kasih kepada Nuffnang sebab sudi sponsor tiket kami. Sambutan kepada filem ini amat hangat sekali. Pawagam penuh dengan penonton-penonton yang mendapat tiket percuma yang terdiri daripada blogger-blogger dan pemenang-pemenang contest yang lain.

Turut bersama-sama menonton Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 malam tadi ialah blogger hebat REDMUMMY. Sebab dia Glamer aku kenal dia. Cuma dia je yang tak kenal aku yang picisan ini walaupun aku berjalan sebelah dia sewaktu nak masuk panggung tu 😆 Turut hadir juga ialah deejay-deejay Radio HotFM seperti Suraya dan chad.

Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ialah sambungan kepada Breaking Dawn – part 1 sebelum ini. Sequel filem Twilight Saga adalah seperti berikut:
- Twilight Saga: Twilight
- Twilight Saga: New Moon
- Twilight Saga: Eclipse
- Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1
- Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2
Jika anda masih ingat di dalam siri Breaking Dawn – Part 1 sebelum ini ceritanya berakhir apabila Bella melahirkan anaknya, Renesmee. Bella telah pun bertukar menjadi vampire selepas kelahiran tersebut.

Di dalam siri Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini, kisah berkembang di sekeliling Bella Cullen yang mendapat kuasa kekuatan yang luarbiasa selepas bertukar menjadi Vampire. Untuk makluman yang belum menonton mana-mana siri Twilight Saga ini, setiap Vampire dikurniakan keistimewaan tertentu seperti Edward Cullen mempunyai kuasa membaca minda. Alice Cullen mempunyai keupayaan untuk melihat masa depan, Emmet Cullen ada anugerah kekuatan fizikal dan lain-lain Vampire dengan keupayaan masing-masing yang unik. Namun Bella Cullen mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat berbanding Emmet Cullen. Bella juga mempunyai “aura pelindung” yang boleh dihantar dari jarak yang agak jauh untuk melindungi orang lain.

Siri Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini juga melebarkan lagi watak Renesmee Cullen anak yang lahir dari perkongsian hidup Edward dan Bella. Renesmee agak unik berbanding dengan Vampire lain apabila dia adalah vampire yang dilahirkan, bukan menjadi vampire melalui gigitan. Dia juga mempunyai kuasa yang unik iaitu boleh berkomunikasi melalui sentuhan sahaja. Renesmee juga sebenarnya adalah future wife kepada Jacob Black dan di dalam cerita ini sentiasa di sisinya sebagai pelindung.
Inilah sebenarnya yang menjadi masalah apabila pihak Volturi, golongan yang amat dihormati dan ditakuti oleh kaum vampire kerana kedudukan mereka yang tinggi dan hidup lebih 3000 tahun yang lampau. Mereka telah mendapat berita tentang Renesmee yang dilahirkan sebagai vampire. Mengikut undang-undang vampire anak yang dilahirkan sebagai vampire mesti dimusnahkan kerana mereka ini mempunyai kuasa yang amat kuat dan membahayakan orang lain.
Niat Volturi ini telah dapat dilihat oleh Alice. Bertitik tolak daripada inilah cerita Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini terus berkembang dengan kehadiran vampire dari segenap pelusuk negeri seramai 23 orang untuk menyertai keluarga Cullen melawan Volturi dan menegakkan keadilan.
Dalam peperangan melawan Volturi inilah Carlisle Cullen ayah (angkat) dan ketua keluarga Cullen telah dibunuh oleh Volturi. Oooppps, tersilap cerita pulak. 😆
Jadi sebelum aku tercerita semua, lebih baik aku hentikan dulu review filem Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 ini. Untuk mengetahui cerita selanjutnya anda semua bolehlah menonton di pawagam berhampiran anda bila ditayangkan kepada umum nanti ya..
Aku bagi 4 bintang kepada filem romantik yang turut diselitkan dengan sedikit unsur aksi ini.
Selamat menonton.
Salam, tak sabar nak pg tgk..hehehe
Bahrain recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
wassalam. kalau tuan dah ikuti citer ni dari sequel pertama (twilight) lagi, tuan tak boleh lepaskan sequel akhir ni…
sohoque recently posted..Kenapa Aku Belum Berjaya Seperti Yang Aku Impikan
best best best
aik.. bukan ker mr jocko tido ke mlm tu. hahahahaha
sohoque recently posted..Law Of Attraction Konsep Yang Diciplak Daripada Hadith
aku tgk dari episode awal sampai skrang.
aku dah tgk breaking dawn part 2, mmg best giler, The best part bila lawan rupa2xnya…jeng2x dan bila dia imbas balik kenangan lama n nama2x actor/ess lama2x…mmg touching…
Bahrain recently posted..iPhone 5 Gadget Impian
hahaha. aku cam nak jer citer pasal tu masa review itu hari. tp takut potong stim org lak. hahahah
sohoque recently posted..Komen Pembaca Masuk Dalam Spam
Raanya ini adalah kemuncak filem Twilight.
akubiomed recently posted..Misi hack blog Akubiomed
ya betul tu tuan
sohoque recently posted..Petua Supaya Malaikat Doakan Kita
tak pernah tengok siri Twilight ni. Hehehhee
daddydee recently posted..Site Management: 3 Elemen Penting
Hahahaha. X per tuan. Ni citer org muda. Tuan dah berumur. Hahahaha