Hmmm… aku baru jer balik daripada hantar wife ke ofisnya. Selalunya dia naik LRT jer bulan puasa ni. Tapi hari ni aku hantar sebab lepas tu aku nak kena bawak anak bongsu aku si Ifza ni untuk jumpa pakar ekzema dia. Top up losyen segala bagai untuk persediaan cuti kat kampung.
Ni sambil tunggu turn jumpa doktor sempat aku menjengah blog rakan blogger Hafiz Rahim. Tertarik aku pada entri terbaru beliau. Pasal nombor whatsapp JPJ sediakan untuk pengguna jalanraya laporkan kesalahan pemandu lain di musim perayaan ni.
Sebelum ni pemandu dibolehkan snap gambar pemandu lain yang memotong barisan menggunakan lorong kecemasan. Aku pun ada ambik beberapa gambar kesalahan potong queue guna lorong kecemasan ni tahun lepas. Tapi tak hantar la ke JPJ. Hehehe
Tahun ni JPJ sediakan satu nombor khas untuk pemandu laporkan kesalahan pengguna yang lain dgn cara menghantar gambar dan video menerusi applikasi whatsapp. Perghhh dahsyat…! Mesti hot nombor ni nanti.
Nombornya: 011-5111 5252
Cara laporkan kesalahan pengguna jalanraya menerusi applikasi whatsapp jpj:
1. snap gambar atau rakam video kesalahan pengguna jalanraya
2. sertakan info masa kesalahan dibuat
3. masukkan sekali lokasi kesalahan berlaku
4. hantar ke nombor 011-5111 5252 menerusi applikasi whatsapp
Haaa senang jer kaaan…
So pesanan aku, sama-samalah jaga tingkahlaku dan disiplin pemanduan di sepanjang perjalanan balik kampung nanti. Sekarang kena extra hati-hati wooo… sebab bukan hanya JPJ jer yang pantau. ‘Pembantu JPJ’ pun ramai ni. Hahaha.
Tak payah pun untuk ikut disiplin memandu. Sabar sikit jer. Dapat pahala lebih apa sabar di bulan puasa ni.
Kalau semua boleh ikut peraturan jalanraya, InsyaAllah perjalanan akan lebih lancar. Sebabnya antara faktor yang menyebabkan perjalanan terganggu adalah perangai pemandu yang mementingkan diri sendiri dengan melanggar peraturan jalanraya.
Terbaiklah JPJ. Aku menyokong penuh usaha jpj dalam mewujudkan nombor laporan menerusi aplikasi whatsapp ini.
Harap perjalanan pulang ke kampung halaman menjadi lebih lancar. Yang lebih penting kemalangan jalanraya dapat dikurangkan. Moga kita semua pulang dengan membawa senyuman, bukan tangisan.
Ps: tengah menilik hari ni. Hari apa yang kurang jammed untuk balik ke kuala terengganu ya.. pagi khamis ke pagi jumaat?
Nak save nombor hp tu…senang kalau yg bawa liar sgt mmg nak buat aduan terus secara berhemah. TQ bamhoq
Hahhaha.. habis la kena report dek juju pasni
patut lapor melalui whatsapp. kasi bukti sekali. pada muka!
haaa kaan.. aku pun setuju ni
kasi viral ni biar semua org takut langgar peraturan
Haaa tu la. Boleh share entry ni
memang kena lah lepas nih… siap aku save no nih..haha
hahahaha
Dah save nombor tu. Apa2 hal senang kalau nak report.
haaa silakan.. silakan.. heheheh