More

    Pameran Kejayaan Universiti Penyelidikan

    university penyelidikan
    Universiti yang mendapat status University Penyelidikan di Malaysia

    Sudah lama aku tidak mengikuti perkembangan pusat pengajian tinggi. Sejak meninggalkan bangku universiti 15 tahun yang lalu, aku hanya memerhatikan dari jauh sahaja perkembangan universiti tempatan ini. Mungkin kerana bidang kerja aku tiada penglibatan di dalam industri pendidikan negara, perkembangan di bidang ini aku rasakan kurang menarik perhatian aku.

    Sehinggalah aku mendapat jemputan untuk ke Pameran Kejayaan Universiti – Universiti Penyelidikan Malaysia ataupun juga dikenali sebagai Research Universities (RU) yang berlangsung pada 24 Februari 2014 baru-baru ini.

    Pameran bersiri ini diadakan secara bergilir-gilir diantara RU dengan penekanan yang berbeza untuk setiap siri. Pameran ini adalah siri yang pertama dan Universiti Malaya telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah. Pameran ini telah diadakan di Kompleks Pengurusan dan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Malaya.
    logo universiti malaya
    Universiti Malaya menjadi tuan rumah Pameran Kejayaan Universiti – Universiti Penyelidikan Malaysia siri pertama

    Penekanan untuk pameran siri yang pertama ini ialah pencapaian dari segi penerbitan buku ilmiah dan kertas ilmiah serta jurnal berindeks.

    Penerbitan buku ilmiah dan jurnal berindeks merupakan satu-satunya kaedah yang diterima oleh komuniti penyelidik dunia untuk melaporkn hasil kajian. Ini adalah kerana ia memastikan manuskrip disemak secara kritis oleh pakar-pakar yang menekankan kesahihan dan integriti kajian, untuk mengesahkan penemuan yang dilaporkan itu. Penerbitan ilmiah juga adalah kriteria utama dalam penentuan ranking universiti dan pencalonan hadiah nobel.

    Pameran ini diadakan bagi menunjukkan pencapaian dan kejayaan yang telah diraih oleh 5 universiti yang telah mendapat status RU di Malaysia. Universiti – universiti yang dimaksudkan tersebut adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

    Misi RU adalah untuk menjadi enjin pertumbuhan bagi negara. Ia akan membuka peluang kepada pelajar dan para sarjana bertukar idea dan fikiran sesama mereka. Mereka juga boleh melakukan penyelidikan dalam suasana yang kondusif yang akan menambahkan kreativiti untuk meneroka ilmu dan menjana kekayaan seterusnya meingkatkan kualiti hidup.

    Status RU mula diberi pada tahun 2006. Sejak itu aktiviti dan output penyelidikan di negara ini telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa universiti tempatan pun boleh bersaing setanding dengan universiti luar negara. Memang itulah harapan kerajaan dengan penganugerahan status RU tersebut iaitu bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi IPTA tempatan di mata dunia.

    Pameran yang diadakan ini mengetengahkan hasil ciptaan dan inovasi daripada setiap RU, yang berkait secara langsung dengan kerja-kerja penyelidikan yang telah ditaja di bawah Dana Universiti Penyelidikan.

    Penerbitan ilmiah menjadi tempat termaktubnya ilmu yang telah ditemui. Ia akan dirujuk oleh generasi akan datang dan berpotensi menjadi asas sesuatu rekaan atau inovasi di masa hadapan. Penerbitan sebegini merupakan sukatan tahap pencapaian serta ketokohan seseorang ahli akademik. Pertambahan dalam bilangan penerbitan jurnal berilmiah di Malaysia sejak tertubuhnya RU ini membuktikan bahawa para penyelidik di negara kita mampu mencapai tahap dunia dan diiktiraf di kalangan ilmuan antarabangsa. Ini akan menaikkan nama Malaysia dari sudut penyelidikan dan pendidikan tinggi dan sekaligus memancing minat pelabur asing dari serata dunia.

    Kehadiran aku ke sini memang telah membuka mata aku akan kehebatan universiti di negara sendiri. Jika sebelum ini aku hanya nampak kehebatan universiti-universiti luar negara yang telah gah namanya seperti Universiti Oxford, Universiti Cambridge dan beberapa universiti negara luar yang lain, kali ini barulah aku tahu dan sedar bahawa negara kita pun ada universiti-universiti yang setanding universiti tadi. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang memperuntukkan berjuta-juta ringgit dalam membangunkan RU ini.

