Monday, May 22, 2023
HomeMovie ReviewNuffnang Movie Screening: Lockout

Nuffnang Movie Screening: Lockout

Antara event yang aku suka kat Nuffnang ni ialah Movie Screening. Daripada dulu lagi aku suka tengok wayang. Dulu masa belajar kat Universiti, aku biasa tengok wayang “tayangan pembukaan” dua cerita pada satu hari. Satu cerita di sebelah pagi dan satu cerita di sebelah petang.

Sekarang dengan hobi baru iaitu “blogging”, aku mendapat peluang untuk menonton wayang bukannya di tayangan pembukaan, tetapi di movie screening. Movie screening ini ialah event yang dianjurkan oleh Niffnang untuk Nuffnanger yang dah mendapat status “Glitterati”. Biasanya Nuffnangers (blogger yang berdaftar dengan Nuffnang) akan diberi highlight movie yang akan ditayangkan. Nuffnangers kemudiannya diberi assignment yang berkaitan dengan movie yang akan ditayangkan itu nanti. Nuffnangers yang terpilih akan menerima 2 tiket wayang cerita tersebut dan akan menonton cerita tersebut pada event movie screening itu nanti.

Sebelum ni aku dah pergi ke event movie screening untuk cerita “Wrath of the Titans” yang berlangsung di TGV Sunway Pyramid. Klik sini untuk kisah aku ke event tersebut.

Untuk cerita “Lockout”, aku sekali lagi dijemput oleh Nuffnang ke event movie screeningnya. Ia akan diadakan pada 17 April ni pada jam 9.00 malam. Kali ni venuenya adalah TGV, KLCC.

Nuffnang invitation for movie screening
Jemputan Nuffnang untuk event Movie Screening Lockout

Menonton wayang di event Nuffnang movie screening ni lain perasaanya berbanding dengan tengok di hari tayangan biasa. Sebabnya:

  • di event ni aku boleh tengok bersama-sama dengan bloggers yang lain. Manala tau kot-kot boleh share ilmu blogging
  • aku adalah antara oleh pertama yang tengok filem ni. Orang lain akan dapat tengok biasanya seminggu selepas tu. Jadi nanti tak de la aku nak berebut-rebut untuk beli tiket.
  • Yang paling bestnya, aku boleh tengok cerita yang aku nanti-nantikan ni free

Jadi hobi blogging ni sebenarnya bukan sekadar hobi. Ada imbuhan yang blogger akan dapat. Di samping dibayar imbuhan yang berupa duit, blogger juga dapat menyertai event-event sebegini. Alhamdulillah…

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1