Wednesday, May 31, 2023
HomeAdvertorialPengalaman Aku Shopping Dengan Shopee dan 8 Sebab Kenapa Korang Kena Shopping...

Pengalaman Aku Shopping Dengan Shopee dan 8 Sebab Kenapa Korang Kena Shopping Kat Shopee Gak…

Sebenarnya aku dah tau kewujudan Shoppee ni dah agak lama dah. Tapi ia lekat jer dalam kepala hotak aku tanpa menggesa untuk aku buka dan explore website ni. Mungkin sebab lambakan website jualan macam ni membuatkan aku pendam dulu keinginan untuk membuka dan meilhat sendiri website shopee.

Satu lagi aku ni nama jer blogger dan media sosial influencer. Tapi bab shopping dalam talian ni terus terang aku cakap, aku takut. Hahaha. Aku malas nak alami risiko-risiko seperti dah bayar tapi barang tak sampai… Ataupun order barang elok, yang sampai tak seperti yang diorder. Aku lebih suka pergi cari kat kedai jer barang-barang yang aku nak beli.

Tapi hari minggu baru-baru ni selepas aku balik daripada menghantar anak aku ke asrama, tetiba nama Shopee ni terlintas di kepala aku. Puncanya apabila anak aku bersungut yang kasutnya dah rosak dan berhajat nakkan kasut baru.

“Balik nanti nak try cari kat Shopee la..” detik hati aku tiba-tiba. Inilah agaknya orang kata kalau dah jodoh tak ke mana.. Hehehe..

Malam tu terus aku bukak website jualan Shopee. Bukak-bukak jer… Mak aih banyak giller barang-barang. Meriah sungguh! First impression aku: “Bagusnya website ni. Semua ada…!”

Lalu bermulalah pelayaran aku mencari barang di Shopee. Yang bestnya niat asal nak cari kasut anak. Tapi aku aku tak sedar yang aku dah habiskan 20 minit melihat barang-barang kat website ni. Hahahaha.

Ok meh aku share kenapa aku rasa website shopee ni amat menarik pada aku sehinggakan aku boleh habiskan masa yang lama kat sini serta kenapa korang perlu shopping di Shopee:

1. Ada apps yg user friendly

apps shopee di iPhone

Haaa malam tu jugak aku baru tau yang shopee ni bukan hanya ada website tapi ada applikasi di telefon bimbit jugak. Aku install..! Pergh.. cari barang melalui apps juga mudah. Pada aku aku lebih suka guna apps. Sebabnya ia nampak lebih ringkas. Hurmmm senang la lepas ni. Dalam kereta sambil tunggu wife balik kerja pun boleh melilau cari barang dalam website ni.

2. Banyak pilihan barang

Haaa ni pun aku suka kat Shopee. Banyak giller pilihan barangan. Daripada pakaian lelaki dan wanita, kasut, sehinggalah barangan gajet terkini. Eh, kuih raya pun ada orang jual dalam website ni tau..!

haaaa kuih raya pun ada orang jual sini tau!!!

Ni la yang buat pengunjung website ni terpaksa habiskan lebih banyak masa untuk mencari barangan. Banyak sangat nak pilih. Cantik-cantik pulak tu. Hahaha.

3. Murah

Ini lagi best..! Aku tengok memula tu, aku pun terkejut. Gila apa kasut harga RM40. Bukan kasut cikai punya. Cantik kot designnya. Lagi satu aku tengok “Power Bank” dia murah betul. Website lain aku rasa tak dapat tawaran macam ni. Ruginya aku tak singgah sini sebelum aku ke Balkan itu hari. Masa tu memang aku tengah cari Power Bank. Dan aku pergi beli kat kedai. Rm100 jugak habis duit. Tapi sebab aku tau kalau pergi travel ni, power bank ialah barang yang mesti kena ada, aku pejam mata dan beli jugak.

Hurmmm.. kalau aku datang ke website ni lebih awal, dah banyak aku boleh jimat..! Apa nak buat, benda dah lepas… Redha jer la. Tapi lepas ni memang aku akan datang sini dulu untuk survey..

4. Ada preffered seller

Haaa featured ni aku rasa amat penting untuk orang yang penakut ambil risiko macam aku ni. Dengan adanya “preferred seller” ni sekurang-kurangnya aku lebih yakin nak berurusan dengan penjual dalam website ni . Ya la.. bukan senang diorang nak dapat title preferred seller tu tau. Performance kena bagus. Respons kena cepat. Dan kebiasaannya preferred seller ni memang dah banyak recommendation daripada pembeli.

filter “preferred seller”

So senang la.. Bila aku cari barang kat sini terus aku tick “preferred seller” kat bahagian filter. So, hasil carian aku, hanya prefered seller sahaja yang akan keluar. Aman jiwa aku…!

5. Penghantaran yang cepat

Penghantaran sangat cepat. Ini diakui sendiri oleh partner aku Hafiz Rahim apabila beliau buat pembelian Power Bank melalui website ni. Dalam masa 3 hari dah sampai.. Haaa kalau cepat gini tak der lah pembeli penakut macam aku ni saspens jer memanjang lepas order barang dan buat pembayaran. hahahah.

6. Interaksi dengan penjual

Semalam masa aku shoutout dalam media sosial pasal keterujaan aku membeli dengan Shopee ni, ada sorang kenalan di media sosial tanya.

“Macamana kalau tersilap beli saiz kasut? Boleh ker hantar balik dan tukar saiz lain?”

boleh chat terus dengan seller

Haaa ini penting jugak tau. So, untuk kes macam ni pembeli sebenarnya boleh bertanya terus kepada penjual. Ada satu button chat kat bawah gambar produk tu. Button Chat tu korang boleh gunakan untuk tanya apa-apa sahaja tentang produk yang korang nak beli tu. Biasanya kalau preffered seller, diorang akan balas mesej korang dengan segera. Sebab tu lah diorang dapat title preffered seller tu.

so, korang tanyalah apa-apa yang korang nak tau pasal apa yang dijualnya kat website ni…

7. Cadangan untuk pengunjung

Fungsi ni bagus…! Kalau korang masuk website ni, korang akan dapati kat ruangan paling atas sekali tu cadangan-cadangan tawaran terkini di sini . So kalau korang masuk dengan kepala yang kosong tanpa idea nak beli apa pun, korang akan dapat idea setelah klik page yang dicadangkan tu.

Kat ruangan bawah sikit ada ruangan trending search. Maksudnya barangan apa yang menjadi trending sekarang. Tak der lah korang beli produk yang “out of trend” nanti. Bawah ruangan tu sikit lagi ada popular produk. barang apa yang paling banyak dicari dan dibeli oleh pengunjung. Haaa sekarang korang paham tak kenapa aku masuk sini kononnya nak masuk sekejap tapi tak sedar 20 minit dah berlalu. Hehehe.

8. Boleh beli dan jual barang

Haaa selain daripada membeli, kat website ni korang boleh jugak nak menjual produk korang. Hanya daftar jer sebagai penjual dengan mengisi borang yang disediakan dalam website ni. Senang isi borang ni. Tak sampai 5 minit pun dah siap.

Lepas tu korang boleh la letak gambar produk yang korang nak jual. Semalam aku letak gambar Popia Simpul Kasih yang wife aku jual tu. Haaa petang tu dah ada dah orang bertanya pasal kuih raya tu. Hahaha.. Best giller rasa!!

So itulah pengalaman aku guna website Shopee. Best..! Sampai hari ni tak habis lagi teruja dengan barang pelbagai pilihan dan murah-murah tu. So kalau korang jenis macam aku.. Jenis yang bajet terer bab-bab online ni tapi penakut hampas nak beli barangan menerusi online order, aku rasa website adalah website paling ideal untuk korang shopping online. Dan pada aku sekarang ni yang masih belum habis teruja ni, website ni adalah website yang paling best untuk shopping online.

Ni pendapat aku yang jarang shopping online ya. Pendapat orang lain terserahlah pada masing-masing. Aku buat disclaimer siap-siap. Karang tak pasal-pasal ada yang nak berdebat dengan aku tentang website shopping online paling best pulak… Hahaha..!

Oh ya… Lupa nak bagitau… Sekarang tengah ada promosi Cahaya Raya bersama Shopee kat sini. Ada diskaun sehingga 90%! Haaa korang kalau nak cari barang2 untuk hari raya yang bakal menjelang tiba, sesuai sangatlah beli masa ni ya… Cepat!!! sebabnya promosi sampai 30 Jun 2017 jer tau!!!

Info lanjut, layari
Website: www.shopee.com.my
Instagram: www.instagram.com/shopee_my

Loading

RELATED ARTICLES

23 COMMENTS

  1. so beli kasut anak tu.. pos terus pada anak or antar terus? good idea gak utk kes anak kat asrama yang suka mintak hantar mcm2 ni kan.. hehe kawan azni byk kena mcm nih ..

  2. Pertama kali beli online kat lelong .Memang takut la tapi beranikan juga diri. First time dapat barang tu memang cam nak melompat jer sebab dh berjaya beli online. Sekarang ni nak beli tali mesin rumput brand Rotary Black Vortex tapi xde la kat Malaysia ni. Kat ebay ade tapi shipping cost + import charges lagi mahal dr barangnya, hampir RM100, ada tip nak dapatkan barang dr U.S, tak pon ade kawan kat U.S nak balik beraya boleh kirim..huhuhu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1