Nani, pemain tengah kelab Manchester United semakin dekat dengan pintu keluar daripada kelabnya sekarang. Ini berikutan kontraknya yang telah sampai di tahun akhir untuk berakhir. Dan dia setakat ini enggan memperbaharui kontrak yang ditawarkan oleh Manchester United kerana tidak berpuashati dengan kontrak tersebut.Demikian seperti yang dilaporkan oleh akhbar Daily Telegraph.
Ini menimbulkan kemarahan pengurus kelab Red Devils (Syaitan Merah) 😉 iaitu Sir Alex Ferguson. Pengurus kelahiran Scotland itu baru-baru ini telah memberi amaran kepada Nani akan mengurangkan aksi Nani di dalam pasukan utama jika dia terus menerus menolak kontrak yang ditawarkan oleh Manchester United.
Hubungan tidak baik antara Nani dan Alex Ferguson ini berterusan lagi apabila Alex Ferguson menuduh Nani adalah antara punca kekalahan skuadnya menentang Kelab Chelsea baru-baru ini. Dalam perlawanan merebut piala Capital One Cup itu Manchester United kalah kepada Chelsea 4-5.
Kita tunggu saja apa yang akan berlaku nanti.
Rosmadi Shakri liked this on Facebook.