More

    Niat Puasa Ganti – Anda Mungkin Terkejut Salah Faham Sebelum Ini!

    Puasa di bulan Ramadhan ialah rukun Islam yang ke-3. Melakukannya adalah kewajipan kepada setiap orang yang bergelar sebagai seorang Muslim. Sengaja meninggalkannya adalah satu dosa besar. Namun, ada golongan yang diberi kemudahan (rukhsah) untuk meninggalkan puasa Ramadhan. Walaubagaimanapun, golongan ini wajib menggantikan semula puasa yang ditinggalkannya. Puasa ganti ini sama sahaja tatacaranya dengan puasa Ramadhan kecuali sedikit perbezaan pada niatnya. Teruskan pembacaan kalian untuk melihat perbedaan niat puasa ganti yang dimaksudkan.

    Pengenalan

    Apa Itu Puasa Ramadhan

    Puasa Ramadhan dari segi bahasa secara bahasa ertinya “menahan diri”. Manakala dari segi istilah syarak pula, puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan.

    Hukum Puasa di Bulan Ramadhan

    Puasa dalam Bulan Ramadan adalah ibadah yang diwajibkan bagi umat Muslim yang sudah akil baligh, tiada uzur Syar’ie, sihat tubuh badan serta mampu berpuasa, dan orang yang bermukim (bukan musafir). Ia adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan.

    Qadha Puasa Ramadhan (dengan niat puasa ganti)

    Setiap Muslim yang cukup syarat di atas adalah wajib berpuasa. Jika mereka terpaksa meninggalkannya oleh sebab-sebab yang dibenarkan syarak, mereka wajib menggantikannya di bulan yang lain dengan cara yang sama tetapi dengan niat puasa ganti, bukannya niat puasa Ramadhan.

    Tujuan dan Kelebihan Puasa Ramadhan

    Tidak hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum, puasa Ramadhan menuntut pelakunya supaya menahan diri daripada nafsu, perbuatan dan perkataan yang tidak sepatutnya di samping menghindari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa yang lain. Ibadah puasa ini memiliki makna dan tujuan yang mendalam dalam kehidupan seorang Muslim.

    Mendekatkan diri kepada Allah

    Salah satu tujuan utama puasa Ramadhan adalah untuk meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan menahan diri dari keperluan jasmani seperti makan dan minum, seorang Muslim belajar untuk mengendalikan hawa nafsunya dan fokus pada ibadah dan kegiatan yang lebih bermakna.

    Puasa Ramadhan juga menjadi waktu di mana umat Muslim mengukuhkan lagi hubungan spiritual dan keimanan dengan Allah SWT melalui ibadah seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan banyak lagi ibadah wajib dan sunat yang lain.

    Mengeratkan silaturrahim

    Selain itu, puasa Ramadhan juga memiliki manfaat sosial yang penting. Bulan Ramadan menjadi waktu di mana hubungan silaturrahim di antara saudara seIslam menjadi bertambah kuat dan erat.

    Di bulan ini, ummat Islam akan banyak bersedeqah seperti memberi makan hidangan berbuka puasa, sama-sama berbuka puasa di masjid dan saling bantu membantu. Tradisi inilah yang mempererat ikatan kekeluargaan, persaudaraan, dan permuafakatan di dalam masyarakat. Puasa Ramadhan juga banyak mengajar nilai-nilai kesabaran, toleransi, dan kesefahaman terhadap orang lain.

    niat puasa ganti - berbuka puasa di masjid

    Golongan yang dibenarkan tidak berpuasa
    (wajib qadha’ dengan niat puasa ganti)

    Islam itu agama yang mudah dan tidak menyusahkan ummatnya. Ada banyak kelonggaran di dalam hukum beribadah. Ia berdasarkan keadaan semasa.

    Seperti ibadah puasa ini, ada 5 golongan yang dibenarkan untuk tidak berpuasa atau berbuka puasa. Namun mereka ini harus menggantikan semula puasa yang ditinggalkan tersebut mengikut jumlah hari yang ditinggalkan.

    Berikut adalah golongan yang dibenarkan tidak berpuasa di bulan Ramadhan

    Orang yang sakit

    Orang sakit dibenarkan untuk tidak berpuasa. Jika sedang berpuasa, tiba datang sakit, mereka dibenarkan untuk berbuka. Orang yang sakit diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa agar dapat mengelakkan sakit yang sedang dialami menjadi bertambah teruk. Namun mereka wajib menggantikan semula puasa yang ditinggalkan ini. Jika penyakit berterusan, dan mereka masih tidak mampu menggantikan puasa yang telah ditinggalkan, mereka wajib membayar fidyah sebagai menggantikan puasa ganti tersebut.

    Wanita yang di dalam keadaan uzur syar’ie

    Uzur Syar’ie bermaksud uzur yang dibenarkan oleh syarak untuk tidak melakukan kewajipan-kewajipan ibadah dalam Islam. Contoh uzur syar’ie dalam ibadah solat Jumaat adalah hujan lebat dan banjir yang menyebabkan terhalang untuk pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

    Dalam bab ibadah puasa ini perempuan yang sedang berada di dalam keadaan haidh dan nifas dikira uzur syar’ie dan dibenarkan untuk tidak berpuasa. Mereka wajib qadha’ atau menggantikan semula puasa yang ditinggalkan itu.

    Orang yang sedang bermusafir

    Maksud musafir dalam syarak ialah orang yang berkelana meninggalkan kampung halaman (mukimnya) sejauh 2 marhalah (81km. rujukan: majoriti.com.my) dan musafirnya itu adalah bertujuan melakukan perkara yang harus. Adapun berkelana untuk melakukan perkara maksiat tidak dikira musafir di dalam konteks ini.

    Mereka ini diberi keistimewaan dan dibenarkan untuk meninggalkan puasa. Puasa yang ditinggalkan wajib diganti.

    Ibu mengandung / menyusukan anak

    Ibu yang mengandung yang bimbang akan memudaratkan kandungan jika berpuasa dibenarkan untuk meninggalkan puasa. Begitu juga ibu yang sedang menyusukan anak. Mereka ini wajib menggantikan semula puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan itu nanti.

    Orang yang lanjut usianya

    Orang tua yang lanjut usia juga dibenarkan untuk tidak menunaikan ibadah puasa. Ini kerana untuk mengelakkan lebih banyak kemudharatan kepada badan mereka yang lemah

    Ini sahaja golongan yang dibenarkan untuk tidak berpuasa. Lain daripada ini, kalian wajib melakukan ibadat Puasa di bulan Ramadhan. Golongan ini juga wajib qadha puasa yang tertinggal itu dengan melakukan puasa di luar bulan Ramadhan dengan cara dan syarat yang sama. Cuma niatnya sahaja digantikan dengan niat puasa ganti. Teruskan pembacaan untuk penerangan tentang niat qadha puasa.

    Ayat Quran dan Hadith Tentang Kebenaran Tidak Berpuasa

    Berikut adalah hadith dan ayat AlQuran yang menjadi dalil kepada keharusan meninggalkan puasa Ramadhan kepada golongan tersebut:

    niat puasa ganti - masjid

    Dalil Hadith

    1. Ibu mengandung dan juga menyusukan anak adalah termasuk dalam bentuk keuzuran yang mengharuskan berbuka.

    Daripada Anas al-Ka’biy RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

    إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ الصَّلاَةِ، وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ

    Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al-Muwattha, Kitab al-Syiyam. No:603)

    Dalil Dari AlQuran

    1. Surat Al Baqarah ayat 184

    Pada ayat ke-184 dijelaskan keringanan berpuasa Ramadhan bagi yang memiliki uzur tertentu. Seperti sakit atau dalam perjalanan.

    اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّكُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ

    Artinya: “(iaitu) beberapa hari tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), maka (wajib mengganti) sebanyak hari (yang dia tidak berpuasa itu) pada hari-hari yang lain. Dan bagi orang yang berat menjalankannya, wajib membayar fidyah, yaitu memberi makan seorang miskin. Tetapi barangsiapa dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itu lebih baik baginya, dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”

    2. Surat Al Baqarah ayat 185

    شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

    Artinya: “Bulan Ramadan adalah (bulan) yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu ada di bulan itu, maka berpuasalah. Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (dia tidak berpuasa), maka (wajib menggantinya), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.”

    3. Surat Al Baqarah ayat 187

    Ayat ini lebih menjelaskan halangan yang membolehkan untuk meninggalkan puasa, serta hukum-hukum yang bertalian dengan puasa. Berikut penjelasannya:

    أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ ۚ هُنَّ لِبَاسٌ لَكُمْ وَأَنْتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ ۗ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ۖ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ ۚ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ ۗ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

    Artinya: “Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan istrimu. Mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwa kamu tidak dapat menahan dirimu sendiri, tetapi Dia menerima tobatmu dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah bagimu. Makan dan minumlah hingga jelas bagimu (perbedaan) antara benang putih dan benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sampai (datang) malam. Tetapi jangan kamu campuri mereka, ketika kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah ketentuan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, agar mereka bertakwa.”

    Sumber: Dalil puasa

    Apa Itu Puasa Ganti

    Puasa Ganti ialah puasa yang dilakukan di luar bulan Ramadhan kerana menggantikan puasa Ramadhan yang telah ditinggalkan kerana sebab-sebab tertentu yang dibolehkan syarak.

