Pengalaman Kereta Nak Kena Tarik..!

4
2228
cof

Pagi tadi Abam Hoq ada terbaca kat twitter tentang satu video seorang perempuan yang diblok keretanya oleh penarik kereta. Kesian perempuan tu. Apalah nasibnya agaknya. Harap beliau dapat handle situasi tu dengan bijak.

Abam teringat masa Abam baru mula berhenti kerja dan menceburi bidang perniagaan Unit Trust dulu. Masa tu Abam buat sedikit kesilapan dalam percaturan mengagihkan pendapatan yang belum berkembang. Dengan perbelanjaan untuk rumah baru yang baru kami sekeluarga berpindah dan bermacam-macam perbelanjaan lagi, ada perbelanjaan yang Abam terpaksa tangguhkan dahulu.

Semuanya seperti datang menerpa secara serentak. Pening juga nak fikir pada masa tu. Antara perbelanjaan yang Abam tangguhkan ialah pembayaran pinjaman kereta. Dah 2 bulan lebih pulak tu tertangguh.

Namun Abam tak pernah lari daripada pihak bank. Setiap kali panggilan dari pihak bank yang Abam terima Abam akan layan dan memberi penerangan dan kerjasama dengan sebaiknya.

Sehinggalah pada suatu hari, Abam diugut oleh penarik kereta untuk tarik kereta. Abam masa tu jahil lagi tentang prosedur penarik kereta ni. Jadi walaupun bank dah bagitau surat tarik dah keluar, Abam masih lagi guna kereta tu.

Abam ingat Abam dah terer, rupanya geng penarik kereta ni lagi terer. Dah kerja dia. Tak terfikir pula macam tu. Terdesak nak buat bisnes punya pasal.

Kereta Honda Civic yang Abam pakai dulu. Sekarang dah jual

Tapi nasib menyebelahi Abam. Mereka cuba blok kereta Abam di tengah-tengah jalan yang agak sibuk di Wangsa Maju. Kebetulan memang Abam nak pergi solat Asar kat masjid Wangsa Maju yang terletak lebih kurang 100 meter jer daripada situ.

Di sebabkan jalan yang agak sesak dengan lalu lintas, masih ada ruang di sebelah kiri untuk Abam loloskan kereta Abam. Abam bukan nak lari pun. Abam masih sempat bukak sedikit cermin kereta dan menyuruh mereka (2 orang lelaki India yang rupanya persis genster) untuk ikut Abam untuk berbincang di dalam kawasan masjid tempat Abam tuju tu.

Mereka ikut tapi mereka tak berani masuk masjid. Allahu..! Allah tolong Abam masa tu. Pelik juga Abam. Mereka telefon suruh Abam keluar daripada kawasan masjid. Mereka kata bincang kat luar. Abam bertegas suruh mereka masuk ke kawasan masjid sebab Abam pun dah memang parkir baik punya kat tempat teduh.

Ruang masa yang ada tersebut membenarkan Abam untuk menelefon bank untuk bertanya tentang hal tersebut. Bank bagitau sebelum ni memang ada keluar surat Tarik, tapi selepas tu Abam dah bayar. Untuk bulan ni memang dah 2 bulan lebih tak bayar, tapi surat Tarik terbaru belum pun lagi keluar.

Jadi Bank nasihatkan supaya minta surat Tarik daripada diorang. Kalau tak jangan layan dan kalau mereka berkeras, cakap nak setel di balai polis. Syukur.. Berkat hubungan baik dengan pihak bank, mereka bantu bagi nasihat ini. Kalau tak.. tak tahulah macamana Abam nak berurusan dengan mereka yang mula naik marah.

Bila Abam minta nak tengok surat kebenaran untuk Tarik kereta, mereka gagal serahkan pada Abam. Alasan mereka surat tu ‘on the way’. Bos diorang dalam perjalanan bawa ke situ. Abam dah terasa kemenangan di pihak Abam. Tapi perasaan takut masih menebal.

Mereka semakin marah di luar pagar masjid. Mereka ugut dan bagi pilihan jika Abam serahkan duit bayaran kereta 3 bulan pada mereka pada masa tu, mereka akan lepaskan Abam. Sebulan duit tu mereka akan ambil sebagai upah mereka. 2 bulan lagi mereka akan bank in kan untuk pembayaran kereta Abam dengan membawa Abam sekali ke bank.

TAPI, jika Abam tunggu surat Tarik sampai tanpa bersetuju serahkan wang tersebut, mereka tak akan berlembut lagi dah. Mereka akan Tarik kereta dan serahkan kepada pihak bank.

Hehehe.. Sebab Abam dah confirmkan dengan pihak bank yang tak ada pun surat kebenaran Tarik kereta tu, so Abam berkeras nak tunggu surat tu sampai.

Mereka dengan muka menyinga sangat marah dan beredar daripada situ. Sebelum beredar mereka mengugut: “sekali lagi aku jumpa kereta ko, nahas ko aku kerjakan..”

Sepatutnya selepas tu Abam buat laporan polis sebab ugutan tersebut, tetapi Abam tak buat.

Selepas tu Abam bersolat dan ucapkan banyak-banyak kesyukuran atas perlindungan yang Allah berikan pada Abam. Tiada perkara yang tidak diingini berlaku pun dah cukup syukur!!!

Rupanya mereka takut untuk masuk masjid..!

Sebenarnya kan.. Penarik kereta ni ada prosedur yang mereka kena ikut sebelum Tarik kereta orang. Bukan senang-senang mereka nib oleh rampas harta kita.

Mengikut prosedur, adalah menjadi satu kesalahan jika pihak bank menarik kereta pengguna jika:

  1. Hutang kalian (finance) sudah dibayar melebihi 75% daripada jumlah keseluruhan hutang yang dibuat.. (kecuali ada surat mahkamah)
  2. Kenderaan kalian berada di kawasan kediaman berpagar.
  3. Pada hari cuti umum.
  4. Selepas jam 9 malam.

Ejen Penarik Kereta juga ada prosedur mereka sendiri yang telah ditetapkan. Antaranya:

  • Ejen Penarik Kereta mestilah mempunyai Kad Autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula daripada KPDNKK.
  • Sekiranya si Penarik Kereta datang lebih daripada seorang, mereka semua mestilah mempunyai Kad EPS.
  • Sekiranya salah seorang daripada mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dan sebagainya.
  • Sekiranya berlaku juga seperti yang di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

Sumber: https://ohsempoi.com/tips-tangani-lari-dari-penarik-kereta/

Berhati-hatilah. Kena tahu prosedur ni supaya kita tak dianiaya.. Moga kalian dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan serta dijauhi daripada kezaliman orang lain.

Loading

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge