90

Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun Hadapan

Pagi tadi dalam perjalanan keluar untuk mencari sesuap nasi aku mendengar radio HotFM. Segmen AMCrew membawakan perbincangan tentang kebenaran pelajar sekolah membawa telefon bimbit ke sekolah. Lantas aku cari berita ni kat suratkhabar online. Lalu terjumpa kat suratkhabar The Star.

Menurut berita tu, pelajar-pelajar sekolah dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet ke sekolah bermula tahun hadapan.

Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, keputusan tersebut diambil sejajar dengan pelaksaan program pengajaran dan pembelajaran secara virtual yang dikenali sebagai “1Bestari” yang turut menawarkan WiFi percuma.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dan bermula tahun hadapan pelajar-pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan gadjet lain ke sekolah.

Dibawah peraturan sekarang pelajar memang tidak dibenarkan langsung membawa telefon bimbit ke sekolah. Ramai ibubapa yang tidak setuju dengan peraturan ini kerana menurut mereka membawa telefon bimbit ke sekolah akan memudahkan mereka menghubungi anak-anak selepas waktu persekolahan. Anak-anak juga senang untuk menghubungi ibu bapa jika berlaku kecemasan dan sebagainya. Ini boeh mencegah jenayah ke atas pelajar sekolah seperti rogol, culik dan sebagainya.

Namun pihak sekolah memandang perkara ini akan lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Dengan telefon bimbit banyak perkara buruk yang boleh dilakukan oleh pelajar seperti memuat turun video dan gambar porno, asyik bermain sms dan sebagainya.

Ada juga di kalangan guru-guru meminta pihak kerajaan mengkaji semula perkara ini kerana bagi mereka ia akan menimbulkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Namun, pagi tadi, semasa segmen AmCrew di HotFm tu aku tersentuh dengan sms seorang pendengar. Antaranya berbunyi (lebih kurang):

“Jika pelajar dibenar membawa telefon bimbit, kesian la kepada pelajar yang tak mampu memiliki telefon bimbit. Mesti mereka merasa tersisih dan rendah diri. Sebab bukan semua ibubapa pelajar kaya dan mempunyai telefon bimbit. Ibubapa pula mesti diminta untuk anak-anak mereka untuk dibelikan telefon bimbit. Kesian kat ibubapa pelajar tersebut”

Jika ini terlaksana, maka akan bergayalah pelajar-pelajar dengan telefon bimbit atau smartphone mereka yang canggih-canggih. Ditambah lagi dengan ipadnya, galaxy tabnya dan bermacam-macam lagi.

Pada pandangan aku, mengikut aliran teknologi tidak salah Kerana teknologi adalah untuk kemudahan kita. Cuma macamana nak kawal supaya pelajar tidak menyalahgunakan teknologi itu yang paling penting. Seperti internet contohnya. Internet itu amat penting kerana di dalamnya terkandung pelbagai ilmu baik dan buruk. Cuma ilmu yang macamana pelayar internet ambil, itu yang menjadi persoalan. Jadi kerajaan kena fikirkan tentang ini juga.

Apa kata anda? Setuju atau tidak dengan langkah terbaru Kementerian Pelajaran ini?

Show Comments

4 Comments

  1. aswadz July 17, 2012
  2. daddydee July 19, 2012

Leave a Reply

%d bloggers like this: