Ninetology U9R1 Kecil – Kecil Cili Padi

U9R1 smartphone terbaru daripada Ninetology

Ninetology U9R1 kecil tapi berkuasa

Ninetology sudah menjadi satu nama yang tidak asing lagi. Keupayaannya menghasilkan pelbagai model telefon bimbit yang berpatutan harganya tetapi berkuasa perantinya memang diakui ramai.

Pada 22 November 2013 yang lalu sekali lagi Ninetology telah tampil bersama telefon bimbit terbaru keluarannya. Jika sebelum ini model U9X1 diketengahkan, kali ini model U9R1 pula diperkenalkan kepada umum.

Aku yang turut hadir membuat liputan pada pada majlis itu telah mendapat durian runtuh apabila namaku dipanggil sebagai slah seorang pemenang cabutan bertuah. Apa hadiahnya? Hadiahnya ialah sebuah telefon bimbit yang sedang dilancarkan itu. Ya, telefon bimbit U9R1 telah menjadi milik aku.

gambar ninetology u9r1

Ninetology U9R1

Siapa sangka. Aku memang bercadang untuk membeli telefon bimbit dalam masa yang terdekat. Dan aku sedang meneliti beberapa telefon bimbit di pasaran yang mempunyai spesifikasi di dalam lingkungan harga yang tertentu. Hari itu setelah meneliti spesikasi yang diberi semasa majlis pelancaran, Ninetology U9R1 telah aku masukkan ke dalam senarai pendek telefon yang bakal aku miliki. Tup-tup dapat percuma. Syukur alhamdulillah.

Setelah aku mengguna pakai telefon bimbit ini selama sebulan, aku sudah boleh membuat review. Secara keseluruhannya telefon bimbit ini amat berbaloi untuk dibeli. Ada sebab mengapa aku katakan yang telefon bimbit ini adalah kecil – kecil cili padi, saiz kecil tapi berkuasa tinggi.

gambar telefon bimbit u9r1

Ninetology U9R1 selepas sebulan di dalam genggaman aku

Ciri-ciri mengapa anda harus masukkan telefon bimbit ini kedalam senarai pendek telefon bimbit pilihan anda ialah:

Harga

Harga telefon bimbit ini memang mampu milik. RM799 adalah rendah untuk spesifikasi yang akan aku senaraikan nanti.

Paparan

Paparan 4.3″ IPS (960 X 540) pada mulanya memberi sedikit ketidakselesaan kepada aku. Ini adalah kerana aku sudah terbiasa menggunakan telefon bimbit yang mempunyai paparan yang lebih besar. Sebelum ini aku menggunaka Samsung Galaxy Tab 7.0. Memang jauh bezanya.

Lagipun jari aku yang besar ini memerlukan sedikit masa untuk proses menyesuaikan diri.

Namun selepas sebulan aku menggunakan telefon bimbit ini ia sudah tidak lagi menjadi masalah.

Processor

1.2 GHz quad-core Snapdragon 200 processor sudah cukup untuk menjadikan telefon bimbit ini sebuah telefon bimbit yang berkuasa. Melayari internet dan menggunakan fungsi-fungsi lain sangat mudah dan licin. Aku sangat berpuas hati.

Memori dalam telefon

4 GB memori dalaman (tambahan  microSD slot sehingga 32 GB) pada pandangan aku tidak mencukupi. Ia menjadikan ruang untuk simpanan pelbagai applikasi menjadi sangat terhad. Memori luaran harus ditambah untuk mengelakkan ruangan simpanan yang lain seperti data dan foto-foto tidak terhad yang akan menjadikan penggunaanya tidak menyeronokkan.

RAM

RAM 1 GB sudah cukup untuk menjadikan telefon bimbit ini meluncur laju.

Sistem Operasi

Ia mengguna pakai sistem operasi (OS) Android 4.1 “Jelly Bean”. OS yang masih baru dan masih tidak ketinggalan walaupun OS baru iaitu KitKat telah berada di pasaran.

Kamera

Ini adalah antara aspek ataupun ciri penting yang aku cari pada sesebuah telefon bimbit. Aku banyak gunakan kamera untuk mengambil gambar untuk diisi ke dalam blog aku. Jadi fungsi kamera berkuasa tinggi memang aku cari.

telefon bimbit ini didatangkan dengan kamera 8 megapixel untuk kamera bahagian belakang. Setelah mencuba selama sebulan, aku agak berpuashati jika gambar diambil di bawah cahaya yang terang. Namun jika di bawah cahaya rendah, gambarnya agak kabur.

Telefon bimbit ini turut dilengkapi dengan kamera bahagian depan dengan 2 megapixel. Ia agak sudah memadai untuk selfie di bawah cahaya yang terang.

Berat

Telefon bimbit ini agak nipis iaitu 7.8 mm. Beratnya hanya 107.5 gram. Ringan. Tiada masalah untuk aku menyelitkannya di dalam poket baju.

Bateri

Telefon bimbit ini dilengkapi dengan bateri tidak boleh tanggal 1,600 mAh. jika mengikut spesifikasi yang diberi ia tahan sehingga 8 jam masa bercakap dengan 3G. Tetapi pengalaman sebenar tidak sampai 8 jam aku rasa.

Connectivity

Boleh memasukkan 2 SIM:

  • 1 ruangan kad sim boleh muatkan sim yang berkeupayaan 3G/HSPA (SIM 1)
  • 1 ruangan lagi untuk kad sim berkeupayaan 2G/GPRS (SIM 2)

Ada fungsi WiFi

Ada Fungsi Bluetooth

Ada fungsi GPS

Warna

Anda boleh pilih diantara warna merah dan warna hitam

Secara keseluruhannya aku memang rekomen telefon bimbit ini kepada sesiapa yang sedang mencari telefon bimbit di bawah harga RM1000 tetapi mempunyai fungsi menyeluruh dan kuasa kelajuan yang memuaskan hati.

Sedikit kekurangan seperti ruang simpanan dalaman, kamera yang kurang kualiti gambarnya di bawah cahaya rendah dan kuasa bateri yang agak cepat kering boleh diterima kerana kelebihannya yang lain.

Terima kasih kepada Ninetolgy kerana memilih aku sebagai salah seorang pemenang cabutan bertuah. Telefon bimbit ini menyelesaikan masalah aku mencari telefon bimbit baru.

Show Comments

2 Comments

  1. Faris Izzat Islam April 19, 2016
    • sohoque April 22, 2016

Leave a Reply

%d bloggers like this: