Niche blog adalah antara perkara asas yang amat penting kita fikirkan untuk kelangsungan perjalanan blog kita di hari mendatang. Seeloknya apa yang kita nak kongsikan dalam blog kita sudah jelas semasa domain didaftarkan lagi.
Namun terlalu memikirkan niche apa hendak diceburi pun tidak bagus juga. Ini adalah kerana ia akan melambatkan kita memulakan penulisan blog kita.
Niche blog jangan terlalu luas. Ini kerana niche blog yang terlalu luas ataupun carca marba akan menyukarkan pembaca mencari apa yang mereka mahukan.
Niche blog yang terlalu luas juga tidak disukai oleh advertiser ataupun pengiklan. Pengiklan lebih suka blog yang mempunyai niche yang sempit atau fokus. Ini memudahkan mereka untuk membuat pengiklanan atau memberi tugasan berbayar kepada blogger.
Tips ini aku dapat hasil daripada perbincangan dengan pihak Nuffnang, sebuah syarikat pengiklanan terbesar di Asia Pasifik sewaktu perjumpaan aku dengan pihaknya tempohari. Jadi niche blog jangan terlalu luas ini juga merupakan tips supaya disukai Nuffnang.
Sebab itulah kalau kita selalu kemaskini borang kaji selidik, kita akan perasan ada satu bahagian tu dia suruh kita pilih kategori blog kita. Berdasarkan kategori atau niche blog yang dipilih itulah oihak Nuffnang mengkelaskan niche blog kita.
Sebenarnya memang agak sedikit sukar untuk kita memfokuskan kepada satu niche semata-mata. Ini adalah kerana penulisan kita akan menjadi terhad kepada niche itu sahaja. Sedangkan blog harus di kemaskinikan setiap hari. Idea untuk niche tersebut kadang boleh hilang.
Niche yang fokus juga memancing pelawat yang lebih spesifik. Untunglah jika niche tersebut memang diminati oleh ramai pelawat. Tapi jika niche yang dipilih adalah niche yang kurang popular, pastinya pelawat unik ke blog kita juga terhad.
Aku ambil contoh blog bisnes dan pendidikan perancangan aku, caknawang.com. Sukar untuk memperolehi pelawat yang ramai. Tetapi aku tau yang pengikut blog itu adalah orang yang betul-betul serius ingin tahu tentang perancangan kewangan. Ini mungkin kerana isi kandungan blog tersebut yang lebih serius mengajak orang ramai memikirkan masa depan dan membuat penyimpanan. Mungkin tajuk sebegini agak berat.
Sebab itu ramai dikalangan bloggers tidak benar-benar fokus kepada satu niche sahaja. Ambil contoh Denaihati.com, misalnya. Walaupun blog tersebut tidak fokus kepada satu niche tertentu tetapi ia hanya menumpukan kepada beberapa niche sahaja. Hasilnya blog denaihati masih menjadi pilihan ribuan pelawat dalam sehari.
Kepada blogger yang mempunyai niche blog yang terlalu luas, tidak mengapa. Blogging adalah suatu proses pembelajaran. Perlahan-lahan tukarkan blog anda kepada blog yang lebih tertumpu kepada niche yang lebih sempit.
Semoga blog kita akan menjadi bertambah mantap dengan tips ini. Semoga bloggers yang buat duit dengan blog dapat terus meningkatkan pendapatan blog dengan tips ini. Dengan tips supaya disukai Nuffnang ini juga diharap dapat bloggers dapat mencuri hati Nuffnang untuk memberikan tugasan berbayar selepas ini.
[…] Niche Blog Jangan Terlalu Luas […]
Niche agak cacamarba sekarang… tapi akan cuba sempitkan sikit…sikit je… hehehe…
Nadot recently posted..Sambut Birthday di Kiraku Japanese Restaurant, Cyberjaya
niche multiple tak per tp jgn byk sgt kot.. heheheh. sy pon agak carca marba gak lg. tggh berusaha mengurangkan lg niche. ingat nak buat mcm denaihati jer
tips yang bagus bro..:)
blogger lelaki recently posted..Jiwa-Jiwa Kecil
tq bro. moga mmberi manfaat buat semua
hoho..pepandailah pilih. kena bijak bermain dengan niche blog nih.
titan recently posted..Bayaran Komisen ke 6 dari Jomniaga.
Kalau nak slmt buat jer niche lifestyle or parenting. Leh citer ttg diri sendiri dan keluarga. Heheheh
den akan cupa menyempitkan apa yang patut , nice tips bro..tq…:)
papa mifz recently posted..Sudah Tidak Sabar Hendak Bercuti Ke Johor Bahru
Moga sama2 bermanfaat
Thanks bro. Moga dpt mmberi manfaat pd semua
blog skang dah macam rojak
harap-harap lepas ni lebih fokus utk travel/event/foodies
penaberkala recently posted..WORDLESS WEDNESDAY : #TSDAYOUT to Battlefield Live Malaysia
kena control gak content blog tu bro. Blog aku pon x terkawal gak
saya suka entri ini..padat dan berinformasi tentang topik niche blog..terima kasih atas perkongsian
kakiblog recently posted..Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui Blogwalking
sama-sama. moga ia mmberi manfaat pd semua
Niche tu apa? Macam klise ke ropernye??
Abang Ensem Berketak recently posted..The LakesVille – Bersemuka Dengan Owner
dia mcm genre ler.. ada ghoper pakcik bakar yg duduk kat kampung tanjung tu sikit..
Memang susah nak buat blog ada niche tapi kalau usaha mesti boleh
daddydee recently posted..Menulis Untuk Menjemput Rezeki
kalau susah cuba sempitkan niche. try uat mcm denaihati.
Wow..info yg jarang2 kita dpt ni! Nnt mak try aplikasikan tips terbaik nih. Eh..jap. niche blog mak apa eyh??
Wakakaka..**jangan lempang ai**
Mak Lagenda recently posted..ADIK TAK PUAS ATI!!
apply mak.. jgn tak apply
Leceh jugak nak buat niche untuk blog peribadi ni. Rasanya campur aduk je sekarang ni.
Hazmin Hamudin recently posted..Thesis Skin Blog Hazmin Hamudin
slow2 la… ada 2-3 niche bertumpu takper.. jgn byk sgt..
Assalammualikum…sohoque,
Terima kasih tips yg baik dan boleh dipraktikkan….perkongsian menarik.
mselim3
mselim3 recently posted..Entry Khas : CPUV nuffnang daripada British Council
wassalam. terima kasih tuan. moga sama2 mendapat manfaat
best punya tips..bagus ni..:D
reezluv recently posted..Tidak Lagi Menggunakan Ads Nuffnang
moga sama2 mendapat manfaat..