Orang Lain Semai, Kita Yang Tuai.. Alhamdulillah Rezeki..!

0
209

Indah dan molek sungguh perancangan Allah. Kadang-kadang mulut kita tuturkan kata-kata ni, tapi hati tak sampai kepada hakikatnya. Sehinggalah sesuatu perkara yang terjadi yang Allah memang nak tunjuk. Maka berbahagialah sesiapa yang dapat berfikir akan ibrah yang ditunjukkan.

Awal-awal menceburi bidang Unit Trust dulu, Abam Hoq gigih juga mencari prospek untuk berkongsi kebaikan melabur dengan UT ni. Antara strategi yang Abam pernah buat ialah membuka booth jualan di syarikat-syarikat besar seperti syarikat oil n gas dan sebagainya.

Orang kerja kat syarikat minyak ni gajinya lebih besar. Dan KW5Pnya juga banyak. Jadi prospek di sini banyak yang berkualiti.

Apa yang Abam perhatikan dulu, kadang-kadang penat kita duduk kat booth, bagi brosur, buat perkongsian dan sebagainya. Tapi dari pagi sampai petang, 2-3 orang jer yang sudi tandatangan dan melabur dengan kita.

Kadang-kadang pula, kita duduk sekejap jer, ramai yang datang ‘serah diri’ kat booth jualan kita. Abam terang pasal UT pun ringkas jer. Banyak yang dia orang dah tahu. Bila ditanya mana dia orang tahu, dia orang jawab sebelum dah ada konsultan UT yang datang dan terangkan kat dia.

Kawan-kawan,

Nampak tak pengajarannya..?

Abam sebagai UT Consultant ni buat jer kerja Abam, sampaikan ilmu perancangan kewangan Islam. Abam sebenarnya tak perlu pun risau atau terlalu nak suruh prospek melabur dengan Abam. Allah dah tulis rezeki kita. Cuma kita nak kena pergi kutip jer.

Ibarat burung yang keluar pagi balik petang. Dah ada rezeki untuk dia. Tinggal lagi dia jer yang nak kena keluar dan mencari.

Situasi pertama

Ada kalanya Abam terangkan pasal UT kepada prospek tapi tak closed sales. Tak apa, terangkan jer. Kan itu perkongsian ilmu. Ilmu yang bermanfaat ini pahalanya mengalir hingga kita di alam barzakh.. Jadi rileks jer. Ikhlaskan diri. Lagi pun memang inilah kerja Abam.

Prospek ni perlukan masa untuk berfikir dan faham ilmu yang mungkin baru bagi mereka. Nanti bila mereka dah faham dan buat keputusan, kalau ada rezeki dia akan hubungi kita. Kalau tidak pun dia akan jumpa memana UT Consultant yang lain dan melabur dengan mereka.

Inilah yang Abam panggil ‘kita semai, orang lain tuai..’

Situasi yang kedua,

Abam terangkan sikit jer. Mereka dah paham. Rupanya mereka dah dengar daripada UT Consultant lain sebelum ni. Lantas mereka tandatangan dengan kita. Rezki kita.

Ini yang Abam maksudkan dengan ‘orang lain semai, kita pulak yang tuai dan kaut hasilnya’.

Tengoklah betapa indahnnya percaturan Allah. Jadi tak perlu keluh kesah. Buat jer kerja. Nescaya ada rezeki yang ditulis untuk kita. Buat amalan-amalan yang Allah suka. Ini akan memudahkan rezeki dekat dengan kita.

Begitulah kesahnya..

Info lanjut tentang UT? Klik:

http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here