More

    Nak Bersara Berduit Ke Nak Bersara Sengkek? Anda Pilih…

    Aku seorang Freelancer

    Dah 13 tahun aku berkerja sendiri. Dengan ertikata lain aku tak ada gaji tetap. Hujung bulan kalau aku cucuk kad ATM aku, belum tentu ada amaun tetap yang dimasukkan ke dalam akaun aku.

    Namun aku bersyukur kerana aku dapat berkerja dalam bidang yang aku minat. Menjadi seorang freelance, internet marketer dan blogger memang menjadi idaman aku. Aku enjoy dengan kerjaya aku. Aku tidak pernah mengeluh tentang kerja aku. Tiada “Monday Blues” dalam hidup aku. Tiada tekanan kerja mengejar deadline. Aku berkerja dengan penuh minat.

    Pendapatan vs perbelanjaan

    income vs expenses
    income vs expenses

    Perancangan amat penting bila bercakap soal pendapatan ini. Aku memang kena bijak dalam menguruskan pendapatan yang aku dapat. Perbelanjaan perlu aku kawal untuk keseimbangan aliran tunai.

    Mempunyai 5 tanggungan (termasuk diri sendiri) memang memakan belanja bulanan yang bukan sedikit. Aku memang nak pastikan ahli keluarga aku mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Jika boleh aku nak beri mereka yang lebih baik daripada apa yang ibubapa aku berikan aku semasa kecil dahulu.

    Dengan bajet yang agak ketat ini aku sering mengabaikan tentang kepentingan dana persaraan aku sebelum ini. Sehinggalah umur aku menginjak kepada angka 40 baru-baru ini.

    Tiada dana persaraan

    Aku seperti terjaga dari lena. Terkejut apabila menyedari aku tidak mempunyai persediaan untuk menghadapi persaraan. Aku tiada Simpanan KWSP seperti orang yang berkerja makan gaji.

    Dana persaraan
    Dana persaraan

    Ini juga bermakna aku tiada langsung simpanan untuk hari tua selain daripada sejumlah simpanan yang aku asingkan untuk bermacam tujuan termasuk kecemasan, kesihatan dan lain-lain lagi.

    Walaupun berkerja sendiri tiada umur persaraan yang wajib, namun kudrat yang ada semakin lemah seiring pertambahan usia aku. Aku ingin berehat daripada berkerja siang dan malam. Aku ingin menikmati sisa-sisa umurku tatkala umurku mencapai 55 tahun.

    Menyedari hakikat ini, aku telah berazam untuk berubah. Sempena tahun baru 2016 ini, azam utama aku ialah aku tidak ingin lagi mengabaikan dana persaraan aku. Aku mesti mengenepikan sejumlah wang setiap bulan untuk tabung persaraan aku.

    4 sebab kenapa aku ketepikan amaun untuk persaraan setiap bulan

    Ok… Berikut adalah sebab-sebab kenapa aku rela bergolok bergadai mencuba untuk ketepikan sejumlah amaun pada setiap bulan untuk tabung persaraan aku:

    1. Gaya hidup

    Aku tak rela ubahkan gaya hidup sekarang kepada gaya hidup yang lebih rendah apabila aku bersara. Pada aku, aku berhak mendapat gaya hidup yang lebih baik daripada sekarang atau sekurang-kurangnya sama seperti sekarang.

    Aku tak rela mengorbankan gaya hidup aku seperti sekarang pada masa depan
    Aku tak rela mengorbankan gaya hidup aku seperti sekarang pada masa depan

    Jadi jika aku tidak mula menyimpan daripada sekarang macamana aku boleh kekalkan gaya hidup seperti sekarang?

    Nilai duit 15 tahun akan datang sudah tentu tidak sama dengan sekarang. Jadi jika aku lambat membuat simpanan dana persaraan, sudah tentu akan memberi kesan kepada gaya hidup aku sekeluarga nanti.

    2. Imbangi inflasi

    Inflasi… Ia ibarat anai-anai di dalam kayu. Zahirnya kayu nampak cantik, namun didalamnya sudah berlubang. Begitulah hakikatnya nilai duit rm50k (contoh sahaja) pada 15 tahun lagi. Zahirnya tetap rm50k namun nilainya jauh lebih rendah.

    Nilai RM1 sekarang jauh lebih rendah berbanding dahulu…
    Nilai RM1 sekarang jauh lebih rendah berbanding dahulu…

    Jadi simpanan dana persaraan aku nanti akan dapat mengimbangi inflasi ke atas duit aku.

    3. Tak nak susahkan anak-anak

    Ya, memang sepatutya anak-anak membalas jasa kita sewaktu kita tua nanti. Tapi apakah ini jaminan? Tidak! Ia bukanlah jaminan. Jadi aku tak mau mengharap duit anak-anak sewaktu aku bersara nanti.

    my family

    Kalau mereka hulurkan duit, aku terima. Duit tu bolehlah aku buat benda lain sebagai tambahan bekalan amalan aku. Aku boleh bersedeqah, menolong orang lain yang lebih susah dan sebagainya daripada duit sumbangan anak-anak nanti.

    Untuk kekalkan lifestyle hidup aku, aku dah ada duit hasil simpanan aku untuk persaraan ini.

    4. Nak rileks dan melancong

    waktu usia muda, banyak masa aku habiskan untuk naikkan bisnes aku. pendapatan pun tidak banyak yang lebih setelah ditolak amaun perbelanjaan dan simpanan untuk pelbagai objektif. masa untuk aku berjalan bersama keluarga melihat negara orang sangat terhad.

    puncak sikunir Jawa Tengah
    puncak sikunir Jawa Tengah
    Chandi Borubudur
    Chandi Borubudur

    Jadi masa bersaralah aku ingin pergi melancong ke luar negara melihat keindahan negara orang. Kata orang apabila banyak berjalan barulah kita akan rasa bersyukur tinggal di negara sendiri.

    Dengan duit persaraan yang telah aku kumpul ini akan aku gunakan untuk tujuan ini.

    Disiplin kena kuat

    Untuk memastikan perancangan persaraan aku berjalan lancar, aku tau, aku kena kuatkan disiplin diri.

    kunci kejayaan perancangan kewangan
    kunci kejayaan perancangan kewangan

    Salah satu caranya ialah segala pendapatan yang aku dapat aku mesti asingkan dahulu bahagian untuk simpanan persaraan. Selebihnya barulah aku belanjakan mengikut keutamaan dengan mendahului keperluan daripada kemahuan.

    Oh ya, untuk pelan simpanan untuk persaraan anda boleh juga rujuk kepada Sun Life Malaysia Money For Life. Banyak yang aku belajar kat dalam tu seperti bagaimana untuk memilih pelan yang sesuai berdasarkan keperluan masa depan aku nanti.

    Moga kesedaran aku ini belum terlambat untuk mengumpul dana untuk kesinambungan hidup aku semasa persaraan tanpa mengorbankan lifestyle yang sedia ada.

    Aku tau, disebabkan aku bermula agak lewat, maka aku terpaksa mengasingkan jumlah yang agak banyak untuk menampung dana persaraan aku nanti. Namun merancang untuk persaraan lebih baik lewat daripada tiada perancangan langsung.

    Inilah azam aku bermula tahun ini. Its better late than never. Jom kawan-kawan. jangan berlengah lagi. rancanglah dana persaraan kita demi persaraan yang lebih berkualiti.

    Latest articles

    Related articles

    23 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge