Abam Hoq kalau jumpa klien, sebolehnya Abam nak tau latar belakang kewangan dia.. Dalam terma kewangan kita panggil maklumat ni sebagai profail kewangan.
Biasanya Abam akan bertanya secara bersahaja saja benda ni. Klien tak terasa pun yang Abam nak korek pasal benda tu. 14 tahun dalam industry ni, kemahiran bertanya tu dah di tahap tinggi.
Busy body? Eh Abam bukan busy body tau. Tujuan tanya tu sebab nak tau serba sedikit pasal latar belakang kewangan. Ini supaya nanti pelan kewangan yang Abam akan cadangkan tu bertepatan dengan keadaan semasa kewangan dia.
Benda ni melibatkan perancangan jangka Panjang seperti dana persaraan ataupun dana Pendidikan anak. Ia melibatkan simpanan wang yang akan digandakan dalam jangka masa yang dicadangkan. Ia akan menyelesaikan keperluan yang diingini pada masa tersebut.

Jadi kalau salah pelan kewangan yang diderafkan kepada klien, ia akan memberi kesan kepada pelan jangkamasa panjangnya itu nanti. Contohnya jika lebihan tunai setiap bulan kurang memberangsangkan, kemudian kita cadangkan simpanan bulanan yang agak tinggi. Ini pasti menjadi satu kesulitan kepada klien. Ini lama kelamaan akan mengurangkan motivasi klien untuk kekal istiqamah dalam simpanan beliau.
Simpan sedikit secara bulanan sedangkan jumlah dana yang besar ingin diwujudkan dalam jangkamasa panjang. Secara logic akal, ini tak mungkin tercapai. Jadi pelan yang lebih komprehensif akan dicadangkan untuk klien supaya objektif pelaburan beliau tercapai..!
Sasaran dana pula perlu dilihat secara meluas mengcakupi faktor-faktor sampingan seperti inflasi dan sebagainya. Inflasi ni pasti akan berlaku sepanjang tahun penyimpana kita, Sekali pun bukan universiti yang naikkan yuran, tapi kos buku, alat tulis, dan alat bantuan pembelajaran yang lain akan terus meningkat mendorong kepada kenaikan kos pendidikan secara keseluruhan.
Hari ni pun dah kecoh yuran UTM naik secara mendadak. UTM pantas menafikan pihaknya yang menaikkan kos pendidikan tersebut. Boleh baca lanjut di link: Peningkatan Kos Punca Yuran UTM Naik?
Panjang kalau nak cerita sini. Itu sebab bisnes ni kena jumpa bersemuka. Baru boleh terangkan secara Panjang lebar. Kami UTC pun dilarang untuk terangkan dalam media social ni. Takut ‘misleading’ nanti.
Jadi, kalau ada yang nak bertanya lebih lanjut pasal ni, boleh pm Abam. Ataupun boleh follow jer Abam dulu kat Facebook.
Ni Facebook Abam: https://www.facebook.com/sohoque
InsyaAllah ilmu-ilmu dan fakta-fakta ringkas Abam cuba salurkan. Tapi nak yang lebih lanjut memang kena ngeteh..!
Jommmm!!!