Thursday, March 16, 2023
HomeIslamikNilai Persahabatan... Semakin Dewasa Semakin Berharga...

Nilai Persahabatan… Semakin Dewasa Semakin Berharga…

Semalam.. Memang aku sibuk betul. Kalut semacam jer. Kerja berlambak. Dateline tak terkejar. Dengan entri job lagi. Dengan job kemaskini website company lagi. Dengan borang investor lagi yang perlu di isi. Aduuuh..

Memang pening aku semalam. Last-last semua tu terbengkalai. Semua aku tak buat. Hahaha. Tu lah perangai aku. Kalau serabut macam tu memang Aku akan rilekskan diri jer. Kerja tu aku akan buat bila tenang nanti.

So malam tadi dah setelkan sikit. Hari ni akan setelkan semua yang terbengkalai. InsyaAllah harap sempat. Tapi Aku dah susun dah yang mana perlu disiapkan dahulu. Yang mana boleh ditangguhkan sementara.

Semalam tengah aku pening nak selesaikan kerja yang mana satu dulu tu, Aku mendapat mesej daripada aplikasi whatsapp. Mesej daripada sahabat daripada sekolah menengah dulu. Then masuk Univ pun sekali. Ambik course pun sekali.

Cuma masa kerja jer kitorang ambil haluan berbeza. Dia berkerja di sektor kerajaan. Dan aku bersama Maybank pada awal karier sebelum berhenti dan menceburkan diri dalam bisnes Financial Planning dan Blogging.

Beliau pernah tinggal di Frankfurt selama 5 tahun kalau tak silap aku. Bertugas di sana menjaga hal ehwal pelajar Malaysia yang belajar di sana. Ni baru jer balik Malaysia untuk teruskan baktinya di negara sendiri pulak.

Lama juga tak berjumpa dengan beliau sebelum tu. Sehinggalah Aku mengikuti trip travel Flyworld Travel ke Eropah. Kami singgah satu malam di Manheim sebelum meneruskan perjalanan ke Switzerland.

Bila tau Aku singgah di Manheim, beliau sanggup datang drive Mercedesnya dari Frankfurt ke Manheim semata-mata nak entertain aku. Kami sempat makan di sebuah restoran Turki di bandar Manheim. Isterinya sempat mengirimkan souvenir dan baju untuk anak-anak aku. Memang terharu sangat.

Sebab tu bila beliau bagitau nak singgah Shah Alam, Aku sanggup lupakan segala dateline dan kesibukan aku untuk entertain beliau. Aku dapat rasakan nilai persahabatan sekarang bukan macam masa zaman sekolah dan zaman Univ dulu. Persahabatan di zaman umur yang sudah meningkat dewasa ini lebih mendalam nilainya.

Ya.. Persahabatan kerana Allah. Kasih kepada sahabat adalah kasih kerana Allah. Allahuakbar. Terasa lebih manis nilainya…! Alhamdulillah atas silaturrahim yang terbina sejak sekian lama ini..

2 jam lebih jugak kami sempat berborak semalam. Dan seperti pertemuan di Manheim dulu, pertemuan ini pun aku mendapat sesuatu. Kalau dulu beliau bercerita tentang nak meninggal dalam husnul khatimah, kali ini pengajaran yang aku dapat adalah daripada cerita kesusahan yang beliau dapat akibat salahnya iktiqad.

“Hoq, tolong doakan aku supaya meninggal di Mekah ya..”, ujar beliau sedikit beremosi sebelum beliau menghantar aku ke hotel tempat aku menginap di Mainheim dulu.. Allahuakbar..!!! Tinggi cita-citanya. Dan tidak semua orang mempunyai cita-cita seperti beliau. Memang Aku doakan beliau supaya tercapai cita-citanya.

Semalam antara cerita yang memberi pengajaran daripadanya adalah cerita tentang bagaimana beliau menghadapi kesulitan semasa beliau dan isteri diterima menjadi tenaga pengajar (guru) di bawah kementerian pendidikan Malaysia. Pada hemat beliau, bila dah berkerja kerajaan, senanglah hidup.

Tapi yang terjadi sebenarnya adalah kesusahan. Belaiu tinggal di Melaka. Pada awal perkhidmatan beliau dan isteri terpaksa menghadiri kursus perguruan. Tempat kursus beliau dan isteri berlainan. Jauh pula tempatnya. Anak-anak pula bersekolah di Melaka. Di sinilah terjadinya kekalutan dan kesusahan beliau dan isteri untuk pergi dan balik kursus.

Setelah bermuhasabah, beliau dan isteri kembali kepada sebab utama. Beliau sedar yang pengharapan beliau semasa mendapat kerja sebagai guru bukan kepada Allah secara total. Beliau merasakan dengan berkerja kerajaan itu yang boleh memberi beliau dan keluarga kesenangan.

Setelah kembali kepada iktiqad asal, iaitu kebergantungan hamba mestilah kepada Allah, membuat solat taubat dan lain-lain, beliau dibukakan jalan lain. Beliau mendapat jawatan PTD. Juga kerja kerajaan walaupun bukan guru. Lepas tu barulah beliau boleh susun semula hidup beliau dengan sempurna.

So pengajaran yang beliau dapat, hanya Allah yang berkuasa di atas susur galur perjalanan hidup kita. Jika Dia memberikan kesenangan maka senang Sahaja aturan hidup kita ni. Jadi kita kena kembali kepadaNya. Iktiqad niat/objektif kena betul iaitu kepada Dia kita sandarkan segala kebergantungan.

So, itulah pengajaran yang beliau dapat. Dan aku pun dapat pengajaran yang sama. Moga beliau terus sukses dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Itu doa aku… Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Loading

RELATED ARTICLES

6 COMMENTS

  1. Assalamualaikum Bang, salam kenal sebelumnye. Saye suke bace tulisan Abang nih dan saye sependapat dengan ape yang dikate bahwa dengan jage silaturahim make kite akan murah rejeki. Semoge tali silaturahim antar kite bersambung setelah saye meninggalkan komentar disini ye Bang.

  2. Assalamualaikum, 1st time datang sini…salam ukhwah. Saya setuju sgt dengan artikel ini dan sama-sama dpt beri peringatan. moga niat sahabat tuan juga akan di makbulkan Allah SWT, ameen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1