Aku dijemput lagi ke event shell. Kali ini ke majlis pelancaran One-Stop Petrol Mart. Event berlangsung di stesen minyak SH Shell Damansara Jaya. Memang la rasa bangga sebab jadi antara orang yang terawal dapat menghebahkan perkara ini. Suka hati aku sebab shell yang menjadi jenama pilihan aku telah menambah nilai Kedai Selectnya.

Ya… Pada majlis tersebut shell telah mengumumkan bahawa 2 lagi outlet makanan dan minuman dibuka di dalam Kedai Select Shell yang terpilih. Mengikut perancangannya Shell akan menaik taraf 100 Kedai Select di seluruh Malaysia. Sebelum ini pun sudah ada cafe yang beroperasi di dalam shell iaitu cafe Deli2go.
Dua lagi outlet yang aku maksudkan adalah Boost Juice dan Krispy Kreme. Dua jenama makanan dan minuman yang tidak asing lagi di Malaysia. Jika sebelum ini korang dapat jumpa dua jenama ini di pusat-pusat membeli belah, kini korang akan dapat menikmati menu-menu istimewa mereka dia Kedai Select Shell juga. Memang bagus perancangan ini. Aku suka…! Aku pasti korang pun suka.



Jadi sekarang jika korang berhenti di Shell dan masuk ke kedai Selectnya, korang akan ada pilihan samada nak menikmati pastri panas sambil menghirup kopi panas di Deli2go, ataupun mencuba donut yang lazat di Krispy Kreme ataupun merasa jus segar di Boost Juice.

Langkah ini diambil selepas satu research dibuat oleh Shell yang mendapati bahawa 90% daripada pelanggan mengatakan bahawa mereka suka lepak-lepak sambil minum di Kedai Select Shell. Research yang dibuat itu juga mendapati 4 daripada 5 orang pengunjung suka dengan pengalaman positif yang mereka dapat daripada kunjungan mereka ke Kedai Select seperti kedai bersih dan kelihatan terjaga rapi serta kemesraan layanan di sana.
Mengambil kira fakta ini dan memahami keperluan pelanggan kami, kami telah melancarkan kedai berkonsep baru untuk Kedai Select Shell di stesen-stesen utama kami untuk memberikan pengalaman yang lebih bermakna buat pemandu beserta lebih nilai pilihan ~ Datuk Azman Ismail, Pengarah Urusan, Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd dan Shell Timur Sdn. Bhd.

Pada pandangan aku, ini adalah langkah yang sangat bijak yang diambil oleh Shell. Ia jelas menampakkan yang Shell menagmbil berat akan kehendak pelanggannya. Lagipun pemandu sekarang tidak hanya berhenti untuk mengisi minyak sahaja. Malah mereka suka duduk-duduk dan lepak-lepak di Kedai Select sambil layan internet. Malah untuk meeting dengan client pun tak tak jadi masalah di sini. Senang.. One stop center..!
Selain daripada itu Shell juga telah menaik taraf kualiti tandas dan juga surau. Tandas di shell yang terpilih sekarang sungguh cantik dan bersih. Seperti tandas 5 bintang kata Datuk Azman Ismail.

Aku sangat setuju dengan hal ini. Ia sedikit sebanyak menaikkan imej shell. Sebabnya rata-rata tandas yang aku pernah singgah di stesen-stesen minyak adalah kotor dan kurang terjaga. Nak buang air pun terbantut.
Surau juga dinaik taraf. Ini sangat baik untuk muslim yang berhenti untuk bersolat. Surau yang baik menolong muslim yang berhenti bersolat lebih dekat dengan tuhannya.
Kejap..
Bukan itu saja. Fasiliti lain pun dinaik taraf di kedai select terpilih ini. Kerusi untuk lepak, Wi-Fi percuma, Tempat caj telefon bimbit ataupun laptop turut disediakan. Ini menambahkan lagi keselesaan untuk berhenti minum di sini.
Tak mustahil sedikit masa lagi, orang ramai datang ke sini bukan hanya untuk mengisi minyak, tetapi datang ke sini semata-mata untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan oleh outlet-outlet ternama di sini.

Jika sikap menghargai pelanggan ini sentiasa diterapkan oleh Shell, aku rasa ramai pengguna yang akan beralih kepada jenama Shell selepas ini. Bukan sahaja minyak kenderaannya yang berkualiti tinggi malah pengalaman yang penuh bermakna mampu pengguna perolehi apabila berkunjung ke kedai selectnya. Syabas Shell!!
kalau cam ni senang la …alang alang berhenti isi minyak kereta, boleh isi minyak kita juga hikssssssss
hahahha… baru lah segar pemanduan nanti
Mesti tempat2x yang tertentu ni.
Bahrain recently posted..Cara Membeli Tiket Bas Online Malaysia
yup.. di kedai select yg terpilih sahaja
Memang suka isi minyak di Shell, lebih banyak fasiliti, lagi best ke sana, semua ada 🙂
Ani Haryani recently posted..Merawat Kanser Hodgkin Lymphoma Dengan Shaklee
kaaaan. sy pun suka singgah di kedai select shell
sedap juga kalau mcm ni. boleh beli makanan tuk alas perut
nak makan berat terus pun blh kot kat kedai shell select tu.. memacam ada