Hari Tanpa Rokok Sedunia
Ini adalah usaha berterusan yang dianjurka oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bertujuan untuk memberi pendidikan kepada orang ramai tentang risiko-risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau. Hari yang disambut pada 31 Mei pada setiap tahun ini juga bertujuaan untuk menggalakkan polisi-polisi yang efektif untuk mengurangkan pengambilan tembakau.
Mengenal pasti perdagangan tembakau haram sebagai ancaman yang berpotensi untuk mengurangkan insiden merokok, WHO mendedikasikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini untuk meningkatkan kesedaran dan memerangi masalah yang semakin berleluasa ini.

Kempen #TakNakSeludup Media Prima
Sehubungan dengan itu, Media Prima telah melancarkan Kempen #TakNakSeludup bersempena hari tanpa Tembakau Sedunia yang bakal disambut beberapa hari saja lagi. Tema yang dipilih pada tahun ini membawa mesej yang kuat dan seruan kepada negara-negara di seluruh dunia untuk berkerjasama dalam menghentikan perdagangan produk-produk tembakau haram, terutama rokok.

Media Prima Berhad sempena hari tanpa tembakau sedunia”Kempen ini menggalakkan pengguna berikrar untuk menentang perdagangan tembakau haram, seterusnya menggalakkan rakyat Malaysiamengamalkan gaya hidup yang sihat. Deangan bergerak secara aktif menghapuskan rokok haram yang jauh lebih murah, kempen ini berharap untuk mengurangkan akses kepada produk tembakau bagi golongan perokok bawah umur.
Antara peranan yang boleh diambil oleh orang ramai untuk mnyokong kempen ini ialah melalui perbualan harian serta pelbagai platform seperti laman web dan mediaa sosial. Masalah ini akan dapat ditangani dengan efektif apabila masyarakat menunjukkan sokongan merekaterhadap Kempen ini dan melaporkan insiden rokok haram kepada pihak berkuSA yang berkenaan untuk menjadikan Malaysia “negara yang lebih sihat”.

11 Fakta Menarik Tentang Rokok Seludup:
- Malaysia menduduki tempat pertama dalam perdagangan rokok haram di dunia.
- Rokok seludup antara pembunuh ekonomi negara. Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerugian hasil cukai sebanyak RM1.9 Billion setahun akibat perdagangan rokok seludup
- 35% daripada rokok di pasaran tempatan ataupun 1/3 paket rokok di Malaysia adalah rokok seludup
- Rokok seludup dikilangkan tanoa mengikut piawaian kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan mengandungi bahan-bahan kotoran seperti najis tikus dan serangga mati
- Rokok seludup mengandungi bahan kimia beracun seperti Arsenik (bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet kayu) dan kadmium (bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri) yang tinggi berbanding rokok tulen
- Roko seludup menjana pendapatan sindiket jenayah terancang seperti kongsi gelap yang mana keuntungan daripada penjualan rokok ini akan membiayai jenayah seperti penyeludupan dadah dan senjata, pemerdagangan manusia dan aktiviti jenayah berat yang lain
- Rokok seludup dijual pada harga yang murah – RM3.50 (harga duit saku). Ini menjadi punca remaja terpengaruh dengan rokok pada usia muda
- Rokok seludup yang dijual meluas di pasaran tempatan mempunyai kandungan tar dan nikotin 3 kali ganda lebih tinggi daripada kandungan yang dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia
- Kandungan tar dan nikotin yang tinggi ini adalah punca ketagihan dan membuatkan seseorang sukar untuk berhenti merokok
- Perdagangan rokok seludup menggalakkan kegiatan rasuah
- Sekiranya seseorang didapati bersalah memiliki atau menjual rokok seludup, mereka boleh dipenjara 3 tahun ataupun didenda sebanyak 20 kali ganda dari nilai asal barangan atau kedua0duanya sekali menurut akta Kastam 1967

Komen Sohoque
Memang semua mengetahui merokok mambahayakan kesihatan. Rokok yang tulen pun boleh mendatangkan pelbagai kemusnahan kepada tubuh badan pinjaman tuhan, apatah lagi rokok yang diseludup yang mengandungi bahan-bahan terlarang dan melebihi dos yang dibenarkan.
Jadi, marilah sama-sama kita mengamalkan hidup yang sihat. Katakan tidak pada rokok. Bantulah kempen #TakNakMerokok dengan memainkan peranan masing-masing. Sayangi diri kita dan persekitaran kita yang terdiri daripada ahli keluarga tersayang dan alam sekitar yang bakal diwarisi kepada generasi anak cucu kita.
Nampaknya kempen ini diteruskan lagi dengan usahasama pelbagai pihak samada media mainstream dan online….
Hazman Fadzil recently posted..Hidangan Nasi Arab Mandi Kambing Bakar hanya di Restoran AL ULFAH ARABIC CUISINE Senawang
yup… kempen diteruskan pd tahun ni
Good job..
tq
pergh..baru tahu. malaysia no 1 negara paling banyak seludup..
musadun recently posted..Maksud Mak Kau Hijau Trending di Laman Sosial
hahahaha… hebat kan malaysia?
thanks for information, nice action
Kursi Makan recently posted..Lemari Pakaian Klasik ALM 044
Perghhh malaysia 1st place tu rokok seludup tu…
muhammad nizam recently posted..CARA NAK COVERLINE KALAU TAK CUKUP BAJET NAK HULUR DUIT RAYA
Malaysia memang maju bab2 gitu boh
wow nombor 1.! Malaysia boleh!
Fendi recently posted..Stylo Outfit – Kedai Jersi Bola Murah
1 malaysia!!! mesti boleh maaa…