    Lafaz Niat Puasa Ganti

    نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

    Bahasa Rumi: Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhana lillahi taala

    Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

    *penambahan lafaz niat pada “ganti” fardhu Ramadhan.

    niat puasa ganti bergambar
    Niat Puasa Ganti ada sedikit penambahan berbanding niat puasa biasa

    Bandingkan dengan Niat Puasa Ramadhan ini…

    Waktu Ganti Puasa

    Waktu Qadha’ Puasa Ramadhan Waktunya adalah selepas bulan Ramadhan (selepas 1 Syawal) sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya. Walaubagaimanapun qada’ (ganti) puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah, contohnya seperti pada 2 hari raya.

    Bagi orang yang melengahkan dan mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga masuknya Ramadhan tahun berikutnya, ia wajib qada’ dan membayar fidyah

    Hari yang diharamkan berpuasa samada puasa ganti atau puasa sunat

    1. Hari Syak

    Hari Syak jatuh pada hari ke 30 bulan Syaaban yang mana pada ketika itu adalah haram puasa bagi setiap umat Islam.

    Ini adalah kerana, pada hari tersebut anak bulan masih tidak kelihatan. Maka ia masih diragui samada ia merupakan hari terakhir bulan Syaaban atau sudah masuk hari pertama bulan Ramadhan.

    2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha

    Dari Abu Hurairah RA, katanya:

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ يَوْمِ الْأَضْحَى وَيَوْمِ الْفِطْرِ

    “Rasulullah SAW melarang puasa dua hari kebesaran iaitu pada Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) dan pada hari Aidilfitri (1 Syawal).” – (Hadis Riwayat Muslim)

    Para ulama telah bersepakat bahawa larangan atau haram puasa pada dua hari kebesaran dalam Islam dengan alasan apa pun sama ada berpuasa kerana nazar, puasa sunat dan kafarrah.

    3. Hari-hari tasyrik

    Haram hukumnya bagi ummat Islam berpuasa pada Hari Tasyrik. Hari tersebut jatuh pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah mengikut Kalender Hijrah yang merupakan tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha.

    Larangan berpuasa pada Hari Tasyrik disampaikan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Sahih Muslim:

    “Hari-hari Tasyrik adalah hari makan dan minum.” – (Hadis Riwayat Muslim, no 1141)

    4. Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya

    Seorang isteri wajib hukumnya meminta izin suaminya terlebih dahulu apabila hendak melakukan puasa ganti atau puasa sunat sekiranya suami berada di rumah.

    Hal ini kerana isteri wajib bagi memenuhi hak bagi suaminya. Ini sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al-Haithami di dalam kitabnya:

    وَيَحْرُمُ عَلَى الزَّوْجَةِ أَنْ تَصُومَ تَطَوُّعًا أَوْ قَضَاءً مُوَسَّعًا وَزَوْجُهَا حَاضِرٌ إلَّا بِإِذْنِهِ أَوْ عَلِمَ رِضَاهُ

    MaksudnyaDan diharamkan ke atas seorang isteri untuk berpuasa sunat atau puasa qadha’ sekiranya tempoh menggantikannya masih berpanjangan dan suaminya datang kepadanya melainkan dengan keizinan suaminya atau dia mengetahui suami meredhainya berpuasa.” – (Tuhfah al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj, 3/461)

    Kesimpulan

    Puasa itu adalah rukun Islam. Ia adalah ibadah yang wajib untuk dilakukan. Meninggalkannya dengan sengaja tanpa sebab-sebab yang dibenarkan syarak adalah berdosa besar. Jika ada sebab yang dibenarkan syarak untuk tidak berpuasa, puasa yang ditinggalkan tersebut hendaklah digantikan semula.

    Cara perlaksanaannya sama seperti puasa bulan Ramadhan, kecuali niat puasa ganti ini ada sedikit penambahan.

    Semoga Allah menerima segala amalan kita dan memberi banyaknya ganjaran kebaikan dan pahala buat kita.

    Ameen ya rabbal alameen

    baca juga https://sohoque.com/perihal-puasa-sunat-asyura/

    Soalan Lazim Tentang Niat Puasa Ganti dan Yang Bersangkutan

    Bolehkah sekalikan niat puasa ganti dengan puasa sunat yang lain (seperti puasa hari Isnin dan Khamis)?

    Ulamak berbeza pendapat. Mengikut mazhab syafie ia adalah diharuskan

    Adakah boleh menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa ganti dan puasa enam hari di bulan Syawal?

    Ada 2 pendapat:

    • Pandangan pertama, jumhur ulama mengatakan kita wajib puasa ganti Ramadhan terlebih dahulu, selepas itu barulah dibuat Puasa Sunat Enam. (pendapat ini lebih afdal)
    • Pandangan kedua, ada sebahagian kecil fuqaha berpandangan bahawa kita boleh melakukan puasa ganti sekaligus dengan Puasa Sunat Enam Syawal. Kita akan dapat dua-dua pahala (qadha dan sunat)

    Latest articles

    Related articles

    1 Comment

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge