Ini adalah entri yang tertangguh.. hehehe.. Kena la buat entri juga sebab dah hadir event dia. Lagipun keterlewatan ini bukannya apa. Ia disebabkan blog aku yang pada masa itu masih belum pulih daripada serangan malware.
Keluarga aku adalah pegguna susu jenama Dumex ini sejak lama dahulu. Anak aku sendiri daripada anak pertama sehingga anak ke 3 menggunakan susu formula Dugro.
Yang bagusnya Danone Dumex ini sering melakukan research untuk menambah nilai produknya dari masa ke semasa. Lihat sahaja Dugro. Daripada dulu sampai sekarang ada sahaja perubahan packaging dan nutrisi yang ditambah.
Baru-baru ini di AEON Big Mid Valley, satu majlis pelancaran Dumex Dugro 5 Power Nutri (versi terbaru) telah diadakan. Ramai wakil dari pihak media dan bloggers dijemput hadir.
Dumex Dugro 5 Power Nutri ialah satu formula susu yang menyokong perkembangan tumbesaran menyeluruh untuk kanak-kanak membesar. Tumbesaran menyeluruh termasuklah perkembangan minda, tulang, penghadaman, imuniti dan kecergasan.
Menurut Cik Brendish, Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Dumex Dugro 5 Power Nutri adalah satu-satunya jenama susu untuk kanak-kanak membesar yang menumpukan kepada kesemua lima dimensi tumbesaran .
“kami mempertingkatkan rangkaian susu kami yang sedia ada dengan menghasilkan pilihan varian berasaskan fungsi, dan bukan sekadar menambah perisa, bagi menambahkan khasiat kebaikan produk ini. Varian Asli kini diperkaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi daripada makanan, manakala varian Madu Kurma mengandungi ekstrak kurma sebenar dan kaya dengan Vitamin B kompleks. Varian Coklat Strawberi telah dipertingkatkan dengan ekstrak strawberi sebenar dan kaya dengan Vitamin A, C dan E.” Ujar Cik Brendish.
Bagi aku yang dah memang pengguna Dumex Dugro ni tumpang gembira lah dengan penambah baik produk ini terutama dari segi nutrisi yang dibekalkan untuk tumbesaran kanak-kanak.
waaaahhh… dumex dugro ni tampil dengan perisa yang baru..
brp bungkus hang borong itu hari? hehehe
takde siapa lat m’sia yang tak kenal dumex rasanya. tahniah bro dapat jemputan pelancarannya.
tq tuan. hehehe
perisa coklat strawberry tu sedappp
gua tak minum dugro..hoho
tak per.. lps ni gua suh dumex buat dugro berperisa cendol. mesti lu minum.. hahahah
hm…dugro memang bagus…
[…] selepas event Dumex Dugro 5 Power Nutri, ada satu lagi event. Kali event yang tak best. Ifza dimasukkan ke hospital akibat demam panas. […]
[…] ← Previous Next → […]