    Pameran ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Ke 2 iaitu Dato Seri Idris Bin Jusoh. Beliau yang tiba sekitar jam 11.30 pagi telah dibawa melawat dewan pameran yang dijayakan oleh universiti-universiti yang terlibat. Banyak hasil kajian yang dipamerkan di situ yang dapat ditunjukkan kepada Dato Seri dan pengunjung yang lain.

    gambar menteri pendidikan 2
    Dato’ Seri Idris Jusoh merasmikan pameran
    menteri melawat tapak pameran
    Dato’ Seri Idris Jusoh melawat tapak pameran

    Menteri Pendidikan II ini kemudiannya telah meluangkan masa bersama pihak media dan profesor-profesor hebat daripada universiti-universiti yang mengambil bahagian, di dalam sesi sidang media dan penerangan kejayaan RU.

    menteri dan media
    Dato’ Seri Idris Jusoh sedang menjawab soalan dari pihak media

    Di dalam majlis inilah timbul perasaan kagum dan bangga aku atas kejayaan profesor-profesor tempatan dalam menghasilkan kajian-kajian seterusnya menerbitkannya di dalam bentuk jurnal berilmiah dan penulisan yang lain. Ciptaan mereka memang terbaik dan berjaya membuka mata dunia. Mereka telah membuktikan bahawa profesor-profesor daripada universiti-universiti Malaysia ini mampu bersaing dengan universiti-universiti luar. Malah ada antara mereka mendapat pengiktirafan yang lebih baik daripada universiti luar negara.

    Antara profesor-profesor telah membentangkan hasil kajian dan kejayaan mereka di arena antarabangsa ialah:

    1. Profesor Dr. Adeeba Kamarulzaman daripada UM – kajian bekenaan AIDS di malaysia
    2. Profesor Dr. Harith Ahmad daripada UMkajian berkenaan Laser dan Fiber Optik
    3. Profesor Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff daripada UPM – kajian tentang microbiology
    4. Profesor Datin Paduka Dr. Fatimah Mohamed Arshad daripada UPM – kajian tentang dasar pertanian dan makanan
    5. Profesor Dato’ Dr. Kamaruzzaman Sopian daripada UKM – kajian tentang pembaharuan teknologi kuasa
    6. Profesor Dato’ Dr. Mushrifah Idris daripada UKM
    7. Profesor Dr. Hanafi Ismail daripada UKM – kajian tentang bahan dan sumber mineral
    8. Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed daripada USM – kajian tentang Material Nano dan Teknologi Nano
    9. Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail daripada UTM – kajian tentnag teknologi membrane

    Profesor – profesor yang tersenarai di atas adalah pakar dalam bidang masing-masing. Mereka ini bukan sahaja diiktiraf di dalam negara kita bahkan nama mereka harum di luar negara. Ada di antara mereka yang mempunyai kedudukan pertama di dalam kelas kajian mereka. Mereka ini telah menghasilkan beratus-ratus jurnal dan penulisan lain di dalam bidang masing-masing. Penulisan mereka ini menjadi rujukan kepada seluruh dunia. Hebat bukan orang Malaysia kita? Aku memang cukup bangga dengan pencapaian mereka ini.

    Latest articles

    Related articles

    12 Comments

    1. Salam… Universiti adalah tempat anak muda menimbal ilmu. Sudah pasti ia tempat rujukan bahagian penyelidikan dan sumber ilmu. Di sinilah semua graduan akan mencari dan menimba ilmu sebaik mungkin unutk kehidupan mereka di masa hadapan.

      Tahniah untuk semua universiti di Malaysia. Memang patut diberi pengiktirafkan. Kehadian bro kena masa dan tempatnya.
      Kamil Salleh recently posted..Jenis Top 10 Perlu Anda DiketahuiMy Profile

      • serius.. aku kagum sampai skrg.. prof kita ni hebat.. ada yg berada di ranking pertama dalam penerbitan jurnal bidang kajian masing2.. maknanya dlm sesetangah bidang kita lebih baik drp university of oxford dan universiti harvard

    2. ASM,
      Sdra ishak
      Terima kasih atas segala usaha murni memperkenalkan kejayaan RU. Bagi pihak UKM saya ingin merakamkan penghargaan yang tinggi. Cuma saya agak kecewa kerana media perdana yang hadir pada hari tersebut tidak melaporkan kejayaan RU tetapi melaporkan penanggguhan PBS.

      Appreciate it very much.
      Prof Kamaruzzaman Sopian UKM

      • terima kasih prof kerana sudi singgah di blog saya. Saya tulis artikel tu dengan penuh kekaguman di hati kepada RU negara kita. sesungguhnya sy sungguh tidak sedar bahawa saintis kita memnag hebat.. tahniah prof dan rakan seangkatan..

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge