Oooo Baru Aku Paham Sebab Apa Aku Ada Batu Karang…

2
1791
makanan penyebab utama uric acid dalam badan

Medical Check Up.. Buatlah secara regular

Alkisahnya, aku pergi buat Medical Check Up. Yang pertengahan punya.. Bukan yang betul-betul siap CT Scan tu. Since company wife aku cover Medical Check Up ni, aku pergi jer la buat.

2 hari lepas tu aku terus dapat result. Cuma aku terlupa nak pergi klinik untuk ambik result tu. Setelah hampir 2 bulan kot baru aku pergi ambik result dan dapatkan nasihat doktor.

Masa aku pergi dapatkan rawatan akibat Batu Karang bebaru ni aku tak ambik terus report tu. Sebab masa tu sakit. Tak der masa aku nak dengar nasihat doktor. Hehehe.

So bila dah dapat result, dapatlah aku tau keadaan kesihatan semasa. Result check up yang terbaru ni, ada pertambahan benda/risiko kesihatan yang baru. Kalau dulu hanya Kolestrol jer yang tinggi, kali ni Uric Acid pun tinggi daripada paras yang sepatutnya.

Walaubagaimanapun paras Kolestrol aku turun sedikit, walaupun tidak turun ke tahap yang aku mahukan. Ini aku rasa sebab aku banyak minum air beralkali.

Air beralkali bagus untuk kawal asid dalam badan kita

Kat rumah aku ada mesin penapis air Kangen. Mesin Kangen aku ni boleh keluarkan air PH sehingga 9.5. Air alkali. Bagus untuk neutralkan asid dalam badan.

mesin air kangen aku model ni…

So aku amalkan minum air PH 9.5 tu setiap hari. Siap bawak bekal lagi. Alaa macam amalan orang yang meminum air campuran hirisan lemon tu. Tu air alkali la tu. Cuma aku tak perlulah letakkan hirisan lemon. Sebab mesin Kangen aku dah boleh keluarkan air beralkali yang lebih baik daripada itu.

Cuma mungkin aku minum belum sampai ke tahap yang disyorkan iaitu 1 liter air untuk setiap berat badan 25 KG. So kadar Kolestrol aku menurun tak seperti yang diharapkan.

InsyaAllah lepas ni aku akan tambahkan pengambilan air untuk kesihatan badan aku.

Urid Acid.. Kaitannya dengan Gout dan Batu Karang

Oh ya.. Tadi aku ada sebut pasal Uric Acid. Korang tau kan pasal Uric Acid ni. Aku biasa dengar tapi banyak tak ambil tahu. Hehehe

Selama ni aku tau yang Uric Acid ni berkait rapat dengan penyakit Gout. Tu pun sebab selalu dengar member-member aku berborak. Sebab diorang ramai yang dah terkena gout.

Tapi tak tau pulak aku yang Uric Acid ni juga boleh menyebabkan Batu Karang. Demmm.. Patut la aku dah ada Batu Karang. paras Uric Acid dalam badan aku tinggi rupanya.

Cuma aku masih bernasib baik ia tak jadi Gout lagi setakat ni. Cuma tanda-tanda Gout sikit-sikit tu aku macam dah ada rasa. Sengal-sengal sendi yang selalu jadi akhir-akhir ni mungkin tanda-tandanya.

Cara penjagaan makanan untuk yang mempunyai paras Uric Acid yang tinggi

So untuk Uric Acid ni jugak, doktor nasihatkan aku supaya menjaga pemakanan. Kena minum banyak air.

Antara makanan yang boleh menyebabkan Uric Acid bertambah ialah makanan laut seperti udang, lobster, kerang ketam dan sejenis dengannya. Hurmmm faveret aku semua ni..

makanan penyebab utama uric acid dalam badan

Nanti nak pergi Sabah. Sabah terkenal dengan makanan laut yang murah-murah. Hurmmm terpaksalah aku ‘cheat’ selama duduk kat Sabah nanti.

Selain daripada tu ada banyak lagi makanan yang tak boleh diambil untuk orang yang ada Uric Acid yang tinggi dalam badan dia. Aku ada dapat senarai makan yang patut dijauhi. Nanti aku bagitau apa yang ada dalam senarai tu.

So, untuk aku menjaga pemakanan bagi merendahkan kadar Kolestrol dan Uric Acid dalam badan aku, klinik akan jemput aku untuk berjumpa dengan Dietician khas untuk memberi tunjuk ajar dan segala info tentang pemakanan yang bersesuaian untuk menjayakan objektif aku menurunkan paras Kolestrol dan Uric Acid dalam badan.

So sekarang aku masih lagi menunggu appointment dengan Dietician tu. Mengikut schedule yang telah ditetapkan, aku akan berjumpa dengan Dietician selama 3 kali. Sekali seminggu selama 3 minggu.

Kemudian kena cek semula paras Kolestrol dan Uric Acid. Jika gagal diturunkan, doktor akan cadangkan aku makan ubat khas untuk rendahkan Kolestrol.

Harap aku berjaya rendahkan bacaan Kolestrol dan Uric Acid aku nanti. Tak mau la aku bergantung dengan ubat.

Untuk itu aku akan giatkan lagi meminum air PH9.5 aku mengikut sukatan yang sepatutnya untuk berat badan seperti aku. Kalau ikutkan 3 liter lebih jugak air yang aku kena minum dalam sehari. Hahaha…

Kita tengok macamana nanti.. Oh ya kalau korang nak tau apa-apa pasal Kangen Water ni, boleh tanya aku tau. Dah hampir 2 tahun aku pakai mesin Kangen ni. Best sangat..! Banyak kegunaannya..

Loading

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge