
Kalau sesiapa pernah ke Hollywood yang terletak di Amerika Syarikat pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk ke muzium lilin di sana. Muzium lilin yang telah dibina sejak tahun 1965 lagi itu memang didedikasikan khas buat selebriti yang berjaya menjejaki karpet merah di pelbagai anugerah di pelbagai lapangan di sana.
Di muzium lilin ini satu patung akan dibina menyerupai selebriti tersebut. Ia diukir dengan begitu sempurna hampir menyerupai selebriti sebenar.

Namun kini, hanya untuk melawat dan melihat muzium lilin dan patung lilin, kita tidak perlu ke sana. Muzium lilin seumpama itu telah ada di Malaysia.
Muzium lilin yang dimaksudkan adalah muzium lilin yang pertama di Malaysia iaitu Muzium Lilin i-City Shah Alam. Ia telah menjadi satu lagi mercu tanda i-City selepas taman tema, Snowalk dan WaterWorldnya.
Taman tema digital i-City yang diberi nama The Red Carpet ini menelan belanja RM25 juta. Ia dijangka dapat menarik 60,000 pelancong setiap bulan. Ia dijangka akan mendapat kunjungan ramai pada tahun melawat Malaysia 2014.
The Red Carpet yang berkeluasan 30,000 kaki persegi mempunyai susunan sama seperti susunan oscar dengan menampilkan 100 personaliti membabitkan tokoh sepanjang sejarah dan personaliti semasa dalam enam tema iaitu World Icons, Celebrities, Sport Stars, World Book of Records, All Stars Café and Interactive.
Pada 15 Ogos baru-baru ini i-City telah memperkenalkan harga tiket The Red Carpet secara promosi iaitu RM40. Tiket The Red Carpet boleh dibeli secara online di www.i-city.my/overview/i-ticket. Sila ke link untuk harga tiket terkini.
Kepada sesiapa yang nak berinteraksi serta merakamkan kenangan dengan replika  tokoh dunia tersebut bolehlah datang ke Muzium Lilin i-City Shah Alam.
Nanti ada rezeki dapat la pergi nie 🙂
Izzuddin Fauzi recently posted..Teknologi Depan Mata, Rosakkan Bangsa
insyaAllah…
boleh tahan juga harga tiketnya
hafiz recently posted..Kerja keras demi keluarga
huhuhu… tempat camtu mana ada murah bro…
Insya Allah akan pergi jua suatu hari nanti, jika ada waktu terluang. Menarik sungguh ukirannya, memang menyerupai watak sebenar.
Blogger Top Star recently posted..Keputusan Malaysia vs Myanmar
insyaAllah jika ada kesempatan
Nampak real macam Mr. Bean betullah… Patutlah harga tiketnya boleh tahan mahalnya…
Anuar recently posted..WW: Alpaht untuk dijual pada harga RM40K.. Mahal ke?
RM4o tu harga promosi tau. harga biasa rasanya lbh mahal kot!!!
Rm40 ye.. em… muzium bingkai tu pun tak pergi lagi.. haha.. tapi agak menarik lah..
tokoh2 malaysia tak de ke? ke yg luar negara je?
fiezaradzi recently posted..Tempat Menarik di Pulau Pinang
ada jugak rasanya.. saya pon tak pergi lg. padahal dkt jer dgn umah
harga boleh tahan, tapi kalau sekali sekala atau sekaki seumur hidup apa salahnya…
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
ya betul tu. pegi utk rasa pengalaman
Kawan kita, Shakiddo sudah pun masuk. Aduh cemburunya. 🙂
akubiomed recently posted..Inspirasi Shaheizy Sam dengan sumbang idea lirik single baru beliau
tu la.. dia istimewa, MaTiC yg jemput tuuuu