Ni First time aku sampai sini. Lokasinya betul-betul di belakang hospital Az-Zahrah Bandar Baru Bangi.
Aku ke sini sebab dah set appoinment dengan client aku untuk bagi report pelaburan unit trustnya. Tapi tiba je aku di sini, tup-tup dapat mesej dalam Whatsapp bahawa dia tak jadi datang kerana terpaksa balik ke kampung isteri dia. Nenek isteri dia sakit. Hahahaha.. Apa nak dikata. So aku minum jer la sorang-sorang kat sini.
Best jugak kopitiam ni. Sesuai dengan nama Oldtimer Kopitiam, menu-menu dia jugak Oldtimer. Lagu-lagu yang diputarkan pun oldtimer. Aku order Honey Lemon Tea dengan Roti Bun Butter n Butter jer sementara aku arrange appoinment lain menggantikan yang dah di cancel ini.
Lagi yang aku suka ialah lagu/muziknya diputarkan sesedap halwa telinga mendengar, tidak terlalu kuat. So, kalau nak bincang apa-apa kat sini kira ok la. Tak mengganggu.


Lain kali kalau nak buat appoinment boleh la datang sini lagi.
[…] aku sampai sejurus selepas aku menarik handbrake keretaku di tempat yang telah dijanjikan iaitu di Oldtimer Kopitiam Bandar Baru […]