Kalau bercakap tentang aiskrim kon berwafel yang enak pastinya ada beberapa jenama je yang terlintas di kepala kita. Salah satu yang terawal terlintas di benak kita ialah Nestle Drumstick. Dah lama aiskrim drumstick ni bertapak di Malaysia dan menjadi kegemaran kanak-kanak dan orang dewasa.
Kini Nestle Drumstick mengorak langkah ke hadapan lagi dengan melancarkan aiskrim Drumsticknya yang baru berperisa Ekterm Choc.
Untuk meraikan pelancaran Drumstick berperisa hebat ini Nestle Drumstick akan melakukan pengembaraan yang hebat dengan menjelajah lebih daripada 110 buah Kolej dan Universiti di seluruh Semenanjung Malaysia. Mereka akan membawa aktiviti yang menyeronokkan serta ekstrem seperti ‘Bungee Trampoline’ di lokasi terpilih.
Pengembaraan besar-besaran itu, yang bermula pada bulan Mei 2013, akan membawa keriangan Nestlé Drumstik ke setiap lokasi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan interaktif.
Aiskrim Drumstick berperisa coklat hebat ini dibaluti wafel kon yang rangup, di tengah-tengahnya diletakkan satu pusaran sos coklat berkrimdan taburan cip coklat putih dan gelap di bahagian atas. Kombinasi rasa yang baru ini pasti akan membangkitkan selera penggemar coklat.
Perisa baru ini dijangka akan menjadi pilihan utama penggemar aiskrim bila mengambil kira populariti coklat sebagai perisa aiskrim nombor satu di negara ini. Ini di tambah lagi dengan kesegaran perisa coklat, keenakan rasanya dan kerangupan wafelnya.
Dengan pengembaraan tersebut, pastinya ia akan lebih dekat muda mudi penggemar aiskrim.
“Dengan iringan pelbagai aktiviti fizikal sihat yang mengujakan serta menarik, pastinya ia akan menjadi daya tarikan kepada para belia hari ini,” kata Julia Teo, Pengurus Pemasaran Pengguna, Ais Krim, bagi Nestlé Products Sdn Bhd.
‘Bungee Trampoline’ ialah aktiviti terkini yang bakal diperkenalkan kepada pengunjung. Pengalaman mencabar aktiviti tersebut pasti akan menarik minat para belia yang menggemari keseronokan dan pengembaraan. Namun aktiviti ini akan diadakan di lokasi yang terpilih sahaja daripada 110 tempat pengembaraan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tarikh dan lokasi pengembaraan ini, sila layari laman web NestleDrumstik di www.nestle.com.my atau dapatkan maklumat terkini melalui halaman Facebook NestleDrumstik di www.facebook.com/NestleDrumstick.
Sudahkah anda semua menikmati Nestle Drumstick Ekstrem Choc ini? Saya sudah menikmatinya. Sungguh seperti yang dikata. Kesegaran rasa coklat, keenakan dan kerangupan wafelnya jelas terasa. Anda bila lagi?

nampak macam bestlah..
hafiz recently posted..Misi menjahit baju raya
memang best! lg best bila dpt sekali dgn beg cooler, beg laptop dan pendrive. huhuhu
lokasi pelancarannya luar biasa sikit.
silap2, ada yang berbuka dengan aiskrim nanti ni…
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
hahahah. itu la.. dah dahaga sgt, tertelan aiskrim tu nanti.. hahaha
mesti manis kannnnn
Dkna Abza recently posted..Keyword ‘Pecah Dara’
hahahah.. dah namanya aiskrim.. mesti la manis cik dkna weyh… hehehe