Semalam, sempat ke sesi sidang akhbar MyCar. Mereka adakan sidang akhbar di PJ Hilton Petaling Jaya untuk menyatakan pendirian mereka supaya kerajaan mengkaji semula kelulusan GOJEK.

Kelulusan GOJEK oleh Kementerian Pengangkutan sejak beberapa hari lalu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang tidak bersetuju walaupun ada yang bersetuju atas beberapa sebab.
Abam Hoq sendiri ada beberapa kali post kat media sosial tentang perkara ini. Saja nak tengok reaksi rakan-rakan media sosial. Ternyata ramai yang membantah.
Dalam sidang akhbar MyCar semalam, Pengasas Platform Apps. Sdn Bhd (MyCar) mengutarakan beberapa sebab yang pada pandangan Abam agak konkrit dan perlu difikirkan. Antaranya:
1. Kenapa perlu diluluskan lagi perkhidmatan e-hailing daripada Indonesia tersebut sedangkan di Malaysia sendiri sudah ada 37 syarikat e-hailing yang berdaftar.
Ya benar. Kita sudah ada 37 syarikat e-hailing yang sedang cuba meningkatkan perkhidmatan untuk pelanggan rakyat Malaysia. Sepatutnya utamakan syarikat Malaysia dahulu.
37 syarikat e-hailing ni pun masih baru. Mereka tengah mencuba sebaiknya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Kita boleh tengok macamana mereka berusaha membaiki aplikasinya untuk lebih mesra pelanggan. Kenderaan mereka juga mereka usahakan untuk mengikut syarat yang ditetapkan kerajaan. Begitu juga dengan pemandunya yang diwajibkan mengambil lesen PSV.
Jadi eloklah diberikan masa kepada syarikat tempatan ini dahulu untuk membuktikan mereka mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia. Tak perlulah tergopoh gapah membenarkan syarikat asing bersaing dengan segera.
Kalau nak kata GOJEK ni e-hailing yang menggunakan motorsikal, sebelum ni pun kita ada e-hailing motorsikal iaitu Dego Ride. Kenapa tak majukan jer yang ini?
2. Teksi Motorsikal tidak sesuai di Malaysia.
Dari segi statistic kemalangan jalanraya di Malaysia, kemalangan motosikal menyumbang angka terbesar kepada statistic tersebut. Jika selama ini kemalangan berlaku disebabkan penunggang individu, kita tidak mahu ianya melibatkan orang lain (pembonceng) apabila perkhidmatan ini dilaksanakan.
Ibubapa pun risau nak benarkan anak mereka menggunakan teksi motorsikal. Abam Hoq sendiri memang tak akan benarkan kaum kerabat menggunakan perkhidmatan ini. Sebabnya kita ada alternative yang lebih selamat dan selesa, kenapa nak pilih perkhidmatan ini.
3. Dari segi pandangan dari sudut Islamik.
Ianya sangat tidak sesuai apabila ia bakal memungkinkan pembonceng lelaki menaiki teksi motosikal yang dipandu oleh wanita. Begitu juga sebaliknya. Ini boleh mengundang pelbagai gejala negatif.
Akan berlaku persentuhan antara mahram yang akan membawa kepada pelbagai cerita jika dipanjangkan. Mungkin perkara dosa mahram ini tidak terpakai oleh ‘non-muslim’. Tetapi mereka juga takut ini akan mengundang kepada gejala negative seperti rogol dan lain-lain.
Jenayah rompak juga lebih senang berlaku kerana kedudukan badan yang rapat. Tiada siapa perasan jika pembonceng meletakkan pisau kecil diperut pemandu motorsikal untuk tujuan rompakan.

Ya. Ada yang kata perkhidmatan ini membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Ia juga boleh menambahkan pendapatan kepada yang ingin mencari pendapatan tambahan dengan menyertai teksi motorsikal sebagai kerja separuh masa.
Ini ada betulnya. Cuma kita tidak boleh melihat sesuatu dari satu sudut sahaja. Perkara ini perlu dilihat secara lebih meluas. Dari situ pertimbangan yang sewajarnya perlu dibuat dengan melihat apakah ianya lebih banyak membawa kebaikan atau lebih banyak keburukan.
Kalau tanya Abam Hoq, secara jujurnya Abam bersetuju dengan MyCar membantah perlaksaan GOJEK ini. Fakta-fakta yang digariskan oleh MyCar di atas sama dengan apa yang Abam fikirkan sebelum ini. Dari segi perlaksanaan pun kalau perasan, ianya macam dibuat secara tergesa-gesa. Rasanya tak sampai sebulan pun GOJEK ini diusulkan, terus diluluskan.
Ada rakan Abam di Kementerian Pengangkutan kata ianya belum diluluskan. Masih diperingkat perbincangan. Apa-apa pun Abam yakin dan percaya kerajaan akan membuat keputusan terbaik dengan mengambil juga pandangan masyarakat.
Oh ya. Kat sidang akhbar ini juga baru Abam tau yang MyCar ni adalah syarikat bumiputera sepenuhnya. Dan Abam respek dengan usaha diorang ni sebab berjaya membawa MyCar sehingga ke tahap ini.

Cuma Abam harap, promosi perlu dipertingkatkan lagi untuk memberi pendedahan kepada pengguna dengan lebih luas. Sebab ada yang belum mengetahui tentang MyCar ini. Abam pun baru semalam install aplikasi MyCar di smartphone Abam.
Macam tak sesuai lah buat kat Malaysia… walaupun jem..jem bergerak..lainlah kat Indo…jem dia boleh mencelah…sini mencelah mahu eksiden pulak.
haaa kaaaan.. situasi di Malaysia belum berkehendakkan kepada teksi motosikal..