140

Pejabat Zakat Selangor Makan Gaji Buta…!! Ini Kisahnya…

Tak habis-habis cerita pasal Lembaga Zakat Selangor (LZS) ni… Ada jer cerita macam ni. Senyap kejap timbul balik… Senyap kejap timbul balik…!

Asal ada jer kes viral asnaf tak cukup makan, rumah beralas tanah, dan lain-lain kes yang menyedihkan, akan timbullah soalan-soalan dan kenyataan-kenyataan pedih macam ni:

– Orang zakat ni makan gaji buta je
– Pejabat zakat memang tak reti buat kerja
– Zakat kami bayar tu, pejabat zakat telan ke duitnya? Kenapa tak agihkan?
– Mohon pencerahan pihak zakat betul ke kau orang tak duduk goyang kaki dalam pejabat?

Sudahnya LZS jugak yang terima kecaman bertau-talu…

antara kecaman oleh netizen

Betul Ke Pejabat Zakat Selangor Makan Gaji Buta macam sesetengah pihak tu war-warkan?

Isu kat sini adalah kenapa Lembaga Zakat Selangor (LZS) tak cari asnaf-asnaf tadi hinggakan korang yang jumpa asnaf-asnaf ni dahulu sedangkan itu kerja LZS. Tu yang sampai dituduh makan gaji buta tu.

Hahaha.. Korang ni pun… Memang la korang jumpa dulu sebab asnaf tu duduk sekampung dengan korang. Selangor ni luas kot untuk LZS jumpa diorang tu sepantas korang. Mesti akan ambik masa sikit untuk Zakat Selangor jumpa. Tapi itu bukan tiket untuk korang cakap Pejabat Zakat Selangor makan gaji buta. Sebabnya LZS ni ada strategi yang diorang laksanakan.

Strategi LZS untuk jejaki asnaf dan proses untuk santuni mereka

1. LZS ada jalinkan kerjasama dengan AJK masjid, pemimpin setempat, dan komunit-komuniti tertentu untuk dapatkan maklumat golongan asnaf. PZS akan bertindak segera bila mendapat laporan daripada diorang ni.

2. LZS juga ada tubuhkan Skuad Umar Abdul Aziz, dimana skuad ni KHAS untuk siasat isu isu yang kritikal. Bila PZS dah terima maklumat mereka perlu sisasat dahulu. Sebabnya zakat ini adalah satu amanah yang amat besar yang LZS pikul. So tak boleh sambilewa terima aduan tanpa siasat. Duit zakat perlu dijaga dan diagihkan dengan sebaiknya.

3. Selepas disiasat LZS akan sekali lagi berkerjasama dengan masjid-masjid kariah ataupun NGO kawasan di mana asnaf tersebut tinggal untuk menjejaki golongan mereka ni.

4. Biasanya LZS akan bersama penolong amil kariah Zakat Selangor turun padang menziarahi asnaf di rumah mereka. Aktiviti ini adalah kerja rutin LZS untuk menyantuni asnaf. Aku sendiri pernah mengikuti LZS menyantuni asnaf pada dalam programnya, Zikra 2015 3 tahun lalu. Memang kami terjah ke ceruk kampung untuk berjumpa asnaf ni.

program santuni asnaf 2015, melawat rumah orang tua Bait Al Mawaddah. Aku yang ensem berbaju petak kat tengah tu (foto: saidila.com)

 

asnaf disantuni

Sebelum ni aku ada jugak bersikap prejudis dengan LZS ni. Ya la.. Duk baca media sosial jer dengan berita-berita viral asnaf tidak diendah, lama-lama termakan jugak dengan tohmahan melulu netizen tu. Tapi setelah mengikuti sendiri program diorang dan tahu selok belok diorang berkerja untuk santuni asnaf ni, aku memang insaf. Rasanya kalau bagi kat aku tanggungjawab tu, tak tau lah aku mampu pikul ke tidak…

Jom bersama LZS membantu asnaf

jom bersama LZS membantu asnaf

Besar pahalanya kita tolong orang susah ni. Kita nak bagi duit kita memang susah. Sebab bukan semua daripada kita yang banyak duit. Jadi kita bantu asnaf dengan permudahkan urusan mereka dengan melaporkan kepada pihak LZS.

Hentikanlah viral-viral tanpa tahu punca sebenar ni. Kalau jumpa golongan asnaf janganlah ambil kamera dan viralkan dulu. Lapor dulu kepada pihak LZS. Biar LZS ambil buat kerja mereka. Kesian LZS asyik kena kecam jer. Kadang-kadang berita viral yang disebarkan tu bukannya betul pun. Jadi fitnah pula. Percuma jer kita dapat dosa…

So lepas ni, kalau korang jumpa golongan asnaf yang perlu dibantu, korang bertindaklah dengan bijak. Salurkan terus maklumat tentang asnaf tersebut kepada pusat zakat. Gunakan link ni:

http://www.zakatselangor.com.my/hubungi-kami/

Ataupun cadangkan kepada asnaf tersebut supaya terus hubungi penolong amil kariah Zakat Selangor di kariah masing-masing. Moga dengan secebis pertolongan korang dipandang besar oleh Allah dan boleh menjadi penyebab korang ke Syurga. Ameen Ya Rabbal ‘Alameen.

Lepas ni tak perlu dah kita main viral-viral ni. Apa yang perlu dibuat dan saluran yang betul telah kita tau. Jom bersama LZS membantu asnaf.

Show Comments

2 Comments

  1. mrhanafi July 12, 2018
    • sohoque July 12, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge