Kita berada dalam situasi yang agak sukar sekarang. Di dalam tempoh PKP ini aktiviti kita teramat terhad.
Yang kerja kerajaan paling beruntung, gaji berjalan penuh. Yang kerja swasta dengan syarikat besar boleh menarik nafas lega lagi. Masih boleh ’Work From Home’.
Yang berkerja dengan syarikat kecil tengok nasiblah. Ada yang masih mampu bayar gaji pekerja. Ada yang mampu bayar separuh gaji. Ada yang syarikat dah tak mampu bayar gaji kerana tiada bisnes. .
Apa pun situasi kita, usaha tetap kena usaha. Kalau kita bijak, kita boleh nampak peluang di sebalik kesukaran ini.
Mengikut laporan daripada pasaraya seperti Tesco, Mydin, dan Jaya Grocer, peningkatan belian atas talian meningkat secara mendadak hinggakan tiada lagi slot penghantaran yang boleh dibuat..
Begitu juga statistik yang dialami oleh syarikat pembelian atas talian yang utama seperti lazada dan shopee. Belian meningkat secara mendadak bukan sahaja untuk Topeng Muka dan Hand Sanitizer sahaja malah barang-barang lain juga..
Ini yang boleh kalian ceburi masa PKP ini:
1. Penghantar barang
Nampak tak masalah yang pasaraya hadapi? Ya, mereka kekurangan runner untuk penghantaran barang yang ditempah secara online.
Jadi anak-anak muda yang ada motorsikal dan telefon pintar, bolehlah menyambar peluang ini. Bayarannya pun ok daripada tiada pekerjaan langsung.

Jika dibayar RM10 sejam, kalau kerja 8 jam sehari, 2 minggu pun dah dapat ada RM1,120.00 masuk poket. Siapa nak bagi kalau tak usaha sendiri, ya tak? Lebih baik daripada termenung dan ‘membuta’ kat rumah.
2. Jadi Orang Tengah dan penghantar.
Kalian boleh juga cari memana restoran, penjual daging dan ayam untuk menjadi orang tengah dan penghantar tempahan.
Kalian ambil tempahan berserta butiran penghantaran daripada orang dan beri kepada restoran dan penjual daging/ayam.
Bila tempahan siap bolehlah kalian hantar kepada yang menempah. Kalian boleh kenakan caj penghantaran RM10 (contoh) sekali hantar.
‘Masyuk’ juga tu! Kalau ada 10 penghantaran sehari dah dapat RM100 sehari. Sebulan? Kiralah sendiri
3.Penjual Online.
Satu lagi peluang ialah menjadi penjual online. Kerja ni lebih rileks. Duduk di rumah sahaja.
Yang tiada barang sendiri boleh buat dropship dahulu. Boleh juga buat affiliate.
Cuma nak jadi penjual online yang berjaya ni, kena ada ilmu dan kesabaran.
Ya memang kena ada ilmu untuk menjual secara online ni. Tapi jangan risau. Kalian boleh sahaja belajar dengan e-book sambil terus sahaja menjual tanpa bertangguh.
Untuk macamana membuat jualan sehingga berjaya dengan Lazada, kalian boleh beli dan baca buku ni:

www.klik.sohoque.com/bisneslazada
www.klik.sohoque.com/bisneslazada
www.klik.sohoque.com/bisneslazada
Manakala untuk menempa kejayaan sebagai penjual online di Shopee pula, kalian boleh beli dan baca ebook ini:

www.klik.sohoque.com/bisnesshoppee2
www.klik.sohoque.com/bisnesshoppee2
www.klik.sohoque.com/bisnesshoppee2
Dalam dedua eboook tu kalian akan diajar secara terperinci daripada mula macamana yang buat jualan di 2 portal jualan terbesar tu.
Begitulah.. Di sebalik kesukaran, ada peluang..! Janji rajin bertindak…
Moga perkongsian ini mendapat manfaat kepada kalian..! Boleh kongsi entri ni untuk manfaat yang lain juga.
Nice sharing.. peniaga online terkesan. Masa awal2 pkp ni.. skrg dah tak dah…
Yup.. Demand for online purchase makin meningkat