Nama Afdlin Shauki Kembali Harum Selepas Balik Dari Gazza

SAVE GAZA banner

Baru-baru ini satu rombongan dari Malaysia telah berkunjung ke Palestin untuk melihat keadaan di sana sambil menyampaikan sumbangan berupa wang ringgit, makanan, ubat-ubatan dan perkhidmatan kepada rakyat palestin yang ditindas oleh zionis laknatullah.

Kunjungan ini dianjurkan oleh organisasi bukan kerajaan INI . Turut serta dalam rombongan ini ialah dutanya Saudara Afdlin Shauki, Shahrina Ahmad Sharkawi, dan individu prihatin yang lain.

Shahrina Ahmad Sharkawi ialah senior saya semasa di universiti dulu. Kini beliau berkecimpung sebagai jurugambar professional dengan misi suci “berjihad melalui kamera”. Saya akan membuat liputan tentang Shahrina Ahmad Sharkawi di entri akan datang, in shaa Allah.

Manakala Afdlin Shauki pula, seperti diketahui umum ialah seniman yang serba boleh. Beliau adalah pelakon, penyanyi, pelawak, pengarah dan juga pengacara.

Keputusan Afdlin Shauki menerima lamaran Aqsa sebagai dutanya dan mengikuti rombongan ke Gazza, Palestin baru-baru adalah satu keputusan yang tepat. Nama Afdlin Shauki kembali harum selepas balik dari Gazza beberapa hari yang lepas.

Sebelum ini beliau banyak dikritik oleh pihak-pihak tertentu apabila mengisytiharkan dirinya menjadi ahli satu parti politik yang terbesar di Malaysia. Namun apabila beliau terlibat di dalam misi kemanusiaan sebegini orang akan mula melupakan hal yang kecil sebelum ini dan akan kembali menghormatinya.

Ini adalah antara gambar-gambar semasa beliau di sana:

Afdlin Shauki bersama pendudak Gazza, Palestin

Afdlin Shauki bersama pendudak Gazza, Palestin

 

afdlin shauki di gazza

Beramah mesra dengan anak-anak palestin

Beramah mesra dengan anak-anak palestin

 

afdlin shauki bersama kanak-kanak perempuan palestin

afdlin shauki bersama kanak-kanak lelaki palestin

Dan ini pula ialah mesej ataupun kenyataan berani, jujur dan tegas daripada Saudara Afdlin Shauki – Duta Aqsa Syarif di dalam laman Facebook:

Assalammualaikum,

kepada semua agency pengiklanan dan talent agency yang mengendalikan akaun produk-produk yang tertera dalam list boikot yang terbukti menyokong Israel di Malaysia ini, Mintak maaf walaupun anda hanya menjalankan tugas, saya nak mengumumkan yang saya tak boleh lagi mengarah, menjadi duta produk, mengendalikan acara, berlawak untuk apa-apa saja event yg pihak awak kendalikan, sehingga produk-produk awak berhenti menyokong Israel. Penduduk di Gaza tidak ada pilihan. Mereka terpaksa membeli barangan-barangan Israel di bawah perjanjian Oslo jadi mereka tak ada pilihan, mereka tak boleh berurusan dgn mana-mana negara lain kecuali Israel. Tapi kita di Malaysia ada banyak pilihan! yang tempatan dan antarabangsa. Jadi mari kita buat pilihan yang bijak dan hentikan menyokong produk-produk yg menyokong Israel. Saya tak peduli apa org nak cakap, tapi saya Afdlin Shauki memboikot produk-produk awak secara rasmi. Rezeki saya datang daripada Allah swt dan insyaa Allah saya akan masih boleh menyara keluarga saya tanpa bersubahat dengan produk-produk yg membantu dalam pembunuhan rakyat Palestin.Saya ingin menyarankan kepada peminat-peminat saya untuk mengikuti langkah saya jika mereka mahu. Kalau tak mahu takpe, ini bukan paksaan tapi renungkanlah.

Allahhuakhbar!

Afdlin Shauki
Save Palestine. Power to the people.

Allahuakbar. Saya respek Saudara Afdlin Shauki. Kita di sini hanya tahu mengkritik tetapi beliau sudah pun sampai di sana.

Sebab itulah saya berani kata yang nama Afdlin Shauki kembali harum selepas balik dari Gazza, Palestin.

4 Comments

  1. KiD December 20, 2012
  2. Myra Jay December 20, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: