Irama Malaysia amat sinonim dengan penyanyi Noraniza Idris yang mesra dengan panggilan Kak Ani. Siapa yang tidak kenal penyanyi nombor satu Irama Malaysia ni.
Beliau amat beristiqamah dalam memperjuangkan Irama Malaysia di persada dunia hiburan. Kesungguhan dan keikhlasannya dapat dilihat dalam setiap persembahan beliau yang tidak pernah mengecewakan.
Beliau juga kreatif dalam persembahan. Siapa yang tidak ingat akan persembahan beliau di pentas Juara Lagu dengan membawa segerombolan penari bersamanya.
Itulah Noraniza Idris, pejuang Irama Malaysia.
Sidang Media Siri Jelajah Noraniza Idris “Malai Solo Tour” 2019/2020
Sehubungan dengan itu, Persatuan Tatihseni Malaysia dengan kerjasama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd dan Harithmai Production berkolaborasi menganjurkan siri Jelajah Noraniza Idris “Malai Solo 2019/2020”


Satu sedang media telah diadakan di Kompleks Karangkraf Jalan Conlay bebaru ini untuk mewar-warkan lagi perkara ini.
Siri Jelajah ini diadakan untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan ilmu kemahiran bagi menjana pendapatan jangka masa panjang di samping menyemarakkan lagi rasa cinta seni dan budaya di kalangan pelapis.
Ia bermula dengan memperkenalkan program “Malay World Cultural Paradise” di Hari Kraf Kebangsaan 2019 yang sedang berlangsung sekarang Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur.






Siri jelajah ini akan diteruskan ke beberapa lokasi dan aktiviti dalam kalendar siri jelajah seeprti berikut:
1.Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase
Tarikh: 12 April – 14 April 2019
Lokasi: MATIC Kuala Lumpur
2. Fleastar Aidil Fitri
Tarikh: 6 Mei – 4 Jun 2019
Lokasi: Bangi Selangor
3. Fleastar Merdeka
Tarikh: 2 – 4 Ogos 2019
Lokasi: Bulatan 18 Amanjaya & Casuarina Hotel, Ipoh Perak
4. Farquhar dan Kala Jengking
Tarikh: 29, 30 November dan 1 Disember 2019
Nota: Teater Kanak-kanak MWCP oleh pemenang Pertama Sayembara Menulis Teater Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa & Pustaka
5. Iktiraf ~ Noraniza Idris in Concert (Singapura)
Tarikh: 9 November 2019
Lokasi: Singapura
6. Jejak Budaya Noraniza Idris
Tarikh: 21 Jun – 20 Julai 2019
Nota: Travelog 13 episod di 13 negeri seluruh Malaysia
7. Akar Kita Zapin 2019
Tarikh: 12 – 14 Oktober 2019
Lokasi: MATIC Kuala Lumpur
8. Malai Solo ~ Noraniza Idris in Concert
Tarikh: 2 – 4 April 2020
Lokasi: Istana Budaya Kuala Lumpur
“Sawo Matang ~ NoranizaIdris Special Showcase
Showcase ini akan diadakan di MATIC Jalan Ampang Kuala Lumpur. Ia adalah program berbentuk bengkel modal insan dan persembahan pentas sebagai acara kemuncak.

MATIC dipilih kerana ia tumpuan para pelancong yang datang ke Malaysia. Jadi ianya sangat sesuai untuk dipersembahkan kepada golongan sasar iaitu para pelancong. Ia bakal dipromosikan secara meluas menerusi pakej pelancongan dan juga di Media Sosial.
Showcase ini berkonsepkan alam semulajadi di mana pentas akan dihiaskan dengan taman dan pokok-pokok melambangkan “Malaysian Garden”. Ia juga akan diserikan dengan prop yang mempunyai elemen 6 etnik Malaysia.
Showcase ini terbahagi kepada 8 segen, pembukaan dan penutup. Segmen penutup nanti akan menggabungkan 2 vokal tradisional Malaysia dalam acara nyanyian dan persembahan duet Noraniza Idris bersama Azizul Haqiem (Juara Program Realiti 3 Juara TV3). Acara joget akan mengakhiri showcase selama 2 jam ini.
Harga Tiket Sawo Matang ~ Noraniza Idris Special Showcase
Kepada yang berminat untuk menyaksikan showcase ini, korang boleh dapatkan tiket yang berharga RM99, RM119, RM139, RM169, dan RM189 dengan menghubungi Harithmai Production (HMP) di talian:
- 019-3391445
- 018-8714305
Atau Whatsapp:
- 011-37700894
- 0183981810
Malai Solo – Noraniza Idris In Concert
Siri jelajah ini akan diakhiri dengan acara kemuncak iaitu Malai Solo – Noraniza Idris In Concert yang akan berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 April 2020.

Korang patut kosongkan tarikh ni. Sebabnya mengikut Kak Ani, Konsert ini adalah konsert beliau yang terakhir dalam karier seni beliau. Jadi lepas ni korang takkan dapat saksikan Kak Ani in concert dah. So kena rebut peluang ni..!
Dalam konsert ini nanti Kak Ani akan menyanyikan lagu-lagu lama beliau bermula daripada tahun 1996 untuk mengimbau kembali perjalanan seninya sebagai pejuang Irama Malaysia.
Selain daripada itu, artis-artis muda pelapis kepada beliau akan dijemput untuk turut menjayakan konsert beliau. Ini juga sebagai langkah untuk menarik golongan muda-mudi untuk datang ke konsert ini.
Dalam persembahan nanti, selain melibatkan lebih 100 artis budaya dan pemain muzik tradisional, Kak Ani juga akan turut melibatkan orang asli bagi memberikan kelainan dan keaslian dalam persembahan.
Untuk korang yang tertanya-tanya tentang harga tiket dan cara mendapatkan, korang kena tunggu sidang media seterusnya. Untuk sementara ini korang boleh beli tiket untuk Showcase Sawo Matang di MATIC.
Weh… Noraniza Idris sah sorang artis fav saya…
wow anak muda minat kak ani.. ini rare..!!!