Alhamdulillah. Pemenang contest SEO Bedak Asmak yang dianjurkan oleh syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd dah diumumkan.
Assalamualaikum wbt.
maaf mengganggu.Ini adalah broadcast message.Maaf sebab lambat umumkan.Tahniah pada semua pemenang.Dan terima kasih pada semua peserta.Jika alamat masih sama atau berubah sila maklumkan untuk hadiah penyertaan sebagai penghargaan.
Kepada pemenang di bawah kami perlukan alamat dan no acc.
Tahniah 😊👏👏👏
Keputusan pertandingan blog seo siri 2 MHAMSB – Bedak Asmak
Tempat pertama :
http://shiqeensattar.com/cara-merawat-ekzema-dan-psoriasis-penyakit-kulit/
markah 28/30Tempat kedua
http://saidila.com/2017/01/5-cara-merawat-penyakit-kulit-ekzema-dan-psoriasis-pada-bayi.html/
markah 20/30tempat ketiga
http://www.elihjapahar.com/2017/02/cara-merawat-penyakit-kulit-ekzema-dan.html?m=1
markah 19/30saguhati 1
http://mamakembartiga.com/2017/02/cara-rawat-penyakit-kulit-ekzema-si-fahmi.html/
saguhati 2
http://sohoque.com/cara-aku-merawat-ekzema-pada-ifza/
saguhati 3
http://ninamirza.com/2017/01/24/cara-merawat-penyakit-kulit-ekzema-dan-psoriasis-pada-bayi/
saguhati 4
http://umminani.com/2017/01/bedak-asmak-merawat-penyakit-kulit-ekzema
saguhati 5
http://teacherbasariah.blogspot.my/2017/01/penawar-ruam-ekzema-dan-psoriasis.html
Ada jugak nama aku tersenarai. Hahaha… Ok la result tu. Bersesuaian dengan usaha yang aku buat. Allah maha adil. Orang berusaha dan berdoa lebih, lebih layak menjadi pemenang utama.

Aku pada mulanya tak nak join contest ni. Rasa macam tak best pulak bersaing dengan student sendiri. Tapi hari-hari akhir sebelum contest melabuhkan tirai, aku dapat ilham lain.
Masa tu terdetik dalam hati apa salahnya aku buat entri dan sertai contest ni. Sekurang-kurangnya aku dapat tolong promosikan produk orang melayu kita.
Lagipun produk yang sedang dipromosikan ni memang berkualiti. Bedak Asmak ni memang bagus. Aku dah repeat order dah sebelum ni untuk kegunaan anak bongsu aku Ifza yang mengidap ekzema. Kiranya review aku untuk contest tu adalah hasil daripada pengalaman sendiri yang guna produk ni.
So 3 hari sebelum contest tutup aku tulis entri tu. Kebetulan pulak masa tu aku dah beberapa hari dah tak update blog aku dek kerana kesibukan kerja aku sebagai UTC.
Aku suka contest SEO yang dianjurkan oleh MHAM ni sebab ianya lain sikit daripada yang lain. Biasanya contest SEO tumpukan pada 1 keyword jer untuk dinaikkan. Tapi contest ini 3 keywords diwajibkan untuk dioptimasikan sebagai syarat menang contest. Haaa mencabar sikit kan tu.
Alhamdulillah walaupun masuk last minit keyword “cara merawat ekzema dan psoriasis” berjaya menduduki ranking pertama pada hari penutup dan penilaian pemenang.
Namun 2 keywords lagi iaitu “penyakit kulit ekzema” dan “ekzema pada bayi” tak sempat pecut untuk bersaing di mukasurat pertama enjin carian google.
Aku yakin kalau ada masa lagi keyword tu akan muncul di mukasurat pertama dengan “baja dan siraman yang mencukupi”. Takper lah. Dah objektif aku bukannya nak menang sangat so dapat la apa yang aku nak. Kaaaan…
Tapi yang lebih buat aku gembira dan bangga adalah apabila 6 daripada 8 pemenang yang diumumkan itu adalah student MYSC, company aku dan Hafiz Rahim. Dan kamilah tenaga pengajar mereka.
Ok. Mereka dah boleh jalan sendiri. Walaupun banyak lagi yang mereka perlu belajar sekurang-kurangnya dengan keputusan ni aku tau yang diorang dah paham apa yang diorang pelajari.
Kalau diorang sudi, boleh la aku serap diorang ke dalam projek khas lepas ni…
Aku harap mereka teruskan sikap humble mereka lepas ni…
Tahniah korang… Aku bangga…!
terharu ….sedih dan gembira sebab ai berjaya membanggakan cikgu walaupun ai seorang murid yang serba kekurangan….
tq wak hoq dan tq apih sebab sentiasa sabar mendidik ai …
allah sahaja yang mampu membayar segalanya
saidila@kaklong recently posted..Sapa Nak Menang iPhone 7 ? Cepat Sertai Contest Kenapa Aku Pilih TYZARA
you membuktikan kepada orang lain benda blh dipelajari…
Terima kasih cikgu bam hoq & hafiz! Tapi aii tetap nak jalan ngan cikgu. Jalan ngan cikgu lagi best hehe
Mama Kembar 3 recently posted..Mama Takut Lemas!
Tapi u pi korea.. caner nak jln ngan kitorg.. kitorg level domestik jer
Syukur Alhamdulillah…
Terharu sangat part “Aku bangga”
Huhuu
Terima kasih banyak Cikgu BamHoq & Cikgu Hafiz yang Jambu.
Tapi… masih nak jalan ngan Cikgu. Masih byk kena perbaiki pelajari lagi. Jangan tinggal daku…
Nina Mirza recently posted..Akhirnya … Cuba resepi baru | Sotong Masak Orinteal.
xpe kita seiring dan sejalan lebih afdal. Terima kasih cikgu.
tahniah… Sifu SEO yang hebat.. Anak-anak murid juga hebat..
Mana kuahnya tumpah kalau tak ke nasi..
Anuar recently posted..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
melangit pujian drp sifu anuar. takut rasa baca. sebenarnya sy hanya insan marhaen sahaja sifu..
tahniah beb.
dah ada student sendiri tuh.
hoho..
guliroket recently posted..Malaysia menang lawan Korea Selatan – Piala Sudirman 2015
Orang nak blaja, gua ajar jer. Hahaha. Gua pun bukan terer sangat pun. Entri ni poyo saja. Hahaha
Huh, patutlah hebat..ada sifooo rupanya haha..
Seakan-akan nombor 3 tu mcm spoil je dalam list ko kan kikiki..
Elih Japahar recently posted..Menang Contest SEO Tempat Kelima – Contest iLancee
Ok la tu. Contest ni untuk semua.. bukan untuk golongan tertentu sahaja
[…] Cikgu Sohoque ada kata yang aku dah boleh jalan sendiri , aku tetap akan stay ngan cikgu selagi cikgu tak buang aku . Cikgu masih layak untuk dipergurukan